CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Presiden & PM Mohon Maaf, Ibu Bapa Berlepas Ke Taiwan Untuk Urus Pengebumian Irene

2-11-2020 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2934| Komen: 1

Description: Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen mengucapkan takziah dan memohon maaf kepada keluarga penuntut Malaysia yang mati dibunuh pada 28 Oktober lalu.
Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen mengucapkan takziah dan memohon maaf kepada keluarga penuntut Malaysia yang mati dibunuh pada 28 Oktober lalu.

Selain keluarga mendiang, Tsai menerusi jurucakap Pejabat Presiden Taiwan, Xavier Chang turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kejadian itu.


Jelasnya, kejadian itu secara tidak langsung mencemarkan imej baik Taiwan sebagai negara selamat.


Kredit foto: Borneo Post Online

Justeru, beliau berjanji kejadian sama tidak akan berulang ketika berucap di mesyuarat Pimpinan Tertinggi Keselamatan Kebangsaan di Taipei pada Sabtu, lapor Awani yang memetik BERNAMA.

Dalam masa sama, Perdana Menteri negara itu, Su Tseng-Chang memohon maaf bagi pihak kerajaan dan berjanji keluarga mendiang akan menerima bantuan daripada agensi berkaitan.

Sementara itu, ibu bapa mangsa semalam, berlepas ke Taiwan bagi menguruskan pengebumian mendiang.


Manakala, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada ibu mendiang, Ting Ching Ching, 45, pada Khamis.

Irene Chung, 24, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di stesen kereta api berhampiran universiti terbabit pada jam 8 malam waktu tempatan.

Suspek yang ditahan mengaku menjerut leher mangsa sebelum membuang mayatnya. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suzycutegal 2-11-2020 02:22 PM
Betul ke Taiwan negara selamat?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.038397 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top