CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

“Sedap Hingga Sukar Dilupakan,” Hidangan Dipercayai ‘Ikan Bandaraya’ Bersama Air Asam Jadi Menu ‘Special’

17-11-2020 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10608| Komen: 42

Description: Setiap negara mempunyai makanan tradisional mereka sendiri. Mungkin sebahagian makanan tradisi dianggap pelik atau menggelikan bagi penduduk negara lain, namun ia mungkin menjadi hidangan yang dinikma ...



Setiap negara mempunyai makanan tradisional mereka sendiri. Mungkin sebahagian makanan tradisi dianggap pelik atau menggelikan bagi penduduk negara lain, namun ia mungkin menjadi hidangan yang dinikmati sejak turun temurun sesuatu masyarakat.

Sebagai contoh, ikan bandaraya atau ikan sapu-sapu (Indonesia) dipercayai dianggap sebagai salah satu hidangan yang lazat bagi warga Vietnam. Digoreng atau dipanggang, ikan ini merupakan antara hidangan jalanan yang tidak asing lagi di negara yang terkenal dengan makanan eksotik itu.

Baru-baru ini, sebuah akaun di Facebook, Tinh Nguyen berkongsi gambar hidangan yang dipercayai berharga 5,000 dong (kira-kira RM0.90) sahaja per kilogram.

“Keistimewaan kampung halaman saya! Sedap sehingga sukar untuk dilupakan!”


Dalam kiriman itu, kelihatan hidangan dipercayai ikan bandaraya yang telah disiang dibalut daun pandan dan disertakan bersama serai dan cili. Ia kemudiannya dipanggang di atas rangka kipas sebelum dihidang bersama air asam.



Sementara itu, sebuah video dipercayai memaparkan bagaimana ikan bandaraya ini disiang dan dicuci untuk dijadikan hidangan jalanan dipercayai di Vietnam. Menggunakan gunting, tukang masak membelah perut ikan tersebut dan membersihkannya sebelum ia digoreng rangup.

Lihat videonya di bawah.

Spesies ini juga turut dijadikan makanan di beberapa wilayah Indonesia antaranya Bogor, Depok dan Jakarta. Ia dijadikan otak-otak, bebola ikan, siomay dan keropok ikan.

Bagaimanapun, kajian ke atas kandungan logam berat di dalam isi ikan bandaraya di Sungai Ciliwung, Indonesia mendapati ia mengandungi kepekatan plumbum yang melebihi standard, menjadikan ikan di lokasi itu dianggap berbahaya dan tidak sesuai untuk dimakan.

Spesies ini juga dipercayai berbahaya kepada ekosistem jika dilepaskan begitu sahaja kerana ia akan memakan telur spesies ikan lain. Malah, spesies yang berasal daripada Amerika Selatan ini juga dikatakan boleh memakan anak dari jenisnya sendiri.

Sifatnya yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi membolehkan ia tinggal di dalam air yang rendah kandungan oksigen. Selain itu, kulitnya yang ‘bertulang’ dan keras membuatkan ia sukar dimakan pemangsa lain. Jika populasinya tidak dikawal, spesies ini boleh memakan algae dan makanan ikan lain secara berlebihan, menyumbang kepada pengurangan populasi ikan asal di sesuatu kawasan.


Sumber: Tinh Nguyen, Research GateIndia Mongabay/SiakapKeli





1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weezerfan 17-11-2020 04:38 PM
Eeiuwwwww


Quote anakjiran 17-11-2020 04:40 PM
tak ada menda lain nak makan ke.dah nama pun ikan bandaraya memang cuci kotoran je. yackss
Quote Belibis 17-11-2020 04:41 PM
Kulit keras macam bewak .vietnam apa nak heran,tolak batu dengan kayu jer.
Quote Yunbin 17-11-2020 04:44 PM
Vietnam ni segala exotic food dyeorang berselera ye...Soalan jujur, acik yg bercuti kat vietnam tak rasa loya tekak ke kalau tertengok?
Quote mrsbob87 17-11-2020 04:45 PM
owh vietnam...... asl yang berdaging semua makanan
Quote sarah82 17-11-2020 04:54 PM
baru ja aku lepas tengok org vietnam makan serangga siap ada kedai makan yg hanya menjual serangga sebagai menu masakan. jadi tak ada yg menghairankan.
Quote Normabaru 17-11-2020 05:22 PM
Kembang tekak kaka..
Quote Ivysaur 17-11-2020 05:29 PM
Aduh tengok gambar terus rasa geli. Dalam aquarium ok je
Quote KIM.K 17-11-2020 05:35 PM
Moment of silence to ladybird09
Quote Kurex 17-11-2020 05:40 PM
Apa punya ayat la ni

"Sebagai contoh, ikan bandaraya atau ikan sapu-sapu (Indonesia) dipercayai dianggap sebagai salah satu hidangan yang lazat bagi warga Vietnam."

Quote Kurex 17-11-2020 05:41 PM
sarah82 replied at 17-11-2020 04:54 PM
baru ja aku lepas tengok org vietnam makan serangga siap ada kedai makan yg hanya menjual serangga s ...

Tapi aku teringin makan belalang goreng
Quote grouper 17-11-2020 05:43 PM
Dlm video tu bukannya ikan bandaraya,itu ikan kerapu singa. Mmg le sedap ikan tu sbb spesis kerapu tapi muka je huduh
Quote sarah82 17-11-2020 05:44 PM
Kurex replied at 17-11-2020 05:41 PM
Tapi aku teringin makan belalang goreng

kat siam ada...aku ada tengok video jln2 cari makan kat ig siam yg aku follow...depa goreng mcm tu saja dan boh serbuk cili.

kat vietnam ada suku kaum yg makan telur kerengga..tumbuk dgn cabai melaka dan belacan @ shrimp paste makan dgn nasi.
Quote belilies 17-11-2020 05:48 PM
Ikan sucker ke niiii..... Eeee.... Keli iols boleh terima. Yg ni tak boleh.
Quote helicornia 17-11-2020 06:41 PM
Yunbin: Vietnam ni segala exotic food dyeorang berselera ye...Soalan jujur, acik yg bercuti kat vietnam tak rasa loya tekak ke kalau tertengok?

nk loya apa.bukan kita yg mkn benda tu.lagipun muslim restaurant bersepah kt sana.bukak je pintu hotel terus nampak muslim restaurant
Quote dua_chzy 17-11-2020 06:54 PM
Akak takkan makan ikan ni. Tapi mungkin jika ada depan mata, boleh juga jamah telurnya. Besar rupanya telur sheol.
Quote salmon-suki 17-11-2020 07:01 PM
Corak mcm ular..n ai geli tgk mata ikan tu jgk..uwekkkkkkkkkkkk
Quote MissVixen 17-11-2020 07:26 PM
Indon buat jadi bakso aka fishballs. Eeuww.
Quote Belibis 17-11-2020 07:48 PM
Rasanya vdeo tu ikan ketutu atau ikan ubi, bukan ikan bandaraya seperti gambar atas.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.098421 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top