CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lupakan GST, Kutip Cukai Orang Kaya Pula

25-11-2020 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5357| Komen: 45

Description: Cadangan mengembalikan semula cukai barangan dan perkhidmatan GST umpama mimpi ngeri buat rakyat Malaysia.
Cadangan mengembalikan semula cukai barangan dan perkhidmatan GST umpama mimpi ngeri buat rakyat Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil sebaliknya mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan cukai yang dikenakan terhadap golongan kaya untuk menambahkan pendapatan negara antaranya Capital Gains Tax (CGT) atau cukai keuntungan modal.


Menurutnya, ketika ini keuntungan modal tidak dikenakan cukai kecuali atas penjualan hartanah ataupun Real Property Gains Tax.



Jelas beliau, keuntungan berjuta-juta ringgit yang dijana di pasaran saham, misalnya, tidak dikenakan sebarang cukai kecuali atas dividen yang diterima.

“CGT boleh dilaksanakan secara tingkat (tier) atas transaksi saham di pasaran modal Malaysia. Misalnya, kadar CGT bagi keuntungan melebihi RM100,000 daripada penjualan saham dikenakan lebih tinggi berbanding kadar cukai untuk keuntungan di antara RM50,000 dan RM100,000.


“Pada masa sama, cukai CGT atas keuntungan di bawah RM50,000 boleh dikecualikan supaya ia dapat menggalakkan lebih ramai pelabur runcit baharu berjinak dalam dunia pelaburan,” kata Faiz.

Katanya, konsep tersebut boleh digunakan ke atas aset lain seperti barang kemas, pelaburan unit trust, bon atau sukuk, barang antik bernilai tinggi dan sebagainya yang tidak membebankan rakyat terbanyak yang cukup terkesan dengan pandemik Covid-19.

Faiz berkata, cukai CGT secara peringkat dan juga berdasarkan tempoh pegangan aset akan memastikan hanya individu yang menjana keuntungan atas modal yang tinggi melebihi paras tertentu dikenakan cukai.

“Ini seterusnya dapat menjaga kebajikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Pendek kata, cukai ini hanya dikenakan kepada golongan kaya,” kata Faiz.

Jelas beliau Malaysia memerlukan cukai yang progresif seperti cukai CGT secara peringkat dan bukannya GST yang pukul rata semua golongan masyarakat.

Tegas beliau, Kerajaan PN tidak seharusnya mengambil jalan mudah meningkatkan hasil negara menerusi GST, tetapi pada masa sama tidak mengendahkan kesannya kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurut beliau, jika GLC dilaksanakan semula walaupun selepas ekonomi pulih tahun hadapan akan tetap menekan kuasa beli rakyat yang telah terjejas teruk sejak awal tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir itu menggesa kerajaan PN melupakan hasrat mengkaji semula pelaksanaan GST.

“Biarlah rakyat kembali stabil dari aspek kos sara hidup dan mengukuhkan kembali simpanan mereka untuk beberapa tahun akan datang.

“Jangan pula tangan kanan memberi Bantuan Prihatin Rakyat, tapi tangan kiri merampas kembali wang tersebut dalam bentuk GST,” katanya.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izwan_izi 25-11-2020 12:14 PM
Bodoh betul AJK AMANAH ni...dah sah2 la banyak loop hole kalo buat cukai utk org kaya...loose the money..loose the money...bangang..

untuk GST pulak..semua kena..percukaian yang telus..kita bayar GST untuk negara jugak yang mana hasilnya kita terima secara tidak langsung..
Quote me12345 25-11-2020 12:18 PM
Cukai utk org kaya konon nyer....nk pegi saman org kaya yg tak ikut SOP musim covid ni pun depa tak berani...
Quote ResellerMaxis 25-11-2020 12:20 PM
izwan_izi replied at 25-11-2020 12:14 PM
Bodoh betul AJK AMANAH ni...dah sah2 la banyak loop hole kalo buat cukai utk org kaya...loose the mo ...

Kalau macam tu baik kenakan cukai pendapatan sekali untuk orang miskin. Xyah ar income bawah 50k setahun 0 tax. Between 50-60k 1% etc. lebih certain amount baru 24% dan sebagainya.

Tax je semua orang 30% dari pendapatan mereka.

Bayar tax untuk negara juga dan kita dapat hasilnya secara langsung atau xlangsung. Harap duit tersebut xpergi ke jho low macam dulu lah.
Quote monreyes 25-11-2020 12:26 PM
aku pefer gst at a much lower rate n sume kena...
maybe start with  below 5%...
so B40 jgn nak bising2..
segala benefit wang ringgit korang jugak yg dapat...
Quote izwan_izi 25-11-2020 12:27 PM
Edited by izwan_izi at 25-11-2020 12:29 PM
ResellerMaxis replied at 25-11-2020 12:20 PM
Kalau macam tu baik kenakan cukai pendapatan sekali untuk orang miskin. Xyah ar income bawah 50k s ...


Alang2...kita follow je style negara2 Scandinavian mcm Norway tu...
income tax 22% dan GST 25%...

biar semua kena..

dengan kita-kita sekali padan muka..

Nak jadi 1st world country, bukan sahaja kene ada 1st world mentality...tapi kena ada 1st world tax jugak..hehehehhe...
Quote MissYouSayang 25-11-2020 12:27 PM
ResellerMaxis replied at 25-11-2020 12:20 PM
Kalau macam tu baik kenakan cukai pendapatan sekali untuk orang miskin. Xyah ar income bawah 50k s ...

Well said....

Dlm "dunia politik" ni kita perlu tgk dlm dimensi berbeza, read between  the line...
Quote anony-mous 25-11-2020 12:30 PM
monreyes replied at 25-11-2020 12:26 PM
aku pefer gst at a much lower rate n sume kena...
maybe start with  below 5%...
so B40 jgn nak bis ...

Setuju. Gst 2-3% sebagai permulaan. Dlu susah pyh najib buat smpai bn kalah, ph bodo2 pegi buang. Nk buat balik dah payah. X ada kerajaan yg berani buat dah sbb takut kalah. B40 pulak confirm menyalak kaw2
Quote ResellerMaxis 25-11-2020 12:33 PM
izwan_izi replied at 25-11-2020 12:27 PM
Alang2...kita follow je style negara2 Scandinavian mcm Norway tu...
income tax 22% dan GST 25%. ...

Make sure lepas tu provide pendidikan percuma untuk anak anak kita, bas sekolah percuma, education access untuk semua. Iol ok je. Sekarang pun xbanyak beza.
Quote monreyes 25-11-2020 12:33 PM
izwan_izi replied at 25-11-2020 12:27 PM
Alang2...kita follow je style negara2 Scandinavian mcm Norway tu...
income tax 22% dan GST 25%. ...

sana gaji banyak...banyak mende mahal..byk juga yg free....negara dorang produce minyak..
tapi nak isi minyak kete mahal nak mampos...

Quote Bell 25-11-2020 12:35 PM
GST Najib aritu dah cantik. Problemnya 6% terlalu tinggi. Kalau 3 atau 4% dah ok. GST tak aniaya org miskin. Beras, gula, tepung, garam, barang basah, myk ron95, etc tak kena GST.
Quote insulin 25-11-2020 12:36 PM
Kembalikan GST.
Quote ResellerMaxis 25-11-2020 12:41 PM
anony-mous replied at 25-11-2020 12:30 PM
Setuju. Gst 2-3% sebagai permulaan. Dlu susah pyh najib buat smpai bn kalah, ph bodo2 pegi buang.  ...

Buat xsusah payah pun. Dia rembat duit 1mdb lagi susah dari laksana gst tu.
Quote izwan_izi 25-11-2020 12:52 PM
ResellerMaxis replied at 25-11-2020 12:41 PM
Buat xsusah payah pun. Dia rembat duit 1mdb lagi susah dari laksana gst tu.

Bukan ke dlm sistem masih lagi GST 0%...ntah dlm media mana ntah saya baca..

ok la tuuu..anytime je boleh nk on kan balik GST dlm 4-5%..

untuk cukai pendapatan  pulak..biarlah semua yg bekerja kena tapi percentage ikut tangga gaji..plus wajibkan caruman KWSP sekali termasuk pekerja asing sama ada legal mahupun PATI..yg penting duit dulu masuk dalam dana negara..

Sampai bila politician nk mempermainkan perasaan kita..kejap tax itu..kejap nk mansuh ini..kita bayar cukai untuk negara..bukan untuk politician..
Quote Nahnukutu 25-11-2020 01:30 PM
izwan_izi replied at 25-11-2020 12:52 PM
Bukan ke dlm sistem masih lagi GST 0%...ntah dlm media mana ntah saya baca..

ok la tuuu..anytim ...

re-introduce GST plus kenakan cukai pendapatan untuk semua?
ini polisi bunuh diri sister. tak kan terjadi... nauzubillah. iols bukan takutkan cukai, tapi takut ada yang kena bunuh.


Quote Decaffeinated 25-11-2020 01:44 PM
Nak buat GST ka SST ka buatlah but please jangan buat orang kaya ni macam musuh negara. Negara tak kan kaya kalau rakyat nya miskin so jangan dengki tak baik.
Quote green~tea 25-11-2020 02:15 PM
wauu.. aci tak iols nak maki proposal tak guna nih....  dasar penjilat B40 M40.... dasar populis

buat proposal tak pakai otak... tapi pakai isu2 populariti semata nak meraih undi...
Quote green~tea 25-11-2020 02:17 PM
izwan_izi replied at 25-11-2020 12:52 PM
Bukan ke dlm sistem masih lagi GST 0%...ntah dlm media mana ntah saya baca..

ok la tuuu..anytim ...

yes.. it's currently zero rated je GST tu... menunggu GST dikembalikan.. supaya kutipan cukai lebih telus.. dan all those capitalist and businesses yang selama ni lari cukai, money laundering dah tak dapat lari
Quote izwan_izi 25-11-2020 02:21 PM
Nahnukutu replied at 25-11-2020 01:30 PM
re-introduce GST plus kenakan cukai pendapatan untuk semua?
ini polisi bunuh diri sister. tak kan ...

Ye la..ye laaa..GST 5% + Cukai pendapatan untuk semua..kalo gaji B40 tu cukai oendapatan dlm 3% sahaja..ok..tak banyak kannn..???

Sudah sampainya Kita perlu korbamkan gaji kita yg sikit ni untuk negara..walaupun kita tidak bekorban nyawa mempertahankan negara, sekurang2 nya kita bekorban sedikit tax untuk pembangunan dan keselamatan negara..ahhh githeww..

Jap lagi iols nk talipon Menteri Kewangan untuk proceed...hehehehehehe..
Quote rashiman 25-11-2020 02:51 PM

Cukai GST yg diperkenalkan dulu memang banyak orang kaya yg kena.

Selain barang2 keperluaan asas yg dikecualikan GST, golongan miskin jugak dibantu atau dikembalikan GST yg dikenakan dengan diberikan BR1M yg smakin meningkat pemberiannya antaranya hasil dari kutipan GST.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.107828 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top