CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemaluan Anak Bengkak Selepas Khatan, Kulit Habis Dipotong

22-12-2020 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16504| Komen: 159

Description: "Saya dan suami kesal dengan apa yang berlaku serta menuntut pihak klinik supaya bertanggungjawab," luah ibu empat anak, Rosnah Musa.
"Saya dan suami kesal dengan apa yang berlaku serta menuntut pihak klinik supaya bertanggungjawab," luah ibu empat anak, Rosnah Musa.

Rosnah, 35, yang menetap di Taman Seri Melur, Ayer Tawar, Perak memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi kisah anak keduanya, Muhammad Adly Hadi Adzrul Effendie ,8, yang dimasukkan ke Hospital Ipoh sejak 18 Disember selepas mengalami bengkak yang serius pada bahagian alat sulit.


Menurut Rosnah, keadaan itu berlaku selepas Muhammad Adly berkhatan dengan kaedah 'klamp' (penggunaan klip) di sebuah klinik swasta di Seri Manjung pada 13 Disember lalu.

Foto: Harian Metro

"Selepas berkhatan di klinik berkenaan, saya dan suami terus membawa anak pulang ke rumah.


"Pada hari pertama dan kedua, kami dapati ada perubahan pada alat sulit Muhammad Adly iaitu saiznya pendek berbanding asal serta kepala zakar kelihatan senget ke kiri.

"Selain itu, anak saya sering mengadu sakit, berasa takut dan menangis setiap kali mahu membuang air kecil.

"Keadaan ini merisaukan saya dan suami kerana ia sesuatu yang tidak normal tetapi kami mulanya positif saja tetapi jadi tidak sedap hati apabila alat sulit Muhammad Adly mula membengkak pada malam hari ketiga selepas klip ditanggalkan pada paginya (16 Disember) di klinik swasta berkenaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Rosnah berkata, doktor di klinik berkenaan ada memberi ubat namun keadaan alat sulit anaknya jadi semakin membengkak dan berdarah.

"Pada waktu itu, saya dan suami menyedari alat sulitnya tenggelam jadi tanpa berlengah, kami terus membawanya ke Hospital Seri Manjung (HSM).

"Pemeriksaan lanjut mendapati alat sulitnya tenggelam dan bahagian kulit (alat sulit) habis dipotong serta anak saya terpaksa dibius bagi membolehkan doktor membersihkan darah beku di wad pembedahan keesokan harinya (17 Disember)," katanya.

Berikutan luka yang tidak sembuh ,Muhammad Adly kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ipoh untuk pembedahan menampal kulit alat sulit.

"Saya dan suami ada bertanya dengan doktor pakar dan dimaklumkan jika sembuh sekalipun, Muhammad Adly kemungkinan perlu menjalani pembedahan dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi bergantung keadaannya.

"Satu lagi kemungkinan adalah alat sulitnya cacat kekal dan sudah tentu kami bimbang memikirkan masa depannya apabila dewasa nanti.

"Kami sudah pergi bersemuka dengan doktor berkenaan namun dia hanya berdiam tanpa memberi alasan dan jawapan meyakinkan," katanya.

Berkongsi perkembangan terkini Muhammad Adly, Rosnah berkata, anaknya dalam keadaan sedar tetapi masih trauma dengan apa yang berlaku.

Katanya, Muhammad Adly juga akan menjalani satu lagi pembedahan hari ini dan berikutan apa yang terjadi,suaminya sudah membuat laporan di Balai Polis Sitiawan, semalam.

"Kami serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

"Tujuan saya memuat naik hantaran di Facebook (Fb) tempoh hari bukan untuk memburukkan sesiapa tetapi sekadar meluahkan kekecewaan saja.

"Diharap, perkongsian itu memberi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana untuk berhati-hati terutama dalam musim berkhatan ini supaya tidak menerima nasib yang sama," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 22-12-2020 10:43 AM
Kesiannya budak ni. Boleh buat budak ni hilang keyakinan diri nanti.
Quote drivethru 22-12-2020 11:11 AM
Anak aku sunat tahun lepas guna kaedah laser. Aku perhatikan kote anak aku senget ke kiri. Aku rasa mase jahit tu, kulit tu tak berada dalam posisi yg betul. Mungkin senget. Sekarang kalau kote dia stim, mmg nampak kote tu bengkok ke kiri.
Quote prettyuglybabe 22-12-2020 11:11 AM
mak ayah nak sunatkan anak tu, buat la background check klinik yang buat tu..
cari la doktor yang betul-betul berpengalaman..
naya anak kalau jadi kes gini..
Quote Atata 22-12-2020 11:14 AM
drivethru replied at 22-12-2020 11:11 AM
Anak aku sunat tahun lepas guna kaedah laser. Aku perhatikan kote anak aku senget ke kiri. Aku rasa  ...

Hahahahhaaha ngek laaa..mcamana plk stim?! Ish.. ke maksud you kalau kot* dia tegang sbb sejuk
Quote kelapaparut 22-12-2020 11:17 AM
drivethru replied at 22-12-2020 11:11 AM
Anak aku sunat tahun lepas guna kaedah laser. Aku perhatikan kote anak aku senget ke kiri. Aku rasa  ...

tu mcm salah jahit, bhy takut cacat kekal ke kiri, tp xtaulah bile besar nanti  akan jd normal balik, xboleh duduk diam mcm tu, baik pi hospital check
Quote drivethru 22-12-2020 11:23 AM
Atata replied at 22-12-2020 11:14 AM
Hahahahhaaha ngek laaa..mcamana plk stim?! Ish.. ke maksud you kalau kot* dia tegang sbb sejuk

Ya. Kalau kote dia tegang, kepala dia ke kiri. Mungkin mase jahit, kulit tu terlebih tarik ke kiri.
Quote drivethru 22-12-2020 11:25 AM
kelapaparut replied at 22-12-2020 11:17 AM
tu mcm salah jahit, bhy takut cacat kekal ke kiri, tp xtaulah bile besar nanti  akan jd normal bal ...

Ya. Rase nye mmg salah jahit. Kulit terlebih tarik ke kiri. Kalau tegang tu mmg nampak macam tang kepala tu ke kiri.
Quote FOTHER-MUCKER 22-12-2020 11:27 AM
Haramkan sahaja tradisi berkhatan ni kerana ianya boleh mendatangkan bahaya!

Quote Artemesiaa 22-12-2020 11:27 AM
Tiap2 tahun bila tiba musim berkhatan pasti ada je kes baru
Quote espri6006 22-12-2020 11:31 AM
Aku pun sama gak sebab bersunat dengan mudim dulu kan...dulu2 bersunat guna mudim dan tok mudim tu buat acara 'pelepas' suapay tak nak sakit. tapi rasa juga sakitnya..makan masa juga lah nak baik almost 2 bulan. yang aku tengok memang mudim tu tarah sampai habis kulit tu ..maksudnya dia sunat sampai ke pangkal dan ynag aku perasan anak2 zaman skrg kalau bersunat ...doktor tarah sampai separuh je kulitnya..anak aku pun sama gak...
Quote mamajawie 22-12-2020 11:39 AM
ke muda sgat budak ni bersunat?org kabo kalu sunat muda2 cepat matang budak..better la cm zaman 90s sunat umo 11-12 tahun..
Quote MFR_IN 22-12-2020 11:40 AM
drivethru replied at 22-12-2020 11:11 AM
Anak aku sunat tahun lepas guna kaedah laser. Aku perhatikan kote anak aku senget ke kiri. Aku rasa  ...

sama la ank aku, tp guna clamp..pelik aku tgk die to the left to the left..
sebb apa eh?
Quote renko 22-12-2020 11:43 AM
xmasal je lah hai
adehhh
Quote h0lysh1t 22-12-2020 11:44 AM
bulan 11 haritu baru je sunat anak aku..nasib baik sembuh elok je..budak2 skrg sunat pun ribu2 RM...fuuuuh
Quote drivethru 22-12-2020 12:09 PM
MFR_IN replied at 22-12-2020 11:40 AM
sama la ank aku, tp guna clamp..pelik aku tgk die to the left to the left..
sebb apa eh?

Kalau ikut teori aku, sbb kulit tu jahit terlebih ke kiri.
Quote vespa_oren 22-12-2020 12:24 PM
drivethru replied at 22-12-2020 12:09 PM
Kalau ikut teori aku, sbb kulit tu jahit terlebih ke kiri.

sebelum aku komen, nk tnya ko lelaki k perempuan
Quote vespa_oren 22-12-2020 12:25 PM
espri6006 replied at 22-12-2020 11:31 AM
Aku pun sama gak sebab bersunat dengan mudim dulu kan...dulu2 bersunat guna mudim dan tok mudim tu b ...

mcm tua betul ini, dulu aku sunat potong sikit jer yg kulup tu, tpi jahitan x cantik, xpelah yg penting ada zuriat
Quote Orix 22-12-2020 12:30 PM
FOTHER-MUCKER replied at 22-12-2020 11:27 AM
Haramkan sahaja tradisi berkhatan ni kerana ianya boleh mendatangkan bahaya!

*senyum sinis*
Quote luluaurora 22-12-2020 12:42 PM
aduhaiiiii...mcm mna bila besaq nnt tuuu

Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.066437 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top