CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kumpulan Perubatan Jepun Isytihar Darurat COVID-19

23-12-2020 07:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2942| Komen: 12

Description: TOKYO: Sembilan kumpulan perubatan di Jepun semalam mengisytiharkan darurat apabila sistem rawatan di seluruh negara diancam krisis berikutan peningkatan kes COVID-19, lapor Jiji Press.
Kumpulan perubatan Jepun meminta kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan lebih ketat untuk membendung COVID-19. FOTO NSTP



TOKYO: Sembilan kumpulan perubatan di Jepun semalam mengisytiharkan darurat apabila sistem rawatan di seluruh negara diancam krisis berikutan peningkatan kes COVID-19, lapor Jiji Press.

"Sistem perubatan yang membolehkan setiap orang menerima rawatan berada dalam situasi yang sangat tidak menentu," kata Ketua Persatuan Perubatan Jepun, Toshio Nakagawa, pada sidang media bersama di Tokyo.

"Kita perlu mengurangkan kes jangkitan baharu dengan apa juga cara," kata Nakagawa, yang menyifatkan penularan virus COVID-19 kini menjadi satu 'ancaman luar biasa', dibandingkan dengan penyebaran influenza pada musim sejuk.


Sembilan kumpulan itu mendesak masyarakat mengambil langkah menyeluruh untuk mencegah jangkitan dan meminta kerajaan pusat dan daerah menyokong petugas perubatan barisan hadapan.

Beberapa perwakilan daripada sembilan kumpulan itu meminta sekatan pergerakan lebih ketat oleh kerajaan untuk membendung virus itu.

Sembilan kumpulan itu termasuk Persatuan Hospital Jepun, Persatuan Perubatan Tokyo, Persatuan Pergigian Jepun, Persatuan Farmasi Jepun dan Persatuan Jururawat Jepun. 



Sumber - BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 23-12-2020 07:31 AM
Sedang yg di malaysia pula berabis ckp covid19 flu biasa. Herd immunity? Hahahha! Pemikiran babi buta
Quote chacon 23-12-2020 07:39 AM
darkness replied at 23-12-2020 07:31 AM
Sedang yg di malaysia pula berabis ckp covid19 flu biasa. Herd immunity? Hahahha! Pemikiran babi but ...


melalui komen2 dan bacaan aku tengok benda ni mula dipandang remeh sebab banyak kemusykilan..


1- kes mula2 kat wuhan video jatuh pengsan tepi jalan terus mati. bertapa teruknya covid tapi bila sampai negara lain..biasa je.yang mati pun mostly yang high risk...pesakit kronik dan alhamdulillah Malaysia consider rendah sebab walaupun ada segelintir yg tak ikut SOP...masih ramai yg patuh


2- yg kena kebanyakan sembuh dan ada yg tak ada gejala? jadi ini pun satu punca gak

bukan kat Malaysia je.. baca komen kat indon pun dorang lagi lah fikir biasa je sebab dorang pun ada yg dah tak percaya mati sebab lain contoh eksiden tapi kena claim covid sebab swab positif




Quote darkness 23-12-2020 07:45 AM
chacon replied at 23-12-2020 07:39 AM
melalui komen2 dan bacaan aku tengok benda ni mula dipandang remeh sebab banyak kemusykilan..
...

Indon tu sy tak kisah juga sb dr dulu pikiran mmg lain sikit haha. Tp yg dalam malaysia ni dr educated sampai paling bawah bole2 dgn penoh kepercayaan kata covid ni benda biasa. Mcm xada pelajaran
Quote Redmyvi 23-12-2020 07:55 AM
chacon replied at 23-12-2020 07:39 AM
melalui komen2 dan bacaan aku tengok benda ni mula dipandang remeh sebab banyak kemusykilan..
...

Yang no 1 tu aku pun terfikir.. dulu masa mula2 covid ni meletup kat wuhan macam2 video tersebar, orang pengsan la merata2 kat jalanraya..
kena kurung dlm rumah la.. bila sampai malaysia takda simptom pun..

Sekarang ni isu vaccine plak..  
Quote Megikari 23-12-2020 08:23 AM
Orang jepun patut contohi malaysia. Makin mencanak naik kes, makin digalakkan pelancongan. Sekatan perjalanan dibatalkan, yg dari red zone pun boleh selamba je jalan2 gi cameron highlands. Penjarakan sosial? Takde dahhh.. Gi tengok kat pasar pun cukup, bersesak laga2 bahu lagi
Quote salmon-suki 23-12-2020 08:39 AM
darkness: Sedang yg di malaysia pula berabis ckp covid19 flu biasa. Herd immunity? Hahahha! Pemikiran babi buta

True..ramai y anggap covid ni beshe2 jah. Sbb kes kita xde y instant death kt public kot.. kalau mati pn mmg tgk punca sbb ada sakit kronik y lain..lagi satu,y kena tu bkn ahli keluarga mereka..

n kalau ada y carry covid pn,dorg xtaw dorg carrier sbb skrg covid tu dah mutate kan..ada y bergejala n ada y tak bergejala,tup2 rupenye positive covid..
Quote jalfa 23-12-2020 09:30 AM
Mungkin pm jepun pon berteori konspirasi tipu angka pesakit sbb nak kekal berkuasa
Quote lattehazelnut 23-12-2020 09:40 AM
Rakyat jepun yg tiptop disiplin n follow sop pun susah kawal..
Ni pla rakyat malaysia yg bodoh sombong, xfollow sop or disiplin langsung..
Quote husna_amal 23-12-2020 10:05 AM
Vaksin yang ada sekarang ni boleh lawan virus covid yang dah bermutasi ni ke?
Quote ina_na 23-12-2020 10:10 AM
darkness replied at 23-12-2020 07:31 AM
Sedang yg di malaysia pula berabis ckp covid19 flu biasa. Herd immunity? Hahahha! Pemikiran babi but ...

Sbb kat Malaysia ni kkm tu bgs nau bt keje.. Tu la pasal rakyat gan pak menteri x takut.. Cer mcm USA tu.. Dah cecah bape angka.. Kalo mcm USA tu agaknye org Malaysia berani ke nak berholiday sana sini skrg ni.. Silap2 gaya.. Semua kn paksa keluar rumah pun x nk..
Quote biskut_milo 23-12-2020 10:16 AM
husna_amal replied at 23-12-2020 10:05 AM
Vaksin yang ada sekarang ni boleh lawan virus covid yang dah bermutasi ni ke?

I pun tertanya tanya..
Quote fiera_sakura 31-12-2020 12:48 AM
dunia akhir zaman.... mcm2 akn berlaku...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.053429 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top