CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kisah Sedih The Sullivan Brothers Semasa Perang Dunia Ke-2

22-1-2021 02:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4746| Komen: 7

Description: Mereka berlima dalam gambar ini adalah bersaudara (adik-beradik). Dalam sejarah ketenteraan AS, mereka dikenali sebagai The Sullivan Brothers.



Mereka berlima dalam gambar ini adalah bersaudara (adik-beradik). Dalam sejarah ketenteraan AS, mereka dikenali sebagai The Sullivan Brothers.

Mereka terdiri daripada :
George Thomas Sullivan, 27 
Francis Henry "Frank" Sullivan, 26 
Joseph Eugene "Joe" Sullivan, 24
Madison Abel "Matt" Sullivan, 23
Albert Leo "Al" Sullivan, 20

Semasa perang dunia kedua, kesemua mereka bertugas dalam kapal perang sama yang sama dinamakan USS Juneau.

Kapal berkenaan dibenamkan oleh torpedo dari kapal selam Jepun pada 13 November 1942 dalam pertempuran Guadacanal. 


Ditakdirkan, tiga orang pada mereka maut serentak dalam serangan berkenaan.

Seorang maut hari berikutnya kerana kepenatan dan lemas. Seorang juga maut ketika terapung di laut kemudiannya.

Kematian yang terakhir itu dikatakan kerana dia patah hati di tengah lautan apabila mengetahui adik-beradiknya yang lain sudah tiada.

Bapa mereka sedang bersiap untuk keluar berkerja pada pagi hari apabila seorang wakil tentera laut datang ke rumahnya.

"Saya ada benda yang perlu saya perlu maklum kepada tuan mengenai anak tuan...." 

Sebagai seorang bapa di zaman perang, dan anak-anaknya dalam tentera, pasti bapa mereka tahu apa yang hendak disampaikan.
Cuma jawapan kepada soalan beliau yang seterusnya... Mungkin tiada bapa di dunia yang mampu dengar... 

" Yang mana satu.... ".. soal bapa mereka. 

" Saya mintak maaf tuan.. Kelima-lima mereka...." jawab pegawai berkenaan. 




Sumber - MYNEWSHUB


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-1-2021 02:22 AM
Sedihnya.......
Quote 234126 22-1-2021 09:26 AM
Lebih kurang cerita saving private ryan. Anak2 ramai mati dlm perang, kesian mak dia. Ryan je selamat sebab military insisted utk selamatkan dia since 3 beradik dia dah mati.
Quote PristineOne 22-1-2021 01:45 PM
Mungkin Filem Saving Private Ryan berdasarkan kisah Sulivan braders nih.
Quote ikanmasin 22-1-2021 02:37 PM
sedihnya..sekelip mata hilang anak semuanya..
Quote Belibis 27-3-2021 12:36 PM
ikanmasin: sedihnya..sekelip mata hilang anak semuanya..

Untuk hilangkan kesedihan,lihat pulak kekejaman US kat iraq..
Quote PristineOne 31-3-2021 02:35 PM
Boleh tenguk filem baru Tom Hanks - Greyhound

Cerita pasal kapal perang Tentera Laut US yg jadik escort kepada kapal kapal dagang US yg menyeberang lautan Atlantik untuk ke England dan diserang oleh Tentera Laut Nazi Jerman yg menggunakan kapal selam U-Boat pada masa Perang Dunia ke2.

Menarik cerita ni...Filem baru tahun 2020.

Quote ciklahcuteII 28-5-2021 08:56 PM
sedihnya..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.056971 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top