CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Baru 4 Bulan Tapi Hamil Lagi, Wanita Ini Dikecam 'Kaw-Kaw'

3-2-2021 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7852| Komen: 54

Description: Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti impikan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga. Ada yang mungkin mahukan hanya dua atau tiga orang anak sahaja, namun ada yang inginkan ramai anak sehing ...
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti impikan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga. Ada yang mungkin mahukan hanya dua atau tiga orang anak sahaja, namun ada yang inginkan ramai anak sehingga 13 orang.


Tiada masalah untuk memiliki anak ramai, namun pasangan digalakkan untuk membuat perancangan terlebih dahulu agar usia anak tidak terlalu dekat.

Foto: Gulapop


Ini kerana ada yang bimbang jika usia anak terlalu rapat bimbang tidak dapat memberikan kasih sayang secukupnya kerana terlalu fokus dengan anak yang baru.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang wanita yang berkongsikan dia disahkan hamil sekali lagi walaupun baru saja menimang cahaya mata pada Oktober tahun lalu.

 
Menerusi perkongsian di TikTok itu, wanita bernama Suryana itu berkata anaknya baru berusia empat bulan namun dia mengandung lagi.


Perkongsian tersebut hanya untuk berkongsikan khabar gembira apabila dikurniakan cahaya mata lagi, bagaimanapun menerima kecaman daripada netizen yang tidak bersetuju lebih-lebih lagi jarak anak yang bakal dilahirkan kelak terlalu dekat dengan anak bongsunya itu.

Tidak mudah melatah dengan kecaman netizen, Suryana kemudian memuat naik satu lagi video menjelaskan perkara sebenar.

Melihatkan jawapan oleh wanita itu, netizen hanya memberi nasihat supaya merancang keluarga di masa akan datang untuk kebaikan mereka sekeluarga.

Malah, ramai yang meluahkan rasa kasihan pada anak bongsu wanita itu yang belum cukup kasih sayang tetapi akan dapat adik baru lagi.

Foto: Gulapop

Kata netizen lagi, memang tidak dapat dinafikan anak merupakan rezeki tetapi jarakkan kehamilan serta dalam masa sama merancang keluarga untuk menjaga rahim.

Dalam pada itu, ada yang mempertikaikan mereka yang mengecam dengan mengatakan sudah rezeki buat pasangan itu untuk dikurniakan cahaya mata lagi. Kata netizen lagi, tiada masalah untuk mempunyai anak ramai asalkan berkemampuan. -CARI

Sumber: Gulapop

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 3-2-2021 10:59 AM
Biarlah dia nk beranak lagi... asalkn tak kacau hidup org lain...
Quote Itzy 3-2-2021 11:05 AM
Org kecam sebab orang kesian tanda sayang. Tapi betul la oramg jantan nak sedap saja. Yang teruk isteri si perempuan la. Teruk rahim dengan badan nak tanggung in future nanti. Ada kes kat malaysia suami jenis binatang tak tahan, lepas isteri beranak terus belasah nak 'bersama' akhirnya isteri mati time berpantang sebab pendarahan teruk. Doktor tanya dan si suami mengaku, betapa bodohnya orang jantan tahu nak sedap saja. Kesian anak baby kecik2 dah takde mak.
Quote ninjago 3-2-2021 11:16 AM
adehhh ngeri lak fikir rahim lum sembuh betul dah ada isi lagi.

jgn ckp rahim, yg kt bawah tu pun still rasa ngilu2 bersalin baru 4 bulan
Quote sfrnna 3-2-2021 11:23 AM
aduh mana tak terlayan baby. pastu sarat mengandung. pastu beranak ada lagi baby kecik. aduh tak senang duduk dibuatnya. atleast org beranak twin mengandung sekali je.
Quote otai_g 3-2-2021 11:36 AM
Jd isu ni blh menurunkan kes covid x?

Kalo x, next.
Quote umbut 3-2-2021 11:39 AM
Aku ada kawan yg dia ngan abg dia lahir tahun yg sama... dia lahir jan.. abg lahir dec... tgk muka bapak acah alim. Tak menyabar nak tutttt

Anak2 aku pun selang setahun sebab aku plan nak ada geng
Quote GigaMom 3-2-2021 11:44 AM
Pantang berapa hari je ni
Anak dlm perut dh brp bln
Quote Lula2 3-2-2021 11:48 AM
umbut: Aku ada kawan yg dia ngan abg dia lahir tahun yg sama... dia lahir jan.. abg lahir dec... tgk muka bapak acah alim. Tak menyabar nak tuttttAnak2  ...


Sama lah dengan bapak kawan ko tu nak bg anak dia ada geng.
Quote adawiyah_hakim 3-2-2021 12:21 PM
ramai je anak pertama & kedua jarak rapat... termasuk aku
Alhamdulillah... selamat semuanya & anak2 pun cukup kasih sayang

mungkin plan akk ni utk beranak rapat2 pastu stop
Quote mamajawie 3-2-2021 12:23 PM
kalau mampu nak beranak ramai lantak la mengkome..tpi kalu jenis jantan bewak konon rabun xbleh keje, kaki konon gout sampai terpaksa dok rumah saja bini lak kena jadi jantan pikul tanggung jawab tu memang bodoh namati..
Quote Artemesiaa 3-2-2021 01:03 PM
Sendiri punya mahu hadap jer ler
Quote lwyl 3-2-2021 01:38 PM
Ada yang lepas caesarean dua bulan terus mengandung lagi. Lagi menakutkan.
Quote mongoose_kidz 3-2-2021 01:40 PM
bukan masalah kecam....tp mmg x setuju dgn sttmnt da dia mmpu ikut la nk beranak raMai pun.beranak ramai xde masalah tp klau boleh ikut la jarak yg betul...
sbb kehamilan ni proses yg complicated...ibu hamil jarak dekat ni terlalu byk risiko yg dia kena tempuh...risiko rahim pecah,gugur, pendarahan...klau dia mengandung sorg2 x g checkup n beranak di hosp tu lain cerita...
tp ini semua akan berkait dgn nurse dan doktor.di kk atau hospital..luka beranak yg dulu pun x baik lagi...da uterus dia kena xpand utk kehamilan yg ni pulak...bahaya tau x..klau dulu beranak ade koyak....xdan koyak nak baik da akan koyak lagi....itu yg diorg x faham...
kita klau boleh xmau la mak2 ni dpt risiko yg boleh bahayakan nyawa sndiri...
tok laki??? klau meninggal boleh cari baru ye dak (maaf klau anda suami setia jgn terasa dgn stmmnt ni)
Quote Asdira 3-2-2021 01:51 PM
umbut: Aku ada kawan yg dia ngan abg dia lahir tahun yg sama... dia lahir jan.. abg lahir dec... tgk muka bapak acah alim. Tak menyabar nak tuttttAnak2  ...



Hahhaha..mcm my friend juga..ingatkan dia dgn abg dia kembar rupanya kembar sama tahun..
si abg dlm 4.1
dia pulak 21.12
Quote buapakperut 3-2-2021 02:32 PM
kalau dia ade kemampuan ekonomi dan mental sihat badan kuat tak salah. yang salah tu dahle miskin pemalas duduk berhimpit anak tak cukup makan pakai tapi tak de nk planning
Quote prettyuglybabe 3-2-2021 02:36 PM
buat apa nak salahkan si bini..
salahkan si jantan tu la yang tak kesian bini..
kot ye pun tak sabar, pakai la protection..
esok bini badan tak terjaga, rumah tak terjaga dok kelek anak kecik yang bersusun, jantan jugak yang komplen bini tak lawa pastu pasang lain..
Quote bakingsoda 3-2-2021 02:38 PM
patutnya fokus kat penderma sperma yg selfishhh
Quote unta2 3-2-2021 03:02 PM
elok kena kecam.. bukan pasal pregnant, tapi pasal sebok nak kompang kat public.. tak reti senyap2 ke.. padan muka
Quote Supersirap 3-2-2021 03:59 PM
Tahniah diucapkan, yang penting jaga kesihatan semasa mengandung ni

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.080521 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top