CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bos Sanggup Turun Padang, Jual Makanan Tepi Jalan Untuk Selamatkan Hotel

3-2-2021 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3724| Komen: 15

Description: Tidak dinafikan, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sektor perhotelan antara industri yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Tidak dinafikan, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sektor perhotelan antara industri yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
 

Lebih menyedihkan, banyak hotel terpaksa gulung tikar hingga mengakibatkan ramai pekerja hilang sumber pendapatan. Bagaimanapun, masih ada pengusaha yang cuba bertahan sehabis boleh dengan melakukan pelbagai inisiatif untuk menjana pendapatan.

Seperti yang dilakukan oleh Pengurus Hotel Red Rock, Jeffrey Lim ini sanggup turun padang untuk mempromosikan jualan makanan daripada hotelnya di George Town, Pulau Pinang.


Kredit foto: IG

Menerusi video dikongsikan oleh Bernama, Jeffry dilihat sedang memegang kad manila yang tertulis ‘RM3.00’ serta memanggil pelanggan untuk membali makanan dijual oleh hotelnya itu.


Pelbagai menu dijual antaranya mihun tomyam, nasi goreng dan nasi ayam yang hanya hanya berharga RM3.00 sahaja.

Jeffry berkata usaha jualan itu dilakukannya sejak Isnin lalu demi kelangsungan perniagaan serta untuk menjaga kebajikan para pekerja.


Kredit foto: Facebook

“Ini adalah bagi membantu hotel dan pekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika Covid-19.
 
“Kami perlu bergantung pada usaha sendiri untuk terus hidup dan tidak boleh bergantung pada bantuan kerajaan yang tidak banyak untuk industri hotel,” katanya.


Kredit foto: Facebook

Inisiatif yang dilakukan oleh pengusaha hotel berkenaan ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan usaha yang dilakukan serta memberikan kata-kata semangat buat mereka yang terlibat. -CARI

Sumber: Gulapop


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 3-2-2021 05:29 PM
Baguslah dan ada beberapa hotel lain pun dah lakukan cara yang sama jual hawker food asalkan perniagaan terus berjalan.
Quote otai_g 3-2-2021 05:35 PM
Bgs la berusaha sendiri. Jgn jd mcm certain org yg suka meminta2 walau pun tubuh badan sempurna.

Ada plk org yg beli mercedez, pastu masih nak minta bantuan lg. Apa jenis punya manusia pun x tau lah.
Quote Perawankota 3-2-2021 08:49 PM
Bagus tu.. Hotel kt KL ni dh byk masuk food panda & grab..
Quote djzara81 3-2-2021 09:07 PM
Tahniah! Hotels mmg kene be proactive utk survive zmn cobid.
Quote Lolalala 3-2-2021 10:28 PM
Ada juga hotel buat house cleaning
Quote farhani87 3-2-2021 10:31 PM
Iols pun selalu dpt promo WhatsApp Dr hotel de palma Shah Alam. Kesian industri pelancongan kita.
Quote Adrif 3-2-2021 11:43 PM
pakcik kita chef kat hotel dulu. lepastu cam biasa, diberhentikan sebab pandemik

fast forward beberapa bulan kemudian, sekarang dia nangis tak menang tangan,
pau dia jual, seringgit je. coklat, pandan, kaya, kelapa, kacang merah.
kecuali pau kari ayam, kari daging RM1.20.

setiap hari sold out. tak sampai sejam berniaga dah licin orang sapu habis
biasanya ada customer beli banyak-banyak. dia sorang sampai 40-50 biji pau

tapi tu la, pakcik kita ada mesin uli special tu, heavy duty. ber-kg-kg sekali buat.
kita buat uli pakai tangan 1kg, lenguh weyy
Quote MadameOnion 4-2-2021 08:29 AM
kebanyakan hotel kat penang mmg dah start jual lunchbox camni..boleh dtg pickup or delivery..harga pun reasonable..tak mahal, tak murah...boleh la fefeeling makan kat hotel smbil mengadap komputer kat ofis..hari tu aku order grilled salmon fillet baru rm 21...sebelum ni nak makan salmon kat hotel mahal ye
Quote kechikchomel 4-2-2021 10:38 AM
Adrif replied at 3-2-2021 11:43 PM
pakcik kita chef kat hotel dulu. lepastu cam biasa, diberhentikan sebab pandemik

fast forward beb ...

pakcik uolss tu menjual kat mana?
Quote Redmyvi 4-2-2021 10:44 AM
Adrif replied at 3-2-2021 11:43 PM
pakcik kita chef kat hotel dulu. lepastu cam biasa, diberhentikan sebab pandemik

fast forward beb ...

Alhamdulilah murah rezeki pakcik.. yg penting jgn putus asa ja..
Quote Redmyvi 4-2-2021 10:51 AM
Bgus la bos turun pdang.. sama2 struggle demi kelangsungan hidup..
Jadi bos ni susah bile nak fikir ttg pekerja.. kalau berhentikan pekerja pun kena byr pampasan..

Meniaga ni kena bijak amik peluang.. kalau tak boleh cara ni kita cuba cara lain.. janji cara halal..

Selalu aku fikir nak masak jer sbb nak jimat duit tapi kdg kesian tgk peniaga makanan dan rider foodpanda.. Sekali skala boleh la order gk.. hehe

Quote zehra2 4-2-2021 10:52 AM
Adrif replied at 3-2-2021 11:43 PM
pakcik kita chef kat hotel dulu. lepastu cam biasa, diberhentikan sebab pandemik

fast forward beb ...

Alhamdulillah. sebab ada skill.
bisnes mkn2 ni.mmg ada je permintaan.
apalagi chef yg masak. tentu sedap!
Quote arffa 4-2-2021 11:42 AM
Hotel klana beach resort PD buat pakage makanan sihat, menu pun menarik
Quote ceria611 4-2-2021 02:04 PM
boleh survive ke RM3? maybe nanti dah ramai customer kena naikkan la harga sikit.. huhu
Quote Jemahjemah 5-2-2021 12:12 AM
Kesian. Yela siapa nak tolong kan. Pemimpin fikir poket sendiri je. Rakyat tercekik lantak lerr. Rakyat biasa ssh kan. Diaorg ni xbiasa ssh. Nnti kekok

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.332374 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top