CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kembar seiras! Kami pernah tersilap kekasih masa bercinta - Pengantin

1-3-2021 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3323| Komen: 14

Description: Jakarta: Pernah tertukar dan tersilap sebut nama pasangan ketika bercinta.



Jakarta: Pernah tertukar dan tersilap sebut nama pasangan ketika bercinta.

Itu pengalaman lucu dialami dua saudara kembar di Indonesia yang melangsungkan perkahwinan mereka serentak di Kampung Sindanggalih, Sumedang.

Ellwanda Julianop Hidayat, 20, bernikah dengan Rani Nurhaeni, 19, manakala adik kembarnya, Ellwindi Junianfi Hidayat bernikah dengan kembar isterinya, Rina Nurhayati.

Ellwindi berkata, dia terpikat dengan Rini selepas abang kembarnya bercinta dengan Rani.

"Selepas tamat sekolah baru kami tahu teman wanitanya mempunyai kembar.

"Selepas itu, saya terus mendekati Rini dan menjalin hubungan serius dengannya.


"Lucunya, kami sering tertukar pasangan adakalanya tersilap menyebut nama ketika masih bercinta," katanya dalam Tribune News.

Sementara itu, bapa mereka, Nopi Hidayat, 50, berkata, mereka sekeluarga tidak menyangka dua beradik itu turut mendapat jodoh kembar.

"Pada mulanya saya menyangka mereka bercinta dengan wanita sama, namun selepas diajak bertemu barulah saya tahu mereka juga saudara kembar seperti anak lelaki saya.

"Melihat keempat-empatnya suka sama suka, kedua-dua pihak pun bersetuju dan merestui pernikahan mereka," katanya.



Sumber : Harian Metro
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-HBZ 1-3-2021 08:31 AM





Jakarta: Pernah tertukar dan tersilap sebut nama pasangan ketika bercinta.


Itu pengalaman lucu dialami dua saudara kembar di Indonesia yang melangsungkan perkahwinan mereka serentak di Kampung Sindanggalih, Sumedang.


Ellwanda Julianop Hidayat, 20, bernikah dengan Rani Nurhaeni, 19, manakala adik kembarnya, Ellwindi Junianfi Hidayat bernikah dengan kembar isterinya, Rina Nurhayati.


Ellwindi berkata, dia terpikat dengan Rini selepas abang kembarnya bercinta dengan Rani.


"Selepas tamat sekolah baru kami tahu teman wanitanya mempunyai kembar.


"Selepas itu, saya terus mendekati Rini dan menjalin hubungan serius dengannya.


"Lucunya, kami sering tertukar pasangan adakalanya tersilap menyebut nama ketika masih bercinta," katanya dalam Tribune News.


Sementara itu, bapa mereka, Nopi Hidayat, 50, berkata, mereka sekeluarga tidak menyangka dua beradik itu turut mendapat jodoh kembar.


"ada mulanya saya menyangka mereka bercinta dengan wanita sama, namun selepas diajak bertemu barulah saya tahu mereka juga saudara kembar seperti anak lelaki saya.


"Melihat keempat-empatnya suka sama suka, kedua-dua pihak pun bersetuju dan merestui pernikahan mereka," katanya.






Sumber : Harian Metro
Quote izwan_izi 1-3-2021 08:40 AM
kalo pergi honeymoon bersama-sama...jangan sampai tersilap masuk bilik sudah laaa...

buat naya kes je nanti..
Quote redz85 1-3-2021 09:07 AM
mungkin anak anak mereka muka pun serupa.. interesting
Quote epuepy 1-3-2021 10:29 AM
ni kalo balik uma family, mau konfius. bkn takat laki bini je confius, mak mertua and pak mertua pn bole konfius mcm ni.

anyway, nk buat mcm mana, dh jodoh. anak2 kang muka lebih kurang je la. dh mak bapak kembar
Quote FanTasyCreaTioN 1-3-2021 10:52 AM
FC move ke Kongsi Tular sebab berita camni bukan isu semasa.

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1240030 nanti akan d merge bersama. Tunggu @admin6 mergekan.


Quote tikusmontok 1-3-2021 10:58 AM
comel jer empat2 ni wp indon
Quote Redmyvi 1-3-2021 11:29 AM
wow ada peluang dapat triplet @ quadplet la
Quote bluebutter 1-3-2021 11:32 AM
Lawa lawanya. Selalu tgk org indon tak lawa, kulit keras cam kulit pokok.

Quote Boomibulat 1-3-2021 11:35 AM
Jgn buat2 salah bilik dah la..
Quote noell 1-3-2021 11:38 AM
redz85 replied at 1-3-2021 09:07 AM
mungkin anak anak mereka muka pun serupa.. interesting

and anak2 mereka akan mempunyai dna yg serupa...berkat tgk siri2 csi dedulu


Quote Artemesiaa 1-3-2021 11:41 AM
Ok ler tu kembar dapat kembar.  
Quote kakakpositifker 1-3-2021 12:26 PM
Ini amat luar biasa
Quote Friska 1-3-2021 12:58 PM
Empat-empatnya sama cantik, moga rumah tangga harmonis, adem dan ayem. Selamat ya adik-adik.
Quote seribulan 1-3-2021 01:08 PM
My twin female cousins kawen adik-beradik kembar gak...Abang ambil adik...Adik ambil akak...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.053930 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top