CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesakit Covid-19 Maut Hospital Terbakar

1-3-2021 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1728| Komen: 4

Description: Kebakaran berpunca akibat letupan saluran paip gas di sebuah hospital di Ukraine, semalam, mengorbankan seorang pesakit Covid-19 dan mencederakan yang lain dalam tragedi kedua dalam tempoh sebulan.
Kebakaran berpunca akibat letupan saluran paip gas di sebuah hospital di Ukraine, semalam, mengorbankan seorang pesakit Covid-19 dan mencederakan yang lain dalam tragedi kedua dalam tempoh sebulan.


Insiden meragut nyawa akibat kebakaran di negara bekas Soviet ini memang kerap berlaku berikutan pematuhan terhadap peraturan keselamatan dan infrastruktur yang sudah usang.

Kebakaran di hospital lima tingkat di bandar barat daya Chernivtsi itu disebabkan letupan di bangsal di tingkat pertama hospital berkenaan, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan negara itu.


Kredit foto: AFP

"Saluran paip oksigen meletup dan terbakar, membunuh seorang (pesakit) dan mencederakan yang lain," katanya dipetik AFP.

Dua puluh pesakit dipindahkan sebelum api dipadamkan 15 minit selepas letupan, tambahnya.

Gambar wad menunjukkan katil, kerusi dan cadar yang terbakar kelihatan berselerakan di lantai.


Datuk Bandar Chernivtsi, Roman Klichuk berkata, kebakaran itu berlaku di wad yang menempatkan pesakit yang dijangkiti Covid-19 dirawat.

Beliau berkata, pesakit yang melecur teruk ketika dalam rawatan intensif akan dirawat sebaik mungkin untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Awal bulan ini, empat pesakit mati di bandar barat daya Zaporizhzhya apabila kebakaran meletus di unit rawatan intensif sebuah hospital yang merawat pesakit Covid-19.

Pada Januari, 16 terbunuh dalam kebakaran di rumah jagaan haram di bandar Kharkiv di timur negara itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 1-3-2021 04:53 PM
Takziah kpd keluarga
Quote Belibis 1-3-2021 05:17 PM
Jadi,kena masuk dalam list mati sebab kobid atau tak??
Quote LadyCarefree 6-3-2021 09:55 AM
Belibis: Jadi,kena masuk dalam list mati sebab kobid atau tak??


Tak. Mati asap.
Quote notM 6-3-2021 10:01 AM
Negara bekas jajahan USSR majoriti miskin2

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.040581 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top