CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Mana Ada Pukul, Polis Terpaksa Guna Kekerasan Paling Minimum'

16-6-2021 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1895| Komen: 10

Description: Polis menafikan dakwaan seorang lelaki yang beliau dipukul dan dikasari semasa hadir ke ibu pejabat Polis Daerah Serdang untuk rakaman percakapan bersabit satu laporan yang dibuat isterinya berkaitan ...
Polis menafikan dakwaan seorang lelaki yang beliau dipukul dan dikasari semasa hadir ke ibu pejabat Polis Daerah Serdang untuk rakaman percakapan bersabit satu laporan yang dibuat isterinya berkaitan keganasan rumah tangga, minggu lepas.


Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pada hari kejadian lelaki berkenaan yang terserempak dengan isterinya semasa berada di balai bertindak agresif dan mengugut akan membunuh isterinya itu.


Gambar hiasan

Beliau berkata, polis telah menasihatkan lelaki itu agar jangan membuat bising di kawasan balai polis, namun dia tidak mengendahkan nasihat yang diberikan dan telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada polis iaitu 'polis bodoh'.

“Semasa proses tangkapan terhadap suspek, berlaku pergelutan dan pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan paling minimum,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, sebuah portal berita melaporkan seorang bekas pengurus bengkel, Joseph Prakash Sukumaran mendakwa dia dipukul dan dikasari semasa berada di ibu pejabat polis berkenaan.


Arjunaidi berkata, suspek didapati mempunyai lapan rekod jenayah lampau meliputi pelbagai kesalahan jenayah termasuk kekerasan serta narkotik dan ujian saringan awal polis mendapati suspek positif dadah jenis methapethamine.

Beliau berkata, suspek didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 11 Jun lepas mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 di samping menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, suspek tidak mengaku salah dan dibebaskan dengan jamin mahkamah.

“Sejurus dibebaskan, pada hari yang sama lelaki itu membuat satu laporan polis di Balai Polis Bandar Kinrara mengatakan dia dipukul dan dikasari pihak polis semasa hadir memberi keterangan bersabit kes keganasan rumah tangga,” katanya.

Arjunaidi berkata, satu Kertas Siasatan Enkuiri Polis (KEP) telah dibuka bagi menjalankan siasatan terhadap laporan yang dibuat dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah mengambil alih siasatan KEP ini. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkidorkido 16-6-2021 05:26 PM
Pukul bini boleh, polis pukul dia menangis
Quote tagas 16-6-2021 07:52 PM
Shoot kat kepale jer bangsa bangsat

binatang @pyropura  nih
Quote mawardia 10-9-2021 10:08 PM
Putar alam nye kau cha.
Taik dadah ni elok meninggal je la.
Quote edayildiz 10-9-2021 10:15 PM
kesiannya..mitak cerai jer la auntie
Quote che-cikL 10-9-2021 10:18 PM
Good job abang polis
Quote Fortiori02 12-9-2021 10:08 PM
Jantan isap dadah kaki putar alam tak guna...
Quote TeropongThaico 12-9-2021 10:50 PM
deme ni memang.... Kalau tak over tak sah
Quote LoveSungmin 13-9-2021 02:15 AM
drama yenna lagi
Quote batmana 13-9-2021 02:24 AM
Patut pi spital dlu amik bukti dipikul...klu betul dipukul leer
Quote aint 13-9-2021 08:21 AM
apa bukti kena pukul dgn polis? kalo saja wat laporan palsu, bole kena tindakan.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.044479 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top