CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Lagi Muhyiddin Yassin Dalam Surat Menyurat, Dokumen Rasmi

17-6-2021 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9236| Komen: 74

Description: Kakitangan di Pejabat Perdana Menteri diarahkan untuk menggunakan nama sebenar Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam semua dokumen formal atau rasmi.
Kakitangan di Pejabat Perdana Menteri diarahkan untuk menggunakan nama sebenar Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam semua dokumen formal atau rasmi.

Surat edaran bertarikh 3 Jun itu mengarahkan supaya surat dan dokumen rasmi yang memerlukan tandatangan Perdana Menteri haruslah menggunakan ejaan rasmi namanya, iaitu dengan ejaan "Mahiaddin Bin Md Yassin" atau "Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin".



Kredit foto: BERNAMA

Surat pekeliling tersebut ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohammad dan arahan itu berkuat kuasa serta-merta.

Difahamkan, arahan ini dikeluarkan setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara.



Mahiaddin merupakan nama sebenarnya, namun beliau lebih dikenali sebagai Muhyiddin.

Pada April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan seorang lelaki setelah memutuskan bahawa perintah penahanan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri itu tidak sah, kerana itu bukanlah nama sebenarnya.

Lelaki itu sepatutnya ditahan selama dua tahun di pusat pemulihan Simpang Renggam, Johor.

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan bahawa menteri-menteri yang menjalankan fungsi rasmi mestilah menggunakan nama seperti yang dinyatakan dalam MyKad dan Warta Kerajaan Persekutuan.


Sumber: mStar
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Makcik.Kiah 16-6-2021 12:22 PM
Dulu makcik suka sangat dengan Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin sekarang makcik sakit hati. Mula-mula saja nampak OK.

Makcik rindukan zaman UMNO yang sebenarnya
Quote AbukRokok 16-6-2021 12:28 PM
xpelah abah... biarlah tercdok dari trus menongkat dagu
Quote Firenzza 16-6-2021 12:35 PM
Nape time dia jd men dlm negeri x mau tukar nama kat ic?
Quote akuchenta 16-6-2021 12:39 PM
Kenapa dia tak guna nama officiall selama ni?

Serius tak tahu pm ada nama lain
Quote dizekni 16-6-2021 01:07 PM
Kah ke kah

tak pernah dibuat orang

tu la fitnah lagi orang

balasan macam2
Quote Rogue98 16-6-2021 01:11 PM
Dr segi undang2 means mana2 perjanjian yg tak guna nama betul dia adalah tidak sah....
Quote Firenzza 16-6-2021 01:15 PM
Rogue98 replied at 16-6-2021 01:11 PM
Dr segi undang2 means mana2 perjanjian yg tak guna nama betul dia adalah tidak sah....

Dia kan ada 1 kes mahkamah reject sbb guna nama mcm skrg x ingat kes apa  masa tu dia jd ment dlm ngri dulu
Quote kakikuDibibirmu 16-6-2021 01:28 PM
Ini semua salah kerajaan abahcow ijau yang prihatin lagi berpenjana serta lestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+. Kita tidak pernah lagi mempunyai PM seperti abahcow ijau yang prihatin lagi berpenjana serta lestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ sepertimana abahcow ijau yang prihatin lagi berpenjana serta lestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ itu.

Bersyukurlah kita semua kerana mempunyai PM seperti abahcow ijau yang prihatin lagi berpenjana serta lestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+.
Quote zidane_ziege 16-6-2021 01:37 PM
nama yg apak dia bagi pun dia khianat dasat pengkhianat
Quote Perawankota 16-6-2021 01:44 PM
Dah lama tau nama2 dia ni. Tapi kenapa tak guna je nama dlm ic dia yer
Quote Elle_mujigae 16-6-2021 01:53 PM
Kenapa tak mohon  tukar nama dlm ic je... Kalau lulus tukar nama, nama lama still valid utk apa2 perjanjian sblm tukar nama...
Quote alesandra 16-6-2021 01:54 PM
Nauzubillah dia neh
Quote Orix 16-6-2021 01:56 PM
tukar jela nama... muhsembab
Quote alesandra 16-6-2021 01:57 PM
dizekni replied at 16-6-2021 01:07 PM
Kah ke kah

tak pernah dibuat orang

Takk..walau apapun terjadi hari ni..najib X AKAN JADI PM balik.gi mampos
Quote minnie_mouse 16-6-2021 01:58 PM
Aiyo.. Nama sendiri pon dia blh buat main2.. Camna na dia nk tadbir negara seikhlas hati.. Mmg abah cow sungguh la...
Quote samperit 16-6-2021 01:58 PM
Nama sendiri pun dia confius
Quote budaktua 16-6-2021 02:02 PM
aku dpt dpt edaran surat ni dlm wtspp grup...

apa yg terlintas dlm fikiran aku... hmm..lama lg la rasanya dia ddk ditakhta..atleast pd fikiran dia la..
Quote Wassap 16-6-2021 02:06 PM
Darurat related letters dia sign nama mana satu
Quote bintangct 16-6-2021 02:06 PM
akuchenta replied at 16-6-2021 12:39 PM
Kenapa dia tak guna nama officiall selama ni?

Serius tak tahu pm ada nama lain

sama la..
patut la org dlm forum ni pgil dia mahiaddin

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.060527 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top