CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curah Air Panas Dicampur Gula Ketika Suami Tidur, Lecur Teruk Sampai Mati

18-6-2021 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4250| Komen: 21

Description: LONDON: Seorang wanita didapati bersalah membunuh suaminya dengan menyimbah air panas mendidih yang dicampur gula ketika lelaki itu tidur di rumah mereka di Wirral, Cheshire.
LONDON: Seorang wanita didapati bersalah membunuh suaminya dengan menyimbah air panas mendidih yang dicampur gula ketika lelaki itu tidur di rumah mereka di Wirral, Cheshire.  


Lapor Daily Mail, Corrina Smith, 59, bertindak demikian terhadap Michael Baines selepas satu pertengkaran tercetus antara mereka di rumahnya di Wirral .

Dilaporkan, Smith sengaja mencampurkan gula ke dalam air panas itu supaya menjadi likat, sekali gus boleh menyebabkan kesan lecuran yang lebih teruk.

Foto: Agensi

Selepas insiden itu, Smith mengaku melakukan perkara itu kepada seorang jirannya.

Sehari sebelum insiden itu, Smith dilaporkan berasa marah dan kesal selepas mendengar khabar angin mengenai suaminya sehingga dia mempercayai benar.


Pada sesi pendengaran Mahkamah Crown Chester dimaklumkan, Smith yang juga dikenali sebagai Corinna Baines merupakan penjaga suaminya yang berusia 80 tahun.

Menurut polis, ketika kejadian, Baines dikejarkan ke Hospital Whiston pada awal pagi 14 Julai tahun lalu dalam keadaan serius.

Baines dilaporkan meninggal dunia sebulan kemudian iaitu pada 18 Ogos tahun lalu.

Smith pada mulanya berdepan dengan tuduhan menyebabkan kecederaan badan serius namun sejurus selepas kematian suaminya, dia didakwa atas kesalahan membunuh.

Smith akan dijatuhkan hukuman pada 9 Julai depan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dovahkiin 18-6-2021 07:49 AM
Seksa kena air panas ni. Ni tambah gula lak tu nak kasi likat. Mmg niat nak bunuh la tu.
Quote sukacactus 18-6-2021 08:02 AM
Ya Allah
Kenapa nak ikut hati sangat
Quote Lengkong 18-6-2021 08:34 AM
Sakitnya lah
Quote supernaturalee 18-6-2021 09:04 AM
Ni lh yg p ramlee kata
Dh tua pun bodoh

Quote kuzaime 18-6-2021 09:18 AM
Pernah masa masak air gula, bila dah mengelegak dia start meletup2 sikit tu, terkena tangan sikit aje pun pedihnyalahh. Ni pulak yg sengaja masak utk simbah ke lakinya
Quote nazzse 18-6-2021 09:26 AM
Bila masuk gula tahap didih makin tinggi. Confirmlah makin menderita pokcik tu
Quote Babai 18-6-2021 09:31 AM
supernaturalee replied at 18-6-2021 09:04 AM
Ni lh yg p ramlee kata
Dh tua pun bodoh

Hahahahaha
Quote R2D2 18-6-2021 10:17 AM
kes mcm ni bukan baru hari ni dia nak buat
biasanya lama terpendam
hari ni baru meledak
tu panggil dendam kesumat
buat sampai puashati!

bahaya kes2 dendam style mcm ni
Quote imransulaiman 18-6-2021 11:09 AM
Macam rupa Susan Lankaster
Quote TomyamPuteh 18-6-2021 11:55 AM
Org putih ni klau romantik, romantik sungguh. Klau kejam, kejam smpai x terjangkau dek akal.
Quote Artemesiaa 18-6-2021 01:56 PM
Curah dengan gula hangus tengah masak mana tak teruk lecurnya boleh hilang  nyawa
Quote umbut 18-6-2021 02:12 PM
TomyamPuteh replied at 18-6-2021 11:55 AM
Org putih ni klau romantik, romantik sungguh. Klau kejam, kejam smpai x terjangkau dek akal.

Yup.. Kejam diorang cam setan
Quote tripleid 18-6-2021 03:34 PM
100 degree celcius takat didih air tulen..kalo letak bahan bendasing garam,gula etc takat didih air akn naik
Quote dua_chzy 18-6-2021 04:36 PM
Wife yang kena pukul sampai jadik sayur tu patut simbah air gula menggelegak kat kotey laki dia.
Quote any42 18-6-2021 04:52 PM
tahap pnas air gula yg nk jd caramel tu ke

kesiannya dah la dah tua lakinya 80 tahun kulit kna air mngglegak pnas smpai ke tulang agknya
Quote dudaberhias 18-6-2021 04:56 PM
dah tak larat nak bela la tu di tambah pulak cerita macam2 yang tak baik sampai sakit hati...
tapi rugi la kena masuk penjara pulak tu padahal laki pun dah tara2 kayu reput...
Quote Supersirap 19-6-2021 02:26 AM
Mesti ada sesuatu yg menyebabkan sang isteri bertindak sedemikian rupa
Quote depresio 19-6-2021 02:30 AM
Teringat cerita
House of wax
Quote anony-mous 19-6-2021 02:34 AM
Puas hati pulak baca bila cmpur gula tu

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.056538 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top