CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perompak Sempat Menasihati Mangsa!

20-11-2013 09:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10573| Komen: 53

Description: Shah Alam, 20 November : “Siapa Suruh Korang Buka Sampai Malam,” Itulah Kata-Kata Sekumpulan Penyamun Bersenjatakan Parang Apabila Mereka Dipercayai Tersalah Sasaran Dalam Satu Kejadian Samun Bersen ...
SHAH ALAM, 20 November : “Siapa suruh korang buka sampai malam,” itulah kata-kata sekumpulan penyamun bersenjatakan parang apabila mereka dipercayai tersalah sasaran dalam satu kejadian samun bersenjata di Taman TTDI Jaya, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, enam lelaki bersenjatakan parang menaiki tiga motosikal berhenti di depan sebuah bengkel membaiki kereta sebelum dua daripada mereka mengacu parang ke leher pekerja bengkel berkenaan sebelum melarikan wang tunai  RM5,000.

Mangsa yang juga pekerja bengkel Ahmad Shukri Hamzah, 23, berkata, ketika kejadian, dia bersama seorang lagi rakan sedang membaiki kereta di belakang bengkel dan pada mulanya dia hendak mengambil spanar di bahagian hadapan bengkel, sejurus melangkah keluar lehernya terus diacukan parang.

“Saya hanya mampu berdoa dalam hati apabila melihat parang di leher, siapa yang tak terkejut lain yang hendak dibuat lain yang jadi. Pada mulanya seorang daripada lelaki berkenaan bertanyakan kepada saya siapa yang ada di dalam bengkel sebelum bertanyakan identiti saya.
  “Sebaik mengacu parang di leher, mereka terus meminta saya mengeluarkan semua wang dan menyeluk poket seluar, sebelum menolak saya masuk ke dalam pejabat  dan mengacu parang ke arah bos saya yang ketika itu sedang berbaring, takut dicederakan,  bos saya terus menyerahkan semua wang,” katanya ketika ditemui,  semalam.

  Ahmad Shukri berkata, ini   kejadian pertama yang berlaku sejak beroperasi tujuh tahun lalu dan selain wang tunai, lelaki itu turut mengambil beg pinggang milik majikannya yang mengandungi dokumen peribadi, kad bank, pemacu cakera serta telefon bimbit.

  “Kami jarang beroperasi sampai malam, kebiasaannya jam 6 atau 7 malam sudah tutup, tetapi pada hari kejadian ada kereta perlu disiapkan dan tidak sangka perkara buruk akan terjadi.

  “Mungkin itu rezeki mereka, kerana petang semalam (kelmarin) bos saya baru dapat bayaran daripada pelanggan dan kalau bos cepat lima minit ke bank, mungkin tak banyak mereka dapat,” katanya.

13

Bagus
18

Marah
23

Terkejut
19

Sedih
11

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 20-11-2013 06:25 AM

AHMAD Shukri menunjukkan aksi perompak mengacu parang di lehernya, kelmarin.

Quote Bedah.Cun 20-11-2013 06:35 AM
Merompak pun satu profesion gak,  bagoss!!!
Quote d-7-0ne 20-11-2013 06:43 AM
krja over time nak cari lebih, tapi jadi rugi la pulak.
Quote RosesAre_Red 20-11-2013 06:47 AM
salah ke kalo beroperasi malam2? memang dasar nak merompak

ps:klu kt atas mcm tau je bangsa mana yg menyamun
Quote Bedah.Cun 20-11-2013 06:53 AM
Kesian pulak menengok kau, dik
Quote sueism 20-11-2013 06:54 AM
Bedah.Cun posted on 19-11-2013 12:35 PM
Merompak pun satu profesion gak,  bagoss!!!

dah nak cari keja yg gaji lebih sikit tak ada,
lepas tu semua benda naik rega

Quote Bedah.Cun 20-11-2013 06:57 AM
sueism posted on 19-11-2013 10:54 AM
dah nak cari keja yg gaji lebih sikit tak ada,
lepas tu semua benda naik rega

Khenn, sis. Habis orang negara ni jadi giler sewel menyamun lar membunuh tambah lagi dengan masalah sosial pendatang haram yang dapat IC haram lagi... Rungsing menengok keadaan negara ni, huhuhu
Quote sueism 20-11-2013 06:59 AM
Bedah.Cun posted on 19-11-2013 12:57 PM
Khenn, sis. Habis orang negara ni jadi giler sewel menyamun lar membunuh tambah lagi dengan masala ...

tulah lepas tu pemimpin pulak hari2 bgn pagi
mesti fikir macamana cara nak curi duit , rakyat
terbiar, lepas tu bila kita ketengah masalah negara
muntri kata kalau x suka boleh keluar dari malaysia,
dan ada yg muntri bodoh boleh kata malaysia masih aman.

Quote azlinahmad 20-11-2013 07:04 AM
tak ada rezeki la tu....bak kata orang tu.
Quote xAthenax 20-11-2013 07:05 AM
syukur negara ini aman .............








orang nak overtime sebab nak make end meet pun kena acu parang
nak keluar pun orang takut sekarang
nak tidur pun susah risau tentang keta umur duabelas tahun mau dilupus
Quote linnytuckming2 20-11-2013 07:12 AM
Syukurlah ramai org bekerja sbg perompak dan penyamun.inilah hasil berkaliber perintahan selama 50tahun.
Quote peYno 20-11-2013 07:18 AM
Gaya caksp tu mcm indon... Tapi kat selangor ni jgn keliru.. Ramai org tempatan asal johor disangka org indonesia..bila wak misron dari majidee villa nabila pon kat selangor org ingat indon
Quote cadarblogsot 20-11-2013 07:34 AM
sueism posted on 20-11-2013 06:59 AM
tulah lepas tu pemimpin pulak hari2 bgn pagi
mesti fikir macamana cara nak curi duit , rakyat
...

Malaysia aman??? Nk kluar rumah pegi kat kereta pun takut... blum lagi cerita naik teksi semua. masa tinggal kat bangkok I sorang2 jalan ke pasar time subuh x de nak takut apa. Kat negara sendiri mcm dok kat Nigeria
Quote shoryu 20-11-2013 07:42 AM
Bodoh punye perompak..orang keje sampai lewat malam nak cari rezeki halal..yang kau senang-senang je nak rompak kan..usaha la sendiri..
Quote MissNigga 20-11-2013 07:43 AM
tongkatwaran75 posted on 20-11-2013 06:25 AM
AHMAD Shukri menunjukkan aksi perompak mengacu parang di lehernya, kelmarin.

abe tong .. mujur reporter tak suruh mangsa menunding jari ... walau pun tak dok apa yang nak ditundingkan... janji tunding sebelom reporter snap gambar ...
Quote tongkatwaran75 20-11-2013 07:48 AM
MissNigga posted on 20-11-2013 07:43 AM
abe tong .. mujur reporter tak suruh mangsa menunding jari ... walau pun tak dok apa yang nak ditu ...


Aah la...
kali ini hand shadow puppet ` itik '...



Quote AbukRokok 20-11-2013 08:22 AM
keling ke
mcm keling je
mcm keling je
Quote merrissa 20-11-2013 08:32 AM
amboi selamba je sound orang keje OT.....orang carik keje halal....dia tuh keje haram...huh!
Quote taji2906 20-11-2013 08:43 AM
nak cari rezeki lebih pun kena rompak.. ujian.. semoga Allah bagi ganjaran lain utk depa..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.060296 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top