CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rider Dikompaun Lepak 'Makan Roti' Di Parkir

21-6-2021 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7737| Komen: 75

Description: Gambar tular didakwa melibatkan seorang pekerja penghantaran makanan yang baru pulang bekerja dan dikompaun di bawah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Maju adalah kerana berkumpul dan ingk ...
Gambar tular didakwa melibatkan seorang pekerja penghantaran makanan yang baru pulang bekerja dan dikompaun di bawah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Maju adalah kerana berkumpul dan ingkar SOP.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, semakan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam semalam.



“Sewaktu pemantauan, Team Pematuhan mendapati dua remaja sedang melepak di atas motosikal tanpa menghiraukan kehadiran team terbabit yang sedang membuat pemantauan di kawasan itu.

“Sewaktu disoal oleh pegawai Team Pematuhan, mereka memberikan alasan hanya duduk dan makan roti di parkir itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ashari, pihaknya kemudian mengeluarkan saman kompaun mengikut Peraturan 17, Akta 342 di atas kesalahan lain-lain aktiviti yang tidak dibenarkan iaitu (berkumpul).

Dalam pada itu, Ashari menasihatkan orang ramai untuk bekerjasama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya penularan rantaian Covid-19 dapat diputuskan secepat yang mungkin.


“Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang dengan sengaja melanggar SOP dan tidak menjaga penjarakan sosial boleh menyebabkan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat sukar dibendung,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.


Sumber: Suara Merdeka
3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angelofish 21-6-2021 10:44 AM
berkumpul 2 orang..kalau macam tu suami isteri tak boleh la mengesex
Quote Decaffeinated 21-6-2021 10:47 AM
angelofish replied at 21-6-2021 10:44 AM
berkumpul 2 orang..kalau macam tu suami isteri tak boleh la mengesex

Kalau berkumpul dekat parking, ya kena.
Quote ultra78 21-6-2021 10:49 AM
Penguatkuasaan yg overzealous ni tak elok
Quote jalfa 21-6-2021 10:51 AM
Lapar duit sungguh...dia makan berjarak..hambat je lah balik....over sungguh
Quote lkick2113 21-6-2021 10:52 AM
Tak ada Budi bicara ke? Ni yg Buat org Makin meluat ni. Penguatkuasa bodoh
Quote makneng 21-6-2021 10:56 AM
yg duk keluarkan kompaun ni..ada ke yg bayau? curious ya.
Quote mh17 21-6-2021 10:57 AM
angelofish replied at 21-6-2021 10:44 AM
berkumpul 2 orang..kalau macam tu suami isteri tak boleh la mengesex

Ko ngeseks di parkir ke sis?dasat...umah kokesen kah?
Quote salimrock 21-6-2021 11:02 AM
Decaffeinated replied at 21-6-2021 10:47 AM
Kalau berkumpul dekat parking, ya kena.

  ,  betul la tu...kat tmpat orang ramai, nak ngesek dlm bilik tido la ?
Quote Daftpunk_shine 21-6-2021 11:09 AM
Kat mana rider nak makan..kerja dah la xde office. Kerja di jalanan.
Quote Babai 21-6-2021 11:16 AM
angelofish replied at 21-6-2021 10:44 AM
berkumpul 2 orang..kalau macam tu suami isteri tak boleh la mengesex

Ko tanya ni, yang kena tu suami isteri ke?
Quote xpdckelate 21-6-2021 11:31 AM
skang ni jangan sembang dekat2..nak sembang duk sebatu sorang baru bulih...xpun sembang je lam grup wasap
Quote mclaren 21-6-2021 11:40 AM
Daftpunk_shine replied at 21-6-2021 11:09 AM
Kat mana rider nak makan..kerja dah la xde office. Kerja di jalanan.

Kakak dia kata dalam pic tu, baru sampai kawasan rumah balik kerja dan nak naik ke rumah. Kenapa tak makan roti kat rumah je?

Tapi kalau tengok bangla2 potong rumput kat taman kan, memang all the time kumpul tak pakai masks sambil makan2 rehat. Tak tahu lah if sekelompok tu memang semua duduk satu rumah sebab tu tak kena saman (sangka baik) Kalau saman nak bayar pun tak mampu.
Quote borrow 21-6-2021 11:44 AM
Klo dpn pizza hut , mall ka byk nampak rider berkumpul tunggu order dtg.  Ni pasal deyols lepak  makan roti kot , ala2 dine in . Tk pakai mask? Kkdg pening dgn SOP ni.
Quote mikasa 21-6-2021 11:46 AM
Waktu 8.30 mlm biasanya dah boleh balik rumah sebb kebanyakkan restoran last terima order jam 7ptg. Last delivery pun biasa jam 8 .

Biasanya kebanyakan rider akan "bertugas" dalam daerah diorg sahaja. Jadi ada alasan yang lebih concrete kot kenapa patut disaman.
Quote Decaffeinated 21-6-2021 12:12 PM
salimrock replied at 21-6-2021 11:02 AM
,  betul la tu...kat tmpat orang ramai, nak ngesek dlm bilik tido la ?

Pakai mask orang tak kenal
Quote JohnyEnglish 21-6-2021 12:15 PM
angelofish replied at 21-6-2021 10:44 AM
berkumpul 2 orang..kalau macam tu suami isteri tak boleh la mengesex

jgn la ngesek kat parking.rumah kan ada
Quote JohnyEnglish 21-6-2021 12:18 PM
hebat kjaan PN.smpai kat flet pprt diorang pi geledah.duit x de nk byr gaji ka tu
Quote Artemesiaa 21-6-2021 01:59 PM
Biasa je mereka buat macam tu kadang sambil tunggu order mereka siap dari resturant mereka makan bersama2 disitu
Quote xy_daen 21-6-2021 02:34 PM
Gila..

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.209307 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top