CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kurung Anak Bini Sebab Tertekan Tiada Kerja Semasa PKP

22-6-2021 08:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18819| Komen: 201

Description: Sepasukan anggota bomba memotong kunci mangga dan mengumpil pintu sebuah rumah bagi menyelamatkan seorang wanita serta dua anaknya yang terkurung di dalam rumah oleh suaminya yang dipercayai mengalami ...
Sepasukan anggota bomba memotong kunci mangga dan mengumpil pintu sebuah rumah bagi menyelamatkan seorang wanita serta dua anaknya yang terkurung di dalam rumah oleh suaminya yang dipercayai mengalami tekanan perasaan.


Pegawai Operasi Balai Bomba Senawang, Zainurin Sarip berkata, pihaknya menerima panggilan aduan pada pukul 8.51 malam semalam dan tiba di lokasi kejadian iaitu di Taman Nusa Intan dekat sini, sembilan minit kemudian.


Anggota bomba mengumpil pintu rumah seorang lelaki yang dikunci dari dalam selepas lelaki itu dipercayai mengalami tekanan akibat tidak bekerja dalam tempoh PKP dalam kejadian di Taman Nusa Intan, Seremban, malam semalam.- Foto IHSAN BOMBA

“Pihak bomba mendapat laporan seorang lelaki bertindak mengunci pagar, grill dan pintu belakang rumahnya dari dalam setelah tertekan kerana tidak mempunyai pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


“Kami pada mulanya cuba memujuk lelaki itu tetapi selepas lebih kurang 15 minit dan melihat dia tidak mahu beralah, kami mula mengumpil pintu pagar dan grill rumah berkenaan. Kami terpaksa memotong kunci mangga pintu rumah berkenaan disebabkan lelaki itu mendakwa tidak tahu di mana dia meletakkan kunci tersebut,” katanya hari ini.

Tambahnya, pihak bomba juga dimaklumkan, wanita itu ada mengadu kepada jirannya tentang kejadian tersebut sebelum suaminya itu mengalami tekanan lebih teruk dan abang kandung lelaki itu terpaksa datang dari Mambau dekat sini untuk memujuk.

“Kami menyelamatkan wanita itu dan anak-anaknya yang berusia kira-kira empat bulan dan lebih setahun dan menghantar mereka ke rumah jiran terdekat. Kami dimaklumkan kesemuanya tidak makan daripada pagi.

“Tiada sebarang kecederaan yang berlaku ketika kejadian dan lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis,” katanya.


Sumber: K! ONLINE
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Kakopi

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 22-6-2021 08:52 AM
Aduhai kesiannya.. anak2 dan isteri tu tak makan dari pagi.. nasib baik sempat diselamatkan.. takut dicederakan je..
Quote acikhan 22-6-2021 09:00 AM
kesian nyer, mesti die buntu....da la rumah Kat taman nie mahal2 tp lawa n baru...view die best sbb berlatar belakang kan gunung angsi k.pilah...sejuk n berkabus kalo pagi2 cuma jauh cikit la dari bandor
Quote noor2 22-6-2021 09:10 AM
Kesian sangat..... simpati sangat2...
Quote tomatome 22-6-2021 09:13 AM
Sedihnya..

The struggle is real

Sedangkan aku kt sni xbsyukur membeli je bazir
Quote brego 22-6-2021 09:17 AM
kesian pada yang terkesan nih, nak pulak ada anak bini.
konfem satu family stress and pressure sebab lockdown.

semoga di permudahkan urusan.
Quote mclaren 22-6-2021 09:18 AM
Tolonglah share info untuk apply jadi sukarelawan kat pusat vaksinasi.
At least dapat something rather than nothing.
Quote makadek 22-6-2021 09:20 AM
Aku pun tertekan nak mampus
Aku rasa mcm nak berambos dr kehidupan anak2..diorg tak faham aku dh cuba yg terbaik
Masih tk hargai
Quote lurve82 22-6-2021 09:22 AM
Ramai tertekan skrg ni…vaksin kat n9 ni blh tlg cepat sket tak…
Quote zehra2 22-6-2021 09:24 AM
sedihnya...
nasib laa takde pendek akal. nak membunuh ke..
Quote Nenolen 22-6-2021 09:26 AM
makadek replied at 22-6-2021 09:20 AM
Aku pun tertekan nak mampus
Aku rasa mcm nak berambos dr kehidupan anak2..diorg tak faham aku dh cu ...

Mak bawak bersabaq..flip hair/tudung jer dgn anak2 mcm tu...Mak mesti sayang diri mak mcm Allah sayang kat Mak...Mak dah cuba buat yg terbaik...dah jgn sedeh2...
Quote xtahumenahu 22-6-2021 09:29 AM
makadek replied at 22-6-2021 09:20 AM
Aku pun tertekan nak mampus
Aku rasa mcm nak berambos dr kehidupan anak2..diorg tak faham aku dh cu ...

sabar yerr

Moga semua kesulitan Allah ringankan..AAminn

same goes to mamat dlm benang ni
Quote boboiyot 22-6-2021 09:34 AM
Kalau tgk kat fb ramai yang dah start catu makanan. Sekarang betul2 zaman cari duit nak hidup je bukan nak senang.
Quote mclaren 22-6-2021 09:34 AM
Harap dipermudahkan hidup @makadek

Anak2 dah besar (belasan dan ke atas) atau masih kecil?
Even dah belasan pun rasanya boleh dibentuk lagi tu. Yang kecil memang masih boleh dibentuk.
Panggil dan cakap baik-baik dengan anak apa-apa yang terpendam di hati.
Selebihnya banyakkan berdoa dan mengadu pada pencipta.
Quote xpdckelate 22-6-2021 09:35 AM
mujur jiran alert..ni lama2 mau bunuh diri dan keluarga ni..bahaya
Quote jas7512 22-6-2021 09:41 AM
Mana2 yg rasa ada depression tu..tlg dptkan bantuan pakar...ada ramai insan2 yg sudi membantu..please dont feel that you are alone
Quote bambimo 22-6-2021 09:43 AM
Cerita mco x semua sama...
Quote chandrahusin 22-6-2021 09:46 AM
Allah, kesiannya
syukur takde kejadian lebih buruk
semoga dipermudahkan segala urusan keluarga ni
Quote MoonRise 22-6-2021 09:47 AM
Kesian.
Kita nie keja kt private sector, tapi nasib baik kilang masih dibuka.
Masih ada gaji tiap2 bulan.

Sekarang ni kalau nak berniaga pon susah jgk, sbb makin ramai muncul peniaga2 time pkp ni.
Tapi tak salah nak mencuba.
Rezeki masing2
Quote ImpianSeroja 22-6-2021 09:50 AM
Ya Allah sedihnya ramai terkesan dengan situasi covid skrg nie.. Semoga Dipermudahkn segala urusan family ini.Aamiin

Lihat semua komen(201)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.056515 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top