CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Terkejut Anak Umur 13 Tahun Tiba-Tiba Bersalin Pukul 3 Pagi

23-6-2021 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27949| Komen: 158

Description: Kota Belud: Seorang ibu terkejut selepas melihat anak perempuannya tiba-tiba bersalin di rumah mereka di sebuah perkampungan di sini, kelmarin.
Kota Belud: Seorang ibu terkejut selepas melihat anak perempuannya tiba-tiba bersalin di rumah mereka di sebuah perkampungan di sini, kelmarin.


Kejadian berlaku pada 3 pagi ketika wanita berkenaan tersedar daripada tidur dan mendapati anaknya yang berusia 13 tahun sedang membersihkan bayi perempuan.

Difahamkan, dia tidak perasan remaja itu mengandung kerana perutnya kecil, dan kemudian membawa kedua-duanya ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut.

Gambar Hiasan


Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai pernah dirogol sepupu berusia 14 tahun sebanyak tiga kali sejak Ogos tahun lalu.

"Suspek sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam dan hasil siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau turut memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 22-6-2021 05:47 PM
mmmm.....pengaruh filem porno...boleh layari kek...smarphone.....dgn kuota data unlimited.
Quote aechae 22-6-2021 05:48 PM
Besar mna lh 13 tahun bleh beranak? Period umur berapa ni??
Quote Lengkong 22-6-2021 05:50 PM
Muda lagi macam mana tu..
Quote Suchi 22-6-2021 05:55 PM
aechae replied at 22-6-2021 05:48 PM
Besar mna lh 13 tahun bleh beranak? Period umur berapa ni??

Maybe period tahun lepas ke, ermm
Sebaya anak iols ni dia 11 tahun dah piyed.
Pastu la ni 13 tahun badan pun cam budak 17 tahun.
Tapi fikiran cam budak2 lagi.Yela dia bukan anak2 tipikal.
Kalau budak normal lain rasanya dah start mengedik dah umur gini.
Sedangkan masa iols form 1-2 tu dulu pun bersepah2 je kawan2 sekolah hat body mantop mcm anak dara 18-20 tahun.
Rata2 hat gini semua gedik dan pemes la kat sekolah.
Ramai jadi awek senior bagai.
Quote noor2 22-6-2021 05:56 PM
X faham...mcm mana mak boleh x perasan anak pregnant...serius betul2 x faham...aku anak badan kurus..naik pun hari2 perasan....mak ni mesti x rapat langsung dgn anak...
Quote aechae 22-6-2021 05:58 PM
Suchi replied at 22-6-2021 05:55 PM
Maybe period tahun lepas ke, ermm
Sebaya anak iols ni dia 11 tahun dah piyed.
Pastu la ni 13 tah ...

Tp ni bersalin bln jun, mkna nya proses kejadian tahun lps lh kn msa umur 12 tahun??? Ya rabbi, x tercapai akal ku...

Quote shernazz 22-6-2021 05:58 PM
Kesiannya..
Teringat masa iols kena.tahan wad.di ipoh..
Masa ngah jaga baby sebab kuning..katil sebelah iols ada budak ni..tp baby takdak..
Iols.assume keguguran atau inkubator la
Rupanya..jkm dok kawal dia..
Dah bila.jkm perhati.dia..iols.pung terasa diperhatikan jugak..hahahahaha
Parents ke sapa2 semua.tak.boleh datang tengok dia..
Nurse jadi mata mata
Pegawai jkm.dok.depan wad..huhu..

Mesti budak.tu jadi.mcm ni lah..dikawal oleh jkm sebab bawah umur.lagi
Quote makadek 22-6-2021 05:59 PM
Hayoo mcm kucing...
Konek besar mana la ng rogol org
Ya Allah jauhkanlah keturunanku dr bala bencana
Quote makadek 22-6-2021 06:00 PM
noor2 replied at 22-6-2021 05:56 PM
X faham...mcm mana mak boleh x perasan anak pregnant...serius betul2 x faham...aku anak badan kurus. ...

Tulah kita hari2 berkepit dgn anak ..gemok kurus boleh tau ke jenis mak tk jengok bilik ank
Quote melinda_kerr 22-6-2021 06:00 PM
noor2 replied at 22-6-2021 05:56 PM
X faham...mcm mana mak boleh x perasan anak pregnant...serius betul2 x faham...aku anak badan kurus. ...

Anak sheols cover kot… jenis tak amik tahu pasal anak sgt ni rasanya.
Quote Suchi 22-6-2021 06:04 PM
aechae replied at 22-6-2021 05:58 PM
Tp ni bersalin bln jun, mkna nya proses kejadian tahun lps lh kn msa umur 12 tahun??? Ya rabbi, x  ...

Maybe dia pun awal baligh nya.
9-10 tahun pun ada ya, iols je lewat form 2 baru kena. Tapi Kawan iols lagi lewat form 4 kot baru piyed.
Kalau lewat ni risau gak takut takda saluran /takda rahim kan.

Quote noor2 22-6-2021 06:08 PM
makadek replied at 22-6-2021 06:00 PM
Tulah kita hari2 berkepit dgn anak ..gemok kurus boleh tau ke jenis mak tk jengok bilik ank

Tula...yg pelik tu...kita ni jenis bercakap dgn anak mesti tatap depan2 empat mata...hehe..mesti perati gigi..kuku .. kaki..tangan... panjang sikit kuku mesti aku bising...
Quote aechae 22-6-2021 06:08 PM
Suchi replied at 22-6-2021 06:04 PM
Maybe dia pun awal baligh nya.
9-10 tahun pun ada ya, iols je lewat form 2 baru kena. Tapi Kawan  ...

Iols dlu pn nk msuk form 2 bru baligh...mak iols ckp keturunan jugak ntah ye ke x sbb dia ckp dia form 4 bru kna... faktor pemakanan kot skang ni penyumbang budak period awal
Quote noor2 22-6-2021 06:08 PM
melinda_kerr replied at 22-6-2021 06:00 PM
Anak sheols cover kot… jenis tak amik tahu pasal anak sgt ni rasanya.

Rasanya x rapat ni....x ambil peduli sangat....
Quote mclaren 22-6-2021 06:10 PM
Edited by mclaren at 22-6-2021 06:19 PM
noor2 replied at 22-6-2021 05:56 PM
X faham...mcm mana mak boleh x perasan anak pregnant...serius betul2 x faham...aku anak badan kurus. ...


Kak noor, kawan saya pregnant 9 bulan, saya nampak dia dari belakang so tegurlah (setahun dua tak terserempak walaupun duduk satu bandar). Dia pusing, tengok2 ada perut comel je. Tanyalah dia eh berapa bulan ni? Dia kata tunggu masa je ni.
Badan dia kurus langsung tak naik, perut je ada isi. If pakai baju kurung dari depan pun tak nampak. Hari tu dia pakai slack dan blouse yang tak longgar.
If jenis anak yang selalu pakai baju besar kat rumah, ada chance tak nampak kot?
Quote lurve82 22-6-2021 06:11 PM
Aku darjah 5 peod dah…xde pelik pun…tp mak blh xperasan tu…bagusnye la preggy xde morning sickness…aku ni melepet je…
Quote noor2 22-6-2021 06:12 PM
mclaren replied at 22-6-2021 06:10 PM
Kak noor, kawan saya pregnant 9 bulan, saya nampak dia dari belakang so tegurlah (setahun dua tak  ...

Mungkin jugalah...tapi...umur 13...entahlah...mungkin juga x nampak...tapi x kan x de mual..kurang selera makan ke...tak taula nk kata
Quote rosmahisham 22-6-2021 06:16 PM
Ya ampon bdk2 skrg ni..unur 14 tahun dh pandai nk merogol!
Quote mclaren 22-6-2021 06:19 PM
noor2 replied at 22-6-2021 06:12 PM
Mungkin jugalah...tapi...umur 13...entahlah...mungkin juga x nampak...tapi x kan x de mual..kurang ...

Ada some people takde langsung loya ke apa sepanjang pregnancy.
Ada juga yang wife langsung tak pernah mual tapi sepanjang pregnancy husband mual (true story though memang unbelievable he he).
Saya perasanlah, yang senang hide pregnancy ni ialah yang jenis kurus sangat and baby dia pun kecil so perut tak naik and boleh sorok by baju besar dan longgar.
And those yang overweight and obese sebab orang ingat just badan naik bertambah sejak beberapa bulan lately.

Sepupu tu bakal masuk juvenile lah tu kan

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.159216 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top