CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disimpan Selama 40 Tahun, Potongan Kek Kahwin Puteri Diana Dilelong RM3,000

29-7-2021 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4690| Komen: 25

Description: Sepotong kek daripada majlis perkahwinan mendiang Puteri Diana dan Putera Charles akan dilelong pada harga £500 (RM2,936) 40 tahun selepas majlis perkahwinan mereka, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Sepotong kek daripada majlis perkahwinan mendiang Puteri Diana dan Putera Charles akan dilelong pada harga £500 (RM2,936) 40 tahun selepas majlis perkahwinan mereka, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Kepingan kek yang masih tersimpan elok itu dihias dengan lambang kerajaan berwarna merah, biru dan emas.

Ia diberikan kepada Moyra Smith, salah seorang pekerja Ratu Elizabeth di Clarence House ketika majlis pada tahun 1981 itu.


Foto: BNPS


Ia telah diawet dalam pelekat filem dan disimpan rapi dalam sebuah tin kek.

Keluarga Smith menyimpannya sehingga 2008 sebelum seorang pengumpul barangan klasik menjualnya kepada pelelong, Dominic Winter di Cirencester, Gloucs, bulan lalu.


“Kepingan kek itu merupakan satu simpanan yang unik,” kata seorang pakar lelongan memorabilia diraja, Chris Albury.

Potongan tersebut bertahan lebih lama daripada perkahwinan pasangan itu yang berakhir pada 1996. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 29-7-2021 11:36 AM
perghh punya syg nk makan. hebat sggh
Quote Tinot7 29-7-2021 11:39 AM
Lengkali amik gambaq pastu makan jahh.. benda lama usah dikenang sgt..
Quote ophillea 29-7-2021 11:41 AM
Sentimental value betul nie
Quote hanihan16 29-7-2021 11:41 AM
elok lagi ka tuh? tapi kalau brf ni kawen aku mmg suka tgk kek2 diorg, dgn tiara apa yg bride pakai
Quote ketupatnasi 29-7-2021 11:49 AM
Ironinya kepingan kek bertahan lebih lama drpd perkahwinan itu sendiri...
Quote auntyonion 29-7-2021 11:54 AM
Fuhhhhh {:spot onty ni hantu kek..dpt kat onty habislahh{:yameteh
Quote xtinkerbellx 29-7-2021 11:55 AM
Tengok kat tiktok ramai jgk ummah kokosen simpan wedding cake yg tak potong lagi sebagai kenangan. Rugi pulak iols tak buat
Quote cmf_premierleag 29-7-2021 11:57 AM
ketupatnasi replied at 29-7-2021 11:49 AM
Ironinya kepingan kek bertahan lebih lama drpd perkahwinan itu sendiri...


sama je mcm org msia ni. nk kawen buat loan dgn bank rakyat ikat smpi 10 thn
kawen x smpi setahun dua dh cerai
Quote crossline 29-7-2021 12:11 PM
hanihan16 replied at 29-7-2021 11:41 AM
elok lagi ka tuh? tapi kalau brf ni kawen aku mmg suka tgk kek2 diorg, dgn tiara apa yg bride pakai

Membaca jambatan ilmu sis.... Dlm artikel dah tulis kek tu dah diawet.
Quote hanihan16 29-7-2021 12:13 PM
crossline replied at 29-7-2021 12:11 PM
Membaca jambatan ilmu sis.... Dlm artikel dah tulis kek tu dah diawet.

tau, aku dah baca yg kek tu dah diawet. maksud aku, elok lagi mcm baru ke walopon still dah diawet, kira mcm kek fresh la gitu? maapla, iolls tak pernah makan kek diawet berpuluh tahun.hahah
Quote delia3003 29-7-2021 12:26 PM
hanihan16 replied at 29-7-2021 12:13 PM
tau, aku dah baca yg kek tu dah diawet. maksud aku, elok lagi mcm baru ke walopon still dah diawet ...

Bukan utk makan ler uols, kek tu diawet sah2 ler utk disimpan sbg kenangan
Quote msdummy.2018 29-7-2021 12:43 PM
3000 jer ker...sedihnya
Quote Ayda89 29-7-2021 12:49 PM
Kalau aku tengok kek depan mata, takpayah kata nak awet, aku dah ngap dulu
Quote rainbowrainz 29-7-2021 12:57 PM
aappoooo???
Quote chekopi 29-7-2021 12:59 PM
cantik elok pulak piece yang dia dapat tu
Quote Revolver 29-7-2021 01:02 PM
Gigih dia simpan... Rugi x mkn kek tu
Quote makiting 29-7-2021 01:07 PM
Agak2 lps makan sakit perut tak?
Quote cyber_mania 29-7-2021 01:13 PM
Pergh ... Elok xberkulat pulak ya
Quote anna_me 29-7-2021 01:21 PM
Dah beli pastu nak buat apa.. Bukan boleh makan atau recycle pun kn..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048761 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top