CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AS Akan Pulangkan Barangan Antik Iraq Yang Dicuri Beberapa Dekad Lalu

29-7-2021 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3499| Komen: 21

Description: Amerika Syarikat (AS) akan memulangkan semula kira-kira 17,000 barangan antik Iraq berusia sehingga 4,000 tahun yang dicuri sejak beberapa dekad lalu.
Amerika Syarikat (AS) akan memulangkan semula kira-kira 17,000 barangan antik Iraq berusia sehingga 4,000 tahun yang dicuri sejak beberapa dekad lalu.

Lapor Al Jazeera, Menteri Kebudayaan Iraq, Hassan Nazim mengesahkan perkara tersebut.



Hassan Nazim

Pengumuman itu dibuat selepas Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhimi mengadakan pertemuan dengan Presiden AS, Joe Biden di Washington baru-baru ini.

Menurut Hassan, Mustafa akan membawa pulang artifak dari Mesopotamia itu menerusi pesawatnya apabila beliau pulang ke tanah air pada Khamis.

“Ini adalah pulangan barang antik paling besar ke Iraq,” katanya.

Sambil memuji, Hassan berkata, keputusan itu merupakan hasil usaha berterusan pihak berkuasa Iraq bersama kedutaan negara di Washington.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 29-7-2021 02:54 PM
barang antiq apa tu? 4k thn yg lps.mmeti tembaga..keris bagai
Quote Ayda89 29-7-2021 03:17 PM
Pulang semua harta negara lain sekali
Quote yayasbs 29-7-2021 03:44 PM
fuhhh mencuri siapp
Quote mbhcsf 29-7-2021 03:56 PM
oh ni masa perang teluk dedulu ke atau camne ? artefact bersejarah ke dalam muzium ke ape? eloklah dikembalikan.
Quote Belibis 29-7-2021 04:12 PM
Dah itu tujuan asal..nak menjarah harta negara orang,takkan la pulangkan balik..
Quote reddots 29-7-2021 04:37 PM
mbhcsf replied at 29-7-2021 03:56 PM
oh ni masa perang teluk dedulu ke atau camne ? artefact bersejarah ke dalam muzium ke ape? eloklah d ...

Sah sah la masa perang teluk dulu.. mana tak nya, tapak budaya klu boleh dihapuskan semua untuk menghilangkan bukti kegemilangan dulu. Negara org hancur sebab bom sana sini.
Quote dua_chzy 29-7-2021 06:15 PM
"You don't know how to appreciate them like US."

Kata mureka.
Quote nakkomenjugak 29-7-2021 06:55 PM
"Sambil memuji, Hassan berkata, keputusan itu merupakan hasil usaha berterusan pihak berkuasa Iraq bersama kedutaan negara di Washington."

dulu berperang, sekarang berkerjasama.
donyaaa donyaaaa
hasil2 tanah malaya dulu bila brit nak bagi balik?
Quote dani-rox 29-7-2021 07:04 PM
nakkomenjugak replied at 29-7-2021 06:55 PM
"Sambil memuji, Hassan berkata, keputusan itu merupakan hasil usaha berterusan pihak berkuasa Iraq b ...

Britain takmo bagi sbb dia org kununnya ada undang2 menghalang artifak2 sejarah dipulangkan ke negara asal. Masalahnya, kerajaan negara luar tak termaktub dlm undang2 UK tuh aka undang2 syok sundirik


[youtube]vfCHdIbtNC0[/youtube]
Quote dani-rox 29-7-2021 07:16 PM
Ai suggest Msia patut ada pasukan khas utk melindungi kebudayaan dan menyelamatkan hasil seni dan artifak sejarah tanah air mcm Carabinieri Art Squad di Itali. Mereka mengutamakan kes barang2 yg dicuri, dijarah dan disimpan tanpa kebenaran.
Antara yg berjaya ditemui; patung Zeus, lukisan2 zaman Renaissance Itali dan yg latest, sebahagian lantai mosaic dari kapal pesta orgy seks Roman emperor, Caligula - yg bila ditemui telah diubahsuai jd coffee table


Carabinieri sekarang tgh melatih pihak museum Iraq utk mendapatkan semula artifak dia org yg dicuri sejak perang teluk.
Quote otomen_taro 29-7-2021 07:24 PM
bangga mencuri. kohkohkoh... xleh dakwa ke kes gni? bawal isu ke pbb ke
Quote nakkomenjugak 29-7-2021 08:00 PM
dani-rox replied at 29-7-2021 07:04 PM
Britain takmo bagi sbb dia org kununnya ada undang2 menghalang artifak2 sejarah dipulangkan ke neg ...

yihhhhhh cite dia memang takde laa deyols nak bagi khenzzz..
bape banyak je ponnn fossil UK entah2 barang perang jerkk kat museum.
kalau takde Commonwealth, UK pujaan ummah tu yilekkkk je sebenarnya
tu bangunan lawa2 kaya2 berlian2 kat seluruh badan queen semua negara jajahan punya
Quote PEPPERMAN 29-7-2021 08:37 PM
di German misalnya, ada artifak dariMesir purba dipamerkan di museum mereka.
Dorang tak rasa malu ke pamerkan bahan sejarah negara asing kat tempat mereka, sedangkan negara asal uul bahan tersebut masih wujud?
Quote mbhcsf 29-7-2021 08:49 PM
nakkomenjugak replied at 29-7-2021 06:55 PM
"Sambil memuji, Hassan berkata, keputusan itu merupakan hasil usaha berterusan pihak berkuasa Iraq b ...

hasil mahsul bijih timah , emas etc dah jadi asset dalam bank of england dalam bentuk reserved nilai , dahhh selamat dahhh
Quote nakkomenjugak 29-7-2021 09:10 PM
mbhcsf replied at 29-7-2021 08:49 PM
hasil mahsul bijih timah , emas etc dah jadi asset dalam bank of england dalam bentuk reserved nil ...

khennnzzzz..
dah tak boleh buat hapeee dah
haihhh
Quote becir 29-7-2021 11:10 PM
dani-rox replied at 29-7-2021 07:04 PM
Britain takmo bagi sbb dia org kununnya ada undang2 menghalang artifak2 sejarah dipulangkan ke neg ...

Britain tu bapak segala terrorist sistur, apa nak heran..lol
Quote dani-rox 29-7-2021 11:14 PM
nakkomenjugak replied at 29-7-2021 08:00 PM
yihhhhhh cite dia memang takde laa deyols nak bagi khenzzz..
bape banyak je ponnn fossil UK entah ...

sori lah dia org nak bg balik. dengar cerita ada sesetengah artifak tu, belah british muzium sanggup simpan dan peram kat stor drpd bagi kat negara asal.

kadang2 ai berangan2, kalaulah negara kita ada rakyat hati kering yg boleh rancang heist utk ambik balik artifak sendiri kan best. asalkan selamat sampai ke tanah air, negara2 bekas kolonial tak bole kata apa dah atau ikutkan hati busuk, stonehenge tuh ko rosakkan dan kasi spray cat mcm stail pelancong PRC. Padan muka
Quote dani-rox 29-7-2021 11:22 PM
becir replied at 29-7-2021 11:10 PM
Britain tu bapak segala terrorist sistur, apa nak heran..lol

kan? The world's largest collector of stolen things katanyeehh
Nak tengok brg2 bersejarah peninggalan nenek moyang korang? datang ke London ambiklah flight berjam2 lamanya. Nak buat pameran artifak kebangaan negara korang? Boleh, tp kami bg pinjam jah hokeh - pastu tolong hantar balik.



Quote dani-rox 29-7-2021 11:31 PM

















Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.070610 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top