CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mak Leha Teruja Jadi Calon Watak Antagonis Popular ABPBH 34

17-9-2021 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2978| Komen: 5

Description: Penangan watak Mak Leha lakonan Liza Abdullah dalam drama 7 Hari Mencintaiku membawa pelakon yang mencipta nama sejak era 1980-an itu ke puncak populariti.
Penangan watak Mak Leha lakonan Liza Abdullah dalam drama 7 Hari Mencintaiku membawa pelakon yang mencipta nama sejak era 1980-an itu ke puncak populariti.

Atas perhatian diraih menerusi drama itu, dia muncul antara 20 calon awal kategori online Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.



Kredit foto: IG Liza

Pada ABPBH 33,  ibu tunggal empat cahaya mata itu dicalonkan dalam kategori Artis Komedi Popular.

Katanya, melakonkan watak jahat atau antagonis bukanlah semudah disangka.

"Saya ini jenis susah marahkan orang. Jadi, kalau berlakon watak jahat, saya kena jadi sebaliknya. Ketika serap watak itu, saya ibarat pedulikan apa orang lain rasa dengan kejahatan dibawa," katanya kepada BH Online.

Liza bagaimanapun percaya dalam drama Melayu, makian dan cercaan masih terkawal.



"Ditambah pengalaman, pengamatan, garapan skrip, sudut pengarahan dan rakan lakonan yang baik, sesuatu babak itu akan hidup," katanya.

Liza berkata, sebagai pelakon, dia harus membiasakan diri dengan pelbagai perwatakan.

"Jahat, baik, kelakar adalah perkara yang saya harus buat berdasarkan skrip dan menyesuaikannya.

"Kalau diberi watak jahat, saya akan cuba jadi sejahat mungkin. Jahat tidak semestinya kena jadi ganas.

"Mainan dalam atau bahasa badan pun boleh. Macam watak Mak Leha, dia bukanlah jahat sebenarnya. Dia lebih terasa dianiayai menantu.

"Lalu, dia membalas dendam dengan cara tersendiri. Jahat dengan cara melontarkan kata kata nista tanpa perbuatan melampau.

"Dalam musim pertama drama itu, memang ada babak lempang dan pukul. Namun, pada musim kedua, karakter berbeza dipaparkan," katanya.


Liza bersama rakan pelakon, Jasmin Hamid dan Anne Abdullah yang turut membintangi drama fenomena, drama 7 Hari Mencintaiku. - Foto IG Jasmin Hamid

Mengenai pencalonan dalam ABPBH 34, Liza bersyukur atas nikmat dan kesempatan diberi.

"Saya ini ibarat menumpang sudut dunia di hujung hujung sebenarnya. Tak pernah fikirkan soal anugerah.

"Namun, bohonglah tidak mahu dihargai dengan anugerah. Cuma nikmat yang tiada bandingannya apabila lakonan kita disedari dan dihargai.

"Macam tahun lalu, bolos kategori Artis Komedi Popular pun saya tidak sangka. Tahun ini kategori Watak Antagonis Popular pula. Tengok senarai calon lain, nampaknya saya yang paling 'mudo' (muda)," katanya berjenaka.

Bagi Liza, dapat menjadi calon awal ABPBH 34, sudah memadai dan menandakan kerja seninya diminati.

"Impak watak Mak Leha masih terasa sampai sekarang apabila diulang siar drama itu di TV9," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cucutokwan89 17-9-2021 02:44 PM
Mokcik ni mmg menjadi lakonannya kalau bawa watak2 gini
Quote ais_kosong 17-9-2021 03:25 PM
Semoga mak leha menang
Quote princessmiang 17-9-2021 03:26 PM
suka je watak liza ni tak kira bawak watak apa...tak kaku...

xleh bayang nnt mira basic, ruhainies kemot, intan lembek dah kertu..sama ada mampooo tak nak menandingi kehebatan pelakon2 veteran lizza, didie, anne, mama norlia etc
Quote violetungu 17-9-2021 08:05 PM
Aku suka watak liza abdullah ni masa dalam gambar renjis jadi mak elyana..mak yg  sporting mcm sengal2 sikit menjadi la..
Quote nakkomenjugak 18-9-2021 03:46 AM
moga mak lega menang

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.050370 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top