CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fieya Julia Rela Padam Video ‘Free Hair’ Di Youtube, Tak Kisah Pendapatan Terjejas

18-9-2021 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2721| Komen: 6

Description: Selepas mengambil keputusan untuk bertudung sejak Ogos lalu, penyanyi Fieya Julia turut memadam semua kandungan video lama di saluran YouTube miliknya.
Selepas mengambil keputusan untuk bertudung sejak Ogos lalu, penyanyi Fieya Julia turut memadam semua kandungan video lama di saluran YouTube miliknya.

Biarpun pendapatan terjejas selepas memadam video-video tersebut, namun Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafiyah Sejali tidak pernah menyesal dengan keputusannya itu.


Foto: IG

Malah, penyanyi berusia 21 tahun ini lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak video lagu cover dengan imej terbaharu untuk dimuat naik di platform berkenaan.

"Saya tak rasa rugi pun padam semua content di YouTube yang sebelum ini menjana pendapatan untuk saya. Saya boleh buat video baru dengan imej sekarang.

"Saya ada buat cover semua lagu dan muat naik semula di YouTube. Sejujurnya, pendapatan di YouTube tu memang akan kurang, tapi saya tak kisah.

"Akan datang nanti pun, saya akan buat lagi video cover lagu lain. Lagipun, duit daripada video sebelum ini pun saya dah dapat. Jadi tak terasa sangat apabila video tersebut dipadam," katanya kepada mStar.



Menerusi laporan mStar pada 15 Ogos lalu, Fieya mengakui dia sudah lama menyimpan hasrat mengenakan hijab dan perubahan itu atas kerelaan diri kerana mahu menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

Malah penyanyi lagu Perasaanku ini mendedahkan dia sudah memadam gambar-gambar lamanya di media sosial termasuklah dalam simpanan telefon bimbit.

Akui berasa lebih tenang dengan tindakan tersebut, Fieya juga berharap mana-mana platfrom lain yang mempunyai gambar atau video dia tidak menutup aurat dapat dipadamkan.

"Saya memang minta pengurus saya untuk padam semua video tersebut. Saya pun dah bepenampilan baharu, jadi mana-mana laman sosial saya yang ada content free hair, saya akan padam.


"Saya memang tak nak simpan sebab imej saya sekarang pun dah bertudung. Kalau dekat laman sosial orang lain itu, saya tak boleh buat apa tapi kalau boleh, saya minta padam la juga.

"Sebelum ini saya rasa tak selesa sebab tak padam video di YouTube tapi sekarang dah saya lebih berpuas hati gambar dan video lama sudah padam,"ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kivio 18-9-2021 11:40 AM
Erm erm erm
Tapi, siapaa
Quote Dorotheas 18-9-2021 11:53 AM
Sape ni tk kenal..who r u
Quote Belibis 18-9-2021 12:15 PM
Artis2 baru tak layak masuk porum cari...warga emas porum memang tak kenal punya..
Quote Perawankota 18-9-2021 03:11 PM
Peserta big stage.. Bagusnya, siap delete youtube lama lg
Quote slyfynx 18-9-2021 03:12 PM
Ok, good for you.

Aku kenal die pun sbb anak murid kt kelas aku suke nyanyi lagu perasaanku.
Quote RatuDunia94 18-9-2021 07:53 PM
Alahai korang hari2 berkuntum kat board gosip artis.. tp asyik2 x kenal retis..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.052036 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top