CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gerai Ayam Goreng Dipecah Pencuri, Nabila Razali Rugi Ribuan Ringgit

18-9-2021 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6106| Komen: 24

Description: Penyanyi Nabila Razali, 29, kerugian lebih RM2,000 selepas gerai perniagaan ayam goreng miliknya di Kampung Baru, di sini, dipecah pencuri, semalam.
Penyanyi Nabila Razali, 29, kerugian lebih RM2,000 selepas gerai perniagaan ayam goreng miliknya di Kampung Baru, di sini, dipecah pencuri, semalam.

Nabila berkata, dia terkejut dan terkilan kerana sedikit sebanyak insiden itu memberi kesan kepada perniagaan serta pekerjanya.



Foto: IG

"Saya terkejut dan sedih apabila dapat tahu Ayo Fried Chicken cawangan Kampung Baru dipecah masuk. Saya faham keadaan sekarang ini semua orang mungkin terdesak mahu cari duit. Tapi saya kasihan apabila mereka gunakan pendekatan untuk memecah masuk berbanding minta kerja secara halal.

"Mungkin kalau mereka minta kerja, saya boleh pertimbangkan untuk ambil sebagai pekerja," katanya.



Menurut penyanyi Peluang Kedua itu, dia berharap insiden terbabit tidak akan berulang pada masa depan kerana dia ada pekerja yang mencari rezeki di situ.

"Saya berniaga bukan untuk diri sendiri, tapi niat saya untuk berkongsi rezeki dengan pekerja. Apabila situasi ini berlaku, secara tidak langsung ia mengganggu rezeki dan kredibiliti pekerja-pekerja saya. Jadi saya harap benda ini tidak berlaku lagi," katanya.



Terdahulu, Nabila berkongsi keadaan kedainya selepas dipecah masuk menerusi sebuah video di Instagram. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 18-9-2021 02:07 PM
Sedap ke ayam.goreng nabila?
Quote CiliPadiSedap 18-9-2021 02:32 PM
ayam goreng kt luar sekarang dh level harga kfc. kalau beli kfc jimat beli barrel. kalau setakat seketul dua baik beli kt luar.

ada 5 stall ayam goreng dh mampu beli vellfire. moga ramai melayu bisnes. asal halal masyuk buat je.

Quote slyfynx 18-9-2021 02:56 PM
Aku suke beli Ayam Singgit kt Meru, Jelapang.
Sedap je
Quote merrissa 18-9-2021 04:35 PM
"Mungkin kalau mereka minta kerja, saya boleh pertimbangkan untuk ambil sebagai pekerja," katanya.


jawapan perampok

keje penat...dapat sekupang dua je...

mencuri merampok untung besar...keje senang..sekejap...polis x dpt tngkp punya

Quote RatuDunia94 18-9-2021 07:38 PM
Kadang ada unsur dalaman jugak tu.. staff sendiri plan dgn member
Quote de_ikea 18-9-2021 07:42 PM
Ayo ayam goreng tu bella punya ke? Ke cawangan kg baru saja?
Quote missbigrockstar 18-9-2021 07:50 PM
Nampak sedap lak lauk pauk dgn air bandung dlm gambar tu
Quote belilies 18-9-2021 07:53 PM
Sorry, iols tergelak
Quote Orix 18-9-2021 11:14 PM
2k celah gigi kau jah dekkk
Quote winky1 18-9-2021 11:31 PM
kredibiliti pekerja in what way? Tak faham
Quote kechikchomel 18-9-2021 11:47 PM
slyfynx replied at 18-9-2021 02:56 PM
Aku suke beli Ayam Singgit kt Meru, Jelapang.
Sedap je

Dekat area rumah iolss ni ada gerai jual ayam crispy singget. Besar tapak kaki budak je ayam dia.
Singget je kan? Tak kan la sebesar peha sendiri
Quote nakkomenjugak 19-9-2021 01:07 AM
Bertabah ler
Quote awenda507 19-9-2021 01:37 AM
Ujian dlm bisnes bellA
Quote belalai 19-9-2021 08:33 AM
aym goreng bella sedap..
Quote lo_la 19-9-2021 11:53 AM
OT. Pic no 2 tu macam lubuk bangku…. sedapnya
Quote Acikgomen 19-9-2021 12:05 PM
CiliPadiSedap replied at 18-9-2021 02:32 PM
ayam goreng kt luar sekarang dh level harga kfc. kalau beli kfc jimat beli barrel. kalau setakat sek ...

Komen chuols mmg bikin panazzzzzss
Menyirap pulak perangai tamak haloba gitu. Alasan cliché sangat sokong melayu
Quote kelapaparut 19-9-2021 01:59 PM
belalai replied at 19-9-2021 08:33 AM
aym goreng bella sedap..

pernah rase ke sedap ke, nak try la air tgn artis..
Quote CiliPadiSedap 19-9-2021 06:36 PM
Acikgomen replied at 19-9-2021 12:05 PM
Komen chuols mmg bikin panazzzzzss
Menyirap pulak perangai tamak haloba gitu. Alasan cliché sang ...

eh tak. sbb kat luar masih ada ayam rm 1 cheese melimpah ruah. belilah rm 1 tu. kaka suka tengok orang jual mahal sbb boleh tahu apa strategi dia, apa marketing dia, apa kualiti produk dia. pelanggan pula tak putus2 datang walaupun mahal. mesti ada sebab kenapa pelanggan setia  dan rasa berbaloi.

hidup jgn bunuh harga dan bunuh bisnes. belajar jual produk harga yahudi (premium). biar yahudi terkejut tercirit tengok harga.

iphone tiap tahun naik harga pelanggan tak putus putus. ada je orang beli? samsung tiru langkah apple jual harga yahudi makin tebal profit samsung. pelik kan?

orang berniaga nak kaya. bukan nak makan gaji. salary make living, profit make net worth. kfc jual ayam harga yahudi? chicken rice jual ayam harga yahudi? takde siapa bising?


takkan selamanya melayu nak berniaga bisnes bawah pokok. melayu kena maju. niaga kena ada restoran, ada hotel, ada show room. biar mula dengan langkah kecil tepi pokok perjalanan ke restoran.


bila melayu kaya zakat tu mereka bayar, staf mereka majoriti melayu, pembekal mereka melayu, kontraktor mereka melayu. ekonomi melayu naik sbb harga produk servis ada margin profit tebal. cuba kalau niaga margin profit nipis kulit bawang rasa bisnes boleh kembang ke?

tak bermaksud kalau servis produk melayu tu teruk kita kena support membuta tuli jua. support lah yang elok yang produk servis elok.

tak lama lg ramai melayu kena bisnes jua kerajaan tiada duit, benefit staf gov servant macam jusa  c minus pun berkurang. melayu2 yang ada bisnes ni lah willing bagi gaji kerja kepada orang melayu. di sebabkan margin profit tebal yang betul circle ekonomi berkembang.
Quote wirazam 19-9-2021 06:43 PM
Edited by wirazam at 19-9-2021 06:45 PM

Pandai buat duit nabila nih..tapi dia pun dah jadi Duta beaucity Kan..nampak baik dan sopan..
No wonder ramai yg nak jadi retis..to those yg ada rupa tu..bolehlar pasang angan angan utk jadi instafamous dan retis..mmg berbaloi2 kalau pandai guna peluang lar...next retis yg nampak mcm pandai guna peluang si Iman troye tu

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.121536 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top