CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Tak Sekolah Bunuh Ibu Sebab Selalu Ditegur Asyik Tonton TV

22-9-2021 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2512| Komen: 9

Description: Remaja berusia 17 tahun di Jepara, Jawa Tengah ditahan kerana membunuh ibu kandungnya pada Ahad lalu hanya kerana sering ditegur kerana menonton televisyen.
Remaja berusia 17 tahun di Jepara, Jawa Tengah ditahan kerana membunuh ibu kandungnya pada Ahad lalu hanya kerana sering ditegur kerana menonton televisyen.

Detik melaporkan, Polis Daerah Jepara menerima laporan Ahad lalu berlakunya kekerasan fizikal mengakibatkan mangsa meninggal dunia yang dilakukan seorang remaja berusia 17 tahun.



Gambar hiasan

“Remaja itu tidak lagi bersekolah sejak kelas 1 Sekolah Menengah Pertama (SMP). Mangsa ialah ibu kandungnya sendiri,” jelas Ketua Unit Jenayah Polis Jepara, Fachrur Rozi.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika suspek tidur depan televisyen dan ditegur ibunya kerana tidak bekerja serta hanya menonton televisyen.

Difahamkan, bapanya tiada di rumah dan sedang bekerja ketika kejadian berlaku.

“Suspek yang berang mengambil pisau lalu menikam mangsa. Panik dengan apa yang berlaku, dia meminta bantuan jiran dan ibunya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.


“Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di hospital,” jelasnya.

Fachrur berkata, mangsa sempat ‘melindungi’ anaknya dan berkata kononnya ditikam individu tidak dikenali.

“Bagaimanapun remaja tersebut ditahan kerana terdapat kesan darah pada badannya dan selepas siasatan lanjut, suspek mengakuinya,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vee_zara 22-9-2021 01:04 PM
Kasihnya ibu pada anak sampai ke hujung nyawa.
Quote I.K.A888990 22-9-2021 02:37 PM
Ya Allah apa jadi kat kau ni dik
ibu tu saat mcm tu sanggup lagi lindung kau
harap kau menyesal la dik
Quote matamata 22-9-2021 02:59 PM
Mario897 replied at 22-9-2021 02:57 PM
Oh God ! What is this What Happens to US.

Kau nak spam apa hari ni babi?
Quote gideoncross 22-9-2021 04:40 PM
Syg btul c mak pda anknya.
Quote nakkomenjugak 23-9-2021 01:12 AM
Gitu lerrr mak
Anak nagih dadih pun still cover anaknya tak salah
Ni anak yang kuar dari body sendiri sanggup bunuh sheol
Sheol tetap cover.
Quote Lagubestbest 23-9-2021 01:26 AM
anak nonstop mendadih
ibu bapa kaki bebel nonstop

mmg kombo keluarga2 nusantara.
Quote SecretLuv 23-9-2021 01:33 AM
Mesti menyesal lepas tu. Sebab tu masa marah jangan ikut perasaan. Sekarang menyesal dah tak berguna lagi. Mak kau penat2 bersalin kan kau. Kau senang2 tikam dia
Quote edayildiz 23-9-2021 04:44 PM
sian..apalah nasib dpt anak perangai gini..takdir

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.056947 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top