CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rasa Pedih Ingat Kena Cakar Kucing, Rupanya Ditembak

22-9-2021 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2659| Komen: 5

Description: Seorang lelaki di India tidak menyedari dirinya terkena tembakan ketika tidur dan menyangka kesan luka dialaminya disebabkan cakaran kucing.
Seorang lelaki di India tidak menyedari dirinya terkena tembakan ketika tidur dan menyangka kesan luka dialaminya disebabkan cakaran kucing.

Lapor The Sun, Nemi Chand, 35, dari Rajasthan terkejut selepas bangun daripada tidur dan mendapati kesan luka di badannya.



Kredit foto: The Sun/Jam Press

Katanya, ketika kejadian, dia tiba-tiba terbangun tidur apabila terasa sakit ringan di bahagian dada.

Pada mulanya, Nemi yang bekerja sebagai juruelektrik menyangka luka itu mungkin disebabkan cakaran kucing dan mengabaikannya.

Namun, Nemi menyedari mengalami luka tembakan tidak lama kemudian selepas salah seorang rakannya menemukan sebutir peluru kosong ketika membersihkan bilik tidur.

Nemi kemudian dibawa ke hospital dan diperiksa segera dengan melakukan imbasan x-ray.

Imej x-ray menunjukkan peluru ‘tersangkut’ di bawah kulit Nemi.


Nemi kemudian menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru itu, yang hampir terkena pada bahagian organ dalamannya.


Kredit foto: The Sun/Jam Press

Beberapa rakaman yang diambil di bilik pembedahan itu menunjukkan doktor bedah berusaha mengeluarkan peluru itu daripada badannya.

Sementara itu, polis Raniwara memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 22-9-2021 01:39 PM
India,  Indon, India,  Indon, India,  Indon, India,  Indon, India,  Indon, India,  Indon, India,  Indon, Russia
Quote Babai 22-9-2021 01:41 PM
matamata replied at 22-9-2021 01:39 PM
India,  Indon, India,  Indon, India,  Indon, India,  Indon, India,  Indon, India,  Indon, India,  In ...

Hahahahaha
Quote KIM.K 22-9-2021 01:48 PM
peluru apa. bukan hancur ke kulit kena makan peluru
Quote edayildiz 22-9-2021 01:54 PM
taksub bethol editor cari ngn yindon & yindia..asal leluhur sana ke
Quote nakkomenjugak 23-9-2021 01:22 AM
Dikenalpasti editor ada bau2 bacang yenna dan yendon

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.284205 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top