CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terbantut Selera Beli Nasi Berlauk Gulai Ayam, Tapi Dapat Lauk Asam Keping

22-9-2021 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6898| Komen: 54

Description: Siapa tidak berang apabila nasi berlauk gulai ayam yang dibeli di sebuah gerai untuk sarapan hanya berisi lauk lapan hirisan asam keping.
Siapa tidak berang apabila nasi berlauk gulai ayam yang dibeli di sebuah gerai untuk sarapan hanya berisi lauk lapan hirisan asam keping.

Itu yang berlaku kepada pekerja swasta, Mohd Firdaus Shamsudin, 36, di Kota Bharu.


Katanya, dia membeli dua bungkus nasi gulai ayam dan sebungkus laksam dengan harga RM9 pada jam 8.45 pagi, Isnin.


Kredit foto: Sinar Harian

“Nasi yang dimakan oleh anak, elok berisi seketul paha ayam gulai, namun nasi yang dimakan isteri didapati hanya berisikan lauk lapan hirisan asam keping.

“Saya membeli nasi tersebut yang sudah siap-siap dibungkus dan diletakkan peniaga lain di gerai peniaga tersebut yang ditandakan lauk ‘gulai ayam’ dan bukannya ‘asam keping’,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ujarnya, walaupun berasa geram, namun isteri tetap menghabiskan nasi tersebut bersama kuah tanpa isi ayam dan memaafkan peniaga itu selain mendoakannya dimurahkan rezeki.


“Memang rasa geram, tetapi kita tidak pasti peniaga itu perasan atau tidak ataupun tidak sengaja tertukar ayam atau daging dengan asam keping.

“Kami faham keadaan sekarang serba-serbi mahal, harga ayam pun meningkat tetapi peniaga seharusnya bersifat jujur dan seandainya disengajakan perkara sebegini tidak patut berlaku,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-9-2021 02:36 PM
X perlu nk viral pun...pergi jela balik ke kedai tersebut dan bgtau..mungkin pekerja tu terlepas pandang pada bungkusan tu...
Quote becir 22-9-2021 02:57 PM
Teringat time membeli kat bazar Ramadan dulu kala.. mintak 2 ketul ikan tenggiri tapi bila balik tengok dapat seketul je..lagi seketul terung bulat separuh
Quote Suchi 22-9-2021 03:02 PM
Selalunya lengkuas disangka ayam hahhaa geram tul yg suka buh lengkuas seekor camtu.
Takleh ke potong2 sekeping leklok.

Quote slyfynx 22-9-2021 03:06 PM
Hmmm, memaafkan tp gi up pulak.
Rasenye leh je gi kedai tu balik bg tau
To err is human kot.
Jgn terus bersangka buruk
Quote Skuau 22-9-2021 03:30 PM
Mengapa aku tak suka beli nasi lemak berlauk/berlauk yg dh siap dibungkus.....Aku xnk benda yg aku nk makan tu..buat aku sakit hati.
Quote exclusive_vvip 22-9-2021 03:54 PM
Edited by exclusive_vvip at 22-9-2021 03:55 PM

baru ni beli laksa johor kat foodcourt putrajaya p9 (kedai mee rebus yg logo merah hitam putih tu), pukul 4 lebih..sekali kuah sejuk dah(bukan sejuk kuar peti tu)..terkejut iols suap2 kuah sejuk..gi kat pekerja tu, i minta panaskan semula..tapi pekerja tu kata mmg kuah dah nak abis diorg x panaskan..pastu i balik ke tempat duduk, amik gmbo kedai tu n wassap tokey kedai (I Google kedai tu)..i bgtau la, kuah sejuk,staf kata diorg x panaskan dah..sekali tokey tu jawab, mmg kuah yg nak abis diorg tak panaskan sbb diorg x simpan barang semalam (apa punya alasan da,apa hal plak customer nak kena tanggung makan kuah sejuk plak kan)..so I buat2 tanya, takleh panaskan dlm periuk kecik? dia jawab diorg masak kat central kitchen,foodcourt utk jalankan jualan je..pastu I suggest letak microwave, dia jawab penah letak..tapi meletup sbb masalah wiring..pastu dia bagi la ucapan Terima kasih sbb bagi komen membina..I pun malas nak cakap apa dah..peniaga ni pun 1 hal, benda2 gini pun amik mudah..takkan lah ko xleh pikir nak beli stove kecik 1 utk panaskan kuah ke apa..kang customer komplen, korang jugak sentap..hmmm
Quote delia3003 22-9-2021 04:02 PM
Kes tersilap je ni rasa. I pun pernah terkena, beli sup ayam tapi dapat kuah sup je. Kes terlupa letak isi ayam ler tu kot. Order mee goreng, dapat nasi putih kosong. Takde pulak iols gigih nak upload kat socmed. Lagipun hal boleh settle, kalau malas, halalkan je ler. Kalau kita tak berkira sangat, bersangka baik dan boleh terima kesilapan sesama manusia, InsyaAllah urusan kita pun akan dipermudahkan.
Quote c===8 22-9-2021 04:32 PM
Jenis org yg suka amik gambo apa2 yg dia mkn ni mmg jenis batak viral terutama bila beli lain dpt lain.ajar lah anak2 tuan puan jgn batak amik gambo mknan terutama kat kedai.kalau degil ketuk tgn dorg dgn sudu.saya dan keluarga mmg selalu gelak2 kecil bila nampak family lain tgh mkn gigih amik gambo
Quote Skuau 22-9-2021 04:40 PM
sini baca...suda tau..malesia worang...banyak sinang mau kasi kena-Abangla
Quote chinta89 22-9-2021 04:41 PM
kalau tertukar ngn lauk daging,  nak gak husnuzol tapi takan la sampai berketul2 mcm tuh.. ni lauk ayam kot adeihhhhhhh
Quote tripleid 22-9-2021 04:49 PM
Batak viral..kes sampah camni pon bleh jadi bahan berita.puiii
Quote Firenzza 22-9-2021 04:56 PM
Ko nk viral bagi la gambar kedai + lokasi, kata dh maaf tp masih dengki
Quote ninja9 22-9-2021 05:03 PM
Susah nak move on macam ni.. tu yang kena viral tu
Quote imransulaiman 22-9-2021 05:28 PM
Aku pernah beli lauk daging dari Shopee seller.. Ambik ko asam keping dua helai sama rupa dengan hirisan daging.. Hahaha!
Tapi aku tak komplen pun.. Siap repeat order lagi sebab sedap
Quote imanjannah 22-9-2021 05:30 PM
tersilap la tu, esok gi sana balik, kabo ke dia deh
Quote ezacbee 22-9-2021 05:49 PM
Aku penah order nasi lemak ayam. Ayam xde. Trus call owner dan cepat dia ganti duit ayam. Settle. Ada lak gerai jual nasi lemak, tapi sambal habis. Tupun gigih nak jual. Suh aku makan nasi je. Jadah.
Quote noor2 22-9-2021 06:06 PM
ezacbee replied at 22-9-2021 05:49 PM
Aku penah order nasi lemak ayam. Ayam xde. Trus call owner dan cepat dia ganti duit ayam. Settle. Ad ...

Kes nasi lemak   akak bnyk kali terkena tapi bukan kedai yg sama...depa lupa bungkus sekali sambal...ala mcd pun bnyk kali tersilap pekerja bagi yg kita order....akak x gigih sebar...better aku ulang dtg balik dan inform..elok je depa ganti dan minta maaf...selesai kes...lainla kita pi balik dan depa marah2 x layan....
Quote Fortiori02 22-9-2021 06:52 PM
exclusive_vvip:    Edited by exclusive_vvip at 22-9-2021 03:55 PM  baru ni beli laksa johor kat foodcourt putrajaya p9 (kedai mee rebus yg logo merah hitam putih tu),  ...


Ni food court yg kat Klinik kesihatan presint 9 tu ke?
Quote exclusive_vvip 22-9-2021 07:59 PM
Fortiori02 replied at 22-9-2021 06:52 PM
Ni food court yg kat Klinik kesihatan presint 9 tu ke?

Yer btol…

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.070787 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top