Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Hobi Lihat artikel

Asus Padfone 2

18-10-2012 03:06 PM Komen: 0
Asus PadFone 2 Dilancarkan Secara Rasmi



Dengan penyelidikan selama 2 tahun, akhirnya Padfone 2 telah diperkenalkan secara rasmi oleh Asus pada hari ini. Ia merupakan peranti yang mengintegrasikan antara telefon pintar dan tablet. Spesifikasi bagi telefon Padfone 2 ini boleh dikatakan agak tinggi di mana ia menggunakan cip pemprosesan empat teras Snapdragon S4 1.5Ghz bersama ARM Cortex A15 dengan RAM sebesar 2GB. Ia juga membawa skrin sebesar 4.7inci 720p  Super IPS serta menggunakan kamera utama berkapasiti 13megapixel dengan f/2.4 dan kamera hadapan 1.3 megapixel. Kamera utama ini boleh merakam gambar pegun 100 tangkapan secara berterusan dan merakam video 1080p pada 30fps dan 720p pada 60fps.


Bagi dock tabletnya pula, skrin sebesar 10.1 inci dengan resolusi 1280 x 800 IPS digunakan. Bateri yang digunakan bagi dock tablet ini adalah 5,000mAh manakala Padfone 2 itu sendiri menggunakan bateri 2,140mAh. Rekabentuk dock adalah lebih baik dan lebih kukuh serta memudahkan penyambungan telefon PadFone 2 itu. Selain itu, Padfone 2 menyokong LTE, NFC, Micro USB 2.0 dan sambungan MHL. Walau bagaimana pun, ia tidak mempunyai slot tambahan memori MicroSD. Pengguna Padfone 2 akan mendapat simpanan awanan sebesar 50GB ASUS WebStorage dengan langganan percuma selama 2 tahun.

Padfone 2 didatangi dengan sistem pengoperasian Android 4.0.4 tetapi akan mendapat kemaskini ke Jelly Bean dalam masa yang terdekat. Peranti ini dijangka akan dijual di negara-negara Eropah dan Asia pada penghujung tahun ini.







Sumber: Oh! Geekz

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 7
Komen
10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043576s Gzip On
To Top