CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baling Batu Kerana Tiada Orang Bantu

30-12-2013 10:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13955| Komen: 193

Description: “Saya Baling Batu Sebab ‘Hot’ (Marah), Takda Orang Bantu Kereta Saya Rosak,” Kata Seorang Juruteknik Pendingin Hawa Sebelum Dijatuhi Hukuman Penjara Dua Hari Dan Denda Rm1,000 Oleh Mahkamah Majist ...



ALOR GAJAH - “Saya baling batu sebab ‘hot’ (marah), takda orang bantu kereta saya rosak,” kata seorang juruteknik pendingin hawa sebelum dijatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM1,000 oleh mahkamah majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Nor Azizah Yusof terhadap Amir Nudin Ali, 33, yang mengaku bersalah ke atas dua pertuduhan menyebabkan cermin kereta pecah dan membahayakan dua individu yang disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Amir didapati membaling sebiji batu ke arah cermin kereta nombor pendaftaran WRL 2672 milik Mohamad Faiz Noorman, 26, menyebabkan cermin pecah dan membahayakan pemandu di dalam kereta berkenaan.

Amir turut dituduh membaling batu ke arah cermin kereta bernombor pendaftaran MCJ 1034 milik Hamiza Hasan, 23, hingga menyebabkan cermin kereta tersebut retak dan boleh membahayakan pemilik di dalam kereta itu.

Dia yang melakukan kedua-dua kesalahan di bawah jejambat Lebuh Ayer Keroh kira-kira jam 6.30 petang pada 22 Disember lalu, didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM500 atau dengan kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, merayu supaya hukuman terhadapnya diringankan sebelum Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Safri Mohammed Na’aim memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran.

Bagi setiap pertuduhan,  Nor Azizah  menjatuhkan hukuman penjara penjara sehari  dan denda RM500 atau 10 hari penjara jika gagal membayar denda.



Bagus
3

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Babai 28-12-2013 09:38 AM
Anak gampang muka macam barbee dari mana tu?
Quote sapp73 28-12-2013 09:47 AM
Baghal punya orang...tak pasal pasal ko kena denda ngan penjara:@..semoga hukuman tu jadi pengajaran supaya kurangan baran ko tu.

Quote annehuda 28-12-2013 09:49 AM
call polis je. mcm kawan aku la keter rosak tp takde org nk berenti tolong so call polis. ok je polis peronda mai tgk

zaman skrang mmg zaman yg mencurigakan. org nk berenti tolong pun takut, ntah2 ni penyamun kot.
Quote slyfynx 28-12-2013 09:51 AM
tu la
xleh salahkan org x berhenti
org pun takut kene rompak ke
hape ke
call je polis atau insurans
Quote aTiKah_aYuNi 28-12-2013 09:52 AM
kn dh kena penjara...sia2 je...
Quote md_nana 28-12-2013 09:52 AM
Tu la guna nya talipon bimbit.
Quote miawpink 28-12-2013 09:54 AM
bengong.. bukan nya dua orang tu yang buat keta ko rosak...
bodo sangat g baling batu ke diorang nape?
Quote mak_wa95 28-12-2013 09:59 AM
sekarang ni macam2 tektik merompak..sapa nak berani berhenti..mesti curiga..
yang bodo bangang p baling kete orang tu kenapa...
Quote xpdckelate 28-12-2013 10:22 AM
minda kelas ke3 macam ni la
Quote dahliateck 28-12-2013 10:50 AM
kena gi anger management ni, baran x tentu hala, dah mendapat, terapi berbayar 2 hari
Quote Kassim_Patalon 28-12-2013 10:50 AM
melaka darul gila bodoh
Quote lady_rara 28-12-2013 11:09 AM
ingat orang sekarang senang2 ke nak berenti tolong orang kereta rosak tepi jalan?
dengan taktik penjenayah zaman sekarang ni, memang payahlaa kau nak expect orang berenti tepi jalan tolong kau..
apa kau tak boleh call kengkawan ke tolong kau?
call polis pun boleh apa..
jangan nak harapkan orang berenti..
orang zaman sekarang ni bukan macam dulu...
Quote andygila 28-12-2013 11:15 AM
Denda penjara 1 hari & RM500 setiap kesalahan sahaja? Ringan sungguh.
Quote AbukRokok 28-12-2013 11:17 AM
muka serabut mcm penyamun....cuba rambut kemas...segak..kacak ..mesti ada yg tolong bantu
buruk serabut mcm ni org tgk nk tolong pun takut mcm perompak perogol je
Quote PEPPERMAN 28-12-2013 11:17 AM
ia gambaran betapa orang kita sekarang sangat curiga dengan tahap keselamatan,

aku percaya, dia ada angkat tangan minta pertolongan, tp pemandu lain khuatir ia adalah taktik penipuan semata2..


syukurlah, malaysia masih aman

Quote kueh_kueh 28-12-2013 11:18 AM
Kassim_Patalon posted on 28-12-2013 10:50 AM
melaka darul gila bodoh

eh uolss...iolss dr melaka okeh....tak perlu nk melahar rakyat melaka kekdahnya
Quote payatengang 28-12-2013 11:19 AM
hukuman macam ni dapat beri kesedaran kepada masyarakat ker....teringat kes penari tiang kena denda rm25 aritu..
Quote peYno 28-12-2013 11:19 AM
asal mana mamat ni??? kat melayu rmi org johor merempat d
Quote mrsbob 28-12-2013 11:20 AM
Kalo aku pon aku xberenti. Keta aku rosak pon aku call insurAnce/plus terus. Xkuar keta selagi keta diorg xsampai. Takut...

Lihat semua komen(193)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.247018 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top