CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pecahkan ATM" kerana kad ditelan

13-1-2014 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7528| Komen: 45

Description: Berang Selepas Kadnya 'Ditelan' Sebuah Mesin Pengeluaran Wang Automatik (Atm) Di Sebuah Bank Di Pekan Menglembu Di Sini, Seorang Lelaki Mabuk Merosakkan Tujuh Atm Yang Ada Di Dalam Premis Itu Malam Ta ...


IPOH - Berang selepas kadnya 'ditelan' sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di pekan Menglembu di sini, seorang lelaki mabuk merosakkan tujuh ATM yang ada di dalam premis itu malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Polis Sum Chang Keong berkata, kesemua mesin itu dirosakkan lelaki itu dalam kejadian kira-kira 10.10 malam.

"Siasatan awal mendapati suspek dalam keadaan mabuk.

"Dia marah apabila kadnya 'ditelan' satu daripada ATM berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini.

Chang Keong berkata, polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan lelaki itu dari Taman Pinji Mewah, Lahat di sini untuk memecah kesemua cermin skrin mesin ATM berkenaan.

Lelaki itu kini ditahan untuk siasat lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
 

6

Bagus
5

Marah

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingTomey 12-1-2014 10:24 PM
bongok pakai satu kad je ..pakai lima ke enam kad ke....satu telan 5 lagi ada..2 telan 4 lagi ada....3 telan 3 lagi ada...4 telan tu mmg bodoh la kan..sampai 4 kad kene telan
Quote noor2 12-1-2014 10:29 PM
haha....
Quote mak_wa95 12-1-2014 10:38 PM
mabuk punya pasal..ha dah merasa duduk lokup... Last edited by mak_wa95 on 12-1-2014 10:40 PM

Quote peYno 12-1-2014 10:38 PM
tetiba je ada pisau... parang takde ke?? polis ni ingat rakyat bodoh ke
Quote nurul_akmar 12-1-2014 10:44 PM
kad tu kena telan konfem sbb salah sendiri. salah masukkan pin ke..
Quote HUHA 12-1-2014 10:50 PM
bongok betul mesin ATM, tu je la kejanya telan telan telan
salah skit telan skit skit telan mesin kuno betul

Quote shania 12-1-2014 10:50 PM
tadi kad my husband baru kena telan..masuk je kat mesin terus telan..tension udah lah hari ahad..
Quote HUHA 12-1-2014 10:50 PM
memang padan muka kene ketuk!
Quote ikan_kaghing 12-1-2014 11:02 PM
mabuk?
ipoh?
bawa senjata?
kurang ajaq?........aku syak cina dap

ada tak artikel yang boleh sangkal teori aku?
Quote Anak_Nogori 12-1-2014 11:05 PM
ni semua mesti salah kerajaan ni sebab kadnya ditelan oleh mesin ATM..
Quote kucingTomey 12-1-2014 11:07 PM
ikan_kaghing posted on 12-1-2014 11:02 PM
mabuk?
ipoh?
bawa senjata?

aku syak cina mca....ade artikel leh sangkal dakwaan ni tak?

Quote HUHA 12-1-2014 11:13 PM
saya pula syak org hindu ...ada artikel boleh sangkal dakwaan ni tak?
Quote spiderman80 12-1-2014 11:15 PM
ATM datang bulan lagi.
Quote otomen_taro 12-1-2014 11:19 PM
myusah org je.hampeh punya org
Quote shysari 13-1-2014 12:39 AM
Dah mabuk pin mestilah lupa pastu mengamuk kat diri sendiri... Bahana todi lah ni
Quote tongkatwaran75 13-1-2014 07:07 AM

ORANG ramai melihat lelaki yang memecahkan cermin skrin tujuh mesin ATM ditahan polis di Menglembu, Ipoh kelmarin.


KEADAAN  mesin ATM yang dirosakkan seorang lelaki   setelah kad banknya disekat.

kosmo



Quote tongkatwaran75 13-1-2014 07:08 AM
12 Januari 2014

IPOH – Seorang lelaki melepaskan kemarahannya kepada tujuh buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) selepas kad banknya disekat sebuah mesin di sebuah bank di Menglembu di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, suspek berusia 34 tahun yang bersendirian cuba mengeluarkan wang daripada sebuah mesin ATM di bank tersebut.

Difahamkan, hasrat lelaki dari Taman Pinji Mewah, Lahat dekat sini yang berada dalam keadaan mabuk itu terbantut selepas dia tersalah memasukkan nombor pin pengeluaran menyebabkan kadnya ‘ditelan’ mesin.

Akibatnya, lelaki tersebut bertindak ala samseng dengan merosakkan cermin skrin tujuh buah mesin yang terdapat di premis tersebut.

Seorang saksi berusia 29 tahun yang enggan dikenali memberitahu, suasana di sekitar bank tersebut kecoh dengan tindakan lelaki tersebut yang menarik perhatian orang awam di kawasan itu.

“Saya pada mulanya menyangka lelaki tersebut mahu memecahkan mesin ATM menggunakan sebilah pisau dan melarikan wang di dalamnya.

“Rupa-rupanya lelaki itu hanya melepaskan geram selepas kad banknya gagal dikeluarkan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan mesin ATM di bank tersebut terpaksa membatalkan hasrat mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menahan suspek.

“Kita turut merampas sebilah pisau yang digunakan lelaki itu untuk memecahkan cermin skrin mesin ATM.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu berada dalam keadaan mabuk dan suspek bertindak sedemikian kerana berang selepas kad mengeluarkan wangnya ‘ditelan’ salah sebuah daripada mesin ATM berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, lelaki itu kini ditahan untuk siasat lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Quote sueism 13-1-2014 07:33 AM
Memang tau ATM Malaysia suka telan card org ,aku yg dok US all this time card tak pernah kena telan ,balik Malaysia withdraw duit, duit x keluar , kad kena telan, bagitau bank manager dia suruh dtg besok, lepas tu duit tak keluar tapi my account duit dah deduct , bila minta duit tu bank manager bagi Alasan lagi kena Telly duit nanti bile dah Telly duit tu ,he will call. Memang Caprut x call kesudah, nasib iols call my bank Kat US dispute ,terus 2 hari duit yg di withdraws dapat tu terus appear in my account !

Nasib lah aku tak macam that guy nak Rosak ATM tu but kalau Ikut hati aku pun nak buat sama jugak bila dah bagitau bank manager nak ambik balik card pun Susah trang trang that is my card.
Quote gaara_X 13-1-2014 07:55 AM
vandalizm.........pahat je kepala apek tue.....

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.363956 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top