CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pekerja Nepal Halau Hantu Yang Bunuh 4 Rakan!

13-1-2014 05:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13205| Komen: 69

Description: Kesemua Pekerja Warga Asing Itu Pada Mulanya Berkumpul Secara Aman Tetapi Tercetus Sedikit Ketegangan Apabila Mereka Mendesak Majikan Menunaikan Permintaan Mengadakan Upacara Menghalau Hantu.

ANGGOTA polis mengawasi kumpulan pekerja Nepal yang berhimpun di depan kilang papan di  Jabi, Pokok Sena malam kelmarin.


ALOR SETAR – Kira-kira 200 pekerja kilang papan warga Nepal berhimpun di hadapan kilang tempat mereka bekerja di Jabi, Pokok Sena di sini kelmarin bagi mendesak pengurusan kilang mengupah bomoh atau sami untuk menghalau hantu yang kononnya menyebabkan kematian empat rakan senegara mereka pada bulan lalu.

Kesemua pekerja warga asing itu pada mulanya berkumpul secara aman tetapi tercetus sedikit ketegangan apabila mereka mendesak majikan menunaikan permintaan mengadakan  upacara menghalau hantu.

Polis yang melihat gelagat kumpulan itu yang bermula pukul 8.30 malam kemudian meminta mereka bersurai sejam kemudian.


Warga Nepal kecoh takut hantu

Kira-kira 200 warga Nepal yang bekerja di kilang papan di sini, hampir mencetuskan kekecohan di depan kilang berkenaan bagi mendesak majikan memanggil bomoh atau sami kononnya untuk menghalau hantu yang didakwa menyebabkan kematian empat rakan mereka dalam tempoh sebulan.


Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Kota Setar, Deputi Superintenden Mat Akhir Jaafar berkata, pekerja terbabit mengadakan perhimpunan bermula jam 8.30 malam kelmarin, kerana mereka dipercayai bimbang mungkin menjadi mangsa seterusnya.

“Kebanyakan warga Nepal yang bekerja di situ masih memegang kepercayaan karut dan menganggap hantu menyebabkan rakan mereka mati dalam masa singkat. Mujurlah perhimpunan itu tidak sampai menjadi rusuhan," katanya.

Mat Akhir berkata, dalam perhimpunan itu, seorang daripada pekerja kilang mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Sementara itu katanya, bagi mendedahkan kejadian sebenar pihaknya turut membawa wakil pekerja asing itu ke HSB bagi mendapatkan penerangan lanjut daripada doktor mengenai punca kematian rakan mereka.

“Dalam perjumpaan itu, doktor memaklumkan kepada mereka bahawa punca sebenar kematian rakan mereka ialah disebabkan masalah kesihatan manakala seorang lagi disebabkan kemalangan,” katanya.

Mat Akhir berkata, dalam pada itu beliau turut difahamkan kebanyakan pekerja di kilang berkenaan sering mengambil minuman keras tidak berjenama hingga berkemungkinan boleh membawa maut.

Tambah beliau, di samping itu, faktor lain antaranya pemakanan, kediaman serta persekitaran yang tidak baik menyebabkan kehidupan mereka terdedah kepada masalah kesihatan.

Bagaimanapun, bagi memenuhi permintaan dan memuaskan hati pekerja warga asing itu, pihak pengurusan kilang turut membenarkan mereka menggunakan khidmat bomoh atau sami bagi menghalau hantu yang menurut kepercayaan mereka wujud di sekitar kawasan kediaman itu.

3

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 13-1-2014 07:14 AM

ANGGOTA polis mengawasi kumpulan pekerja Nepal yang berhimpun di depan kilang papan di  Jabi, Pokok Sena malam kelmarin.

[youtube]IBe4cOgiJnM[/youtube]
Last edited by tongkatwaran75 on 13-1-2014 07:34 AM

Quote peYno 13-1-2014 07:17 AM
lebih kurang sama je dgn dijohor.. bezanya dijohor tabur garam
Quote WawaRaRa 13-1-2014 07:20 AM
hantu apakah??? cam ner kawan2 dia terbunuh??? saper tau leh citer??? aku tak tau aper benda pon... huhu
Quote MengkuduMasam 13-1-2014 07:33 AM
elok konon nak halau antu...

silap2 ko kene halau balik nepal sana...

nyusahkan btol
Quote GhostWalking 13-1-2014 07:39 AM
Hantu beer chang la tewww
Quote AbukRokok 13-1-2014 08:00 AM
tgk hantu pun skrg sgt benci dengan kebanjiran pendatang....tahniah hantu kerana telah mula melakukan pembersihan etnik.

kami rakyat malaysia sentiasa dibelakang hantu
Quote Bedah.Cun 13-1-2014 08:02 AM
[youtube]-ldY6930EXY[/youtube]

amma  
Quote Bedah.Cun 13-1-2014 08:06 AM


[youtube]jasvVeBHNiA[/youtube]

Quote xtahumenahu 13-1-2014 08:20 AM
sampai 4 org???
Quote aurora273 13-1-2014 08:43 AM
cara kematian? statement tak lengkap nih...
Quote ais_kosong 13-1-2014 09:09 AM
betui ka kwn depa mati sbb hantu tu?
Quote clarizsa 13-1-2014 09:11 AM
hantu leh bunuh org ke... misteri nyaa...
Quote mjla 13-1-2014 09:14 AM
Rakyat Msia masih tak sedar diri dgn kejadian2 yg dibuat oleh pendtg2 asing.

Masih lg nak amik depa.

Klu depa dah dok beramai2 cam ni le jdnye.
Quote lady_rara 13-1-2014 09:15 AM
camna kengkawan diorang yang 4 orang tu mati sampai claim ada hantu ni?
Quote shysari 13-1-2014 09:17 AM
Hantu bunuh org oh best if david teo buat cerita ni..
Quote yenil95 13-1-2014 09:22 AM
nak tau jugak apa hantu tu dah buat...
Quote tongkatwaran75 13-1-2014 09:27 AM
hantu cekik smpi takde nafas...
Quote salwani911 13-1-2014 09:29 AM
jgn pulak sengaja menyalahkan hantu padahal nak tutup manusia yg bunuh...
Quote tongkatwaran75 13-1-2014 09:37 AM
Warga Nepal kecoh takut hantu

MOHD RIFAAT ABD HAMID
13 Januari 2014

POKOK SENA - Kira-kira 200 warga Nepal yang bekerja di kilang papan di sini, hampir mencetuskan kekecohan di depan kilang berkenaan bagi mendesak majikan memanggil bomoh atau sami kononnya untuk menghalau hantu yang didakwa menyebabkan kematian empat rakan mereka dalam tempoh sebulan.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Kota Setar, Deputi Superintenden Mat Akhir Jaafar berkata, pekerja terbabit mengadakan perhimpunan bermula jam 8.30 malam kelmarin, kerana mereka dipercayai bimbang mungkin menjadi mangsa seterusnya.

“Kebanyakan warga Nepal yang bekerja di situ masih memegang kepercayaan karut dan menganggap hantu menyebabkan rakan mereka mati dalam masa singkat. Mujurlah perhimpunan itu tidak sampai menjadi rusuhan," katanya.

Mat Akhir berkata, dalam perhimpunan itu, seorang daripada pekerja kilang mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Sementara itu katanya, bagi mendedahkan kejadian sebenar pihaknya turut membawa wakil pekerja asing itu ke HSB bagi mendapatkan penerangan lanjut daripada doktor mengenai punca kematian rakan mereka.

“Dalam perjumpaan itu, doktor memaklumkan kepada mereka bahawa punca sebenar kematian rakan mereka ialah disebabkan masalah kesihatan manakala seorang lagi disebabkan kemalangan,” katanya.

Mat Akhir berkata, dalam pada itu beliau turut difahamkan kebanyakan pekerja di kilang berkenaan sering mengambil minuman keras tidak berjenama hingga berkemungkinan boleh membawa maut.

Tambah beliau, di samping itu, faktor lain antaranya pemakanan, kediaman serta persekitaran yang tidak baik menyebabkan kehidupan mereka terdedah kepada masalah kesihatan.

Bagaimanapun, bagi memenuhi permintaan dan memuaskan hati pekerja warga asing itu, pihak pengurusan kilang turut membenarkan mereka menggunakan khidmat bomoh atau sami bagi menghalau hantu yang menurut kepercayaan mereka wujud di sekitar kawasan kediaman itu.
@sinarharian

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.109393 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top