KINI heboh isu pembukaan Restoran Hard Rock Café di Putrajaya yang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak kerana disifatkan tidak bersesuaian dengan imej bandar tersebut sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Isunya adalah maksiat, arak, pergaulan bebas lelaki perempuan, diharamkan oleh semua agama, bukan sahaja agama Islam. Persoalannya, kenapa pemimpin yang meluluskannya begitu jahil dalam soal ini? Jakim ada di sana, kenapa tidak dirujuk? Kenapa bertindak sesuka hati bila ada kuasa? Bila jahil, bertanyalah. Nescaya ada jawapannya. Ini tidak, memandai-mandai seolah-olah Putrajaya bapak kita yang empunya. Ingatlah, Putrajaya dibina atas duit rakyat. Rakyat yang cintakan agama mahukan ia ditadbir mengikut lunas-lunas agama dan hidup bertuhan. Persoalan ditimbulkan oleh segelintir pemimpin yang menentang adalah, restoran tersebut tidak seharusnya dibenarkan beroperasi di Putrajaya kerana lebih 95 peratus penduduknya umat Islam. Putrajaya adalah pusat pentadbiran negara bukan tempat hiburan. Bandar raya ini juga adalah bandar raya Islam contoh kerana hampir kesemua bangunannya bercirikan kesenian Islam. Apa maksud semua ini? Adakah perkara haram dibenarkan di kawasan jauh dari Putrajaya? Apakah maksud seni bina Islam? Adakah kubah itu seni bina Islam? Begitu juga lambang bulan (sabit) dan bintang? Apakah seni bina lain, termasuk seni bina Melayu tidak Islamik? Nampak sangat kita jahil. Kubah atau bentuk bawang adalah seni bina Moorish Indian. Islam tidak tetapkan bentuk bagaimana masjid atau bangunan hendak dibina. Semuanya seni bina adalah Islamik, jika tidak bertentangan dengan asas Islam, termasuk seni bina Pagoda. Jika ada dalam minda kita, bahawa kubah itu Islamik, yang tidak kubah, tidak Islamik, maka saya syorkan pergilah mengaji lebih lagi. Cubalah fahami isu-isu fundamental Islam. Saya amat bimbang, jika pemahaman kita mengenai perkara-perkara yang bersifat Islamik itu hanya bersifat nama dan lambang. Bila buat dosa, atau teringat sudah banyak berdosa, maka pergi buat umrah dan haji untuk mencuci dosa. Jika itu pemikirannya, kita ini amat jahil. Perkara asas Islam adalah akidah, tauhid, akhlak dan syariat. Fahamilah perkara ini terlebih dahulu. Kita tetap akan masuk syurga, walaupun tidak pernah menjejak kaki mengerjakan umrah dan haji. Jika kita kata seni bina di Putrajaya itu Islamik, maka malang sungguh ALLAH menjadikan umat Islam dan manusia lain seperti di China, Jepun, Korea dan sebagainya. Maklumlah masjid di sana tidak ada seni bina kubah atau berbentuk bawang. Jika kita mengatakan Putrajaya itu kota Firdaus, bermakna maksiat atau perkara haram tidak boleh dilakukan, maka di luar Putrajaya atau di mana-mana sekalipun, termasuk di Kuala Lumpur, tetap tidak boleh dilakukan kerana haram tetap haram, maksiat tetap maksiat, Ia ditentang semua agama. Jangan rosakkan imej Islam, sekejap boleh, sekejap tak boleh. Ada bandar Islam, ada bandar tidak Islam. Islam itu Islamlah. Seperti kontroversi Islam Hadhari. Ada Islam Hadhari, ada yang tidak hadhari. Islam itu Islamlah. Ia mesti didaulatkan di mana sahaja kita berada. Kalaulah saya yang menguruskan Putrajaya, sudah lama tanda-tanda nama saya jawikan. Hard Rock Café boleh beroperasi dengan syarat, ikut garis panduan bandar raya Islam, termasuk menjawikan kafe tersebut. Saya masih yakin, umat Islam apabila terpandang huruf-huruf ALLAH, hatinya akan gementar. Jika tidak gementar, maknanya hatinya telah mati. Eloklah cari hati lain. Saya pelik, adakah pemimpin yang menguruskan Putrajaya tidak nampak? Mendengar nama Hard Rock itu sudah mencerminkan isi kandungannya. Tidakkah Hard Rock Café sudah dikenali sebagai sebuah restoran tempat berhibur tanpa batasan dengan minuman keras serta muzik bising yang menjadi tarikan. Adakah kita tidak nampak siapa lagi selain umat Islam yang bakal menjadi pelanggan sasaran? Nasihat saya terutama kepada pemimpin yang dilantik, tidak kira pemimpin atasan atau di peringkat organisasi, paling kurang bertanyalah kepada yang pakar, terutama Jakim yang sudah sedia wujud di sana. Janganlah bertindak sendirian jika jahil. Kita bimbang kita akan menjadi semakin jahil atau menjadi jahil murakab, sejahil-jahilnya. Jika asas ini tidak dibetulkan, apa jua tindakan kita seterusnya akan terus salah dan salah.
|
taikor posted on 13-1-2014 10:58 AM
Ribuan Teh baru kenal orang2 Amno ka? Itu Hard Rock Cafe macam ada saham orang2 Amno. Itu pasai bole ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.071618 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.