CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makan Tak Bayar Belasah & Cabul Pengerai !

15-1-2014 11:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6746| Komen: 25

Description: Kuala Terengganu: Seorang Lelaki Bukan Saja Enggan Menjelaskan Bayaran Makanannya, Tetapi Turut Bertindak Gila Apabila Membelasah Seorang Pembantu Kedai Wanita Dalam Kejadian Di Sebuah Kedai Makan Di ...

Gambar hiasan


Kuala Terengganu: Seorang lelaki bukan saja enggan menjelaskan bayaran makanannya, tetapi turut bertindak gila apabila membelasah seorang pembantu kedai wanita dalam kejadian di sebuah kedai makan di Gong Badak, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang berusia 18 tahun juga hampir menjadi mangsa cabul suspek berusia 20-an yang cuba mengambil kesempatan ketika mangsa meminta bayaran daripadanya.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa pergi ke meja suspek yang terletak di luar kedai untuk meminta bayaran sebaik melihat pelanggannya itu selesai menjamu selera.

Katanya, mangsa kemudian memaklumkan jumlah bayaran perlu dibayar, tetapi suspek yang berseorangan berpura-pura tidak mendengar menyebabkan mangsa terpaksa mengulangi sekali lagi jumlah bayaran berkenaan.

“Namun, suspek tiba-tiba naik angin sebelum memukul mangsa menggunakan tangannya di kepala dan muka selain turut menolak mangsa hingga terjatuh.

“Akibat ditolak terlalu kuat, mangsa yang gagal mengimbangi badan terjatuh menyebabkan rusuk kirinya terhentak pada meja batu berhampiran.


“Kekecohan itu menyebabkan beberapa pekerja menghampiri dan cuba membantu mangsa dengan membawanya masuk ke dalam kedai kerana bimbang kejadian lebih teruk berlaku,” katanya.

Sumber berkata, suspek yang masih tidak berpuas hati cuba mengejar mangsa untuk terus memukulnya, tetapi dihalang beberapa pekerja lelaki.
Katanya, suspek turut dipercayai cuba mengambil kesempatan terhadap mangsa apabila cuba mencabulnya, tetapi niat itu  dihalang mangsa.

“Difahamkan, kegagalan lelaki itu yang mahu mengambil kesempatan terhadap mangsa dipercayai punca dia bertindak seperti ‘kurang siuman’ serta enggan membuat pembayaran selepas kenyang menjamu selera.

“Susulan kejadian itu, mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Bukit Tunggal untuk rawatan lanjut dan disahkan mengalami bengkak di rusuk oleh doktor.

“Mangsa yang bimbang keselamatannya membuat laporan di Balai Polis Gong Badak beberapa jam selepas kejadian,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

13

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentutmanis 15-1-2014 07:37 AM
terengganu mmg kes pelik2, curi pakaian dlm la, rogol abg adik atuk cucu la, curi duit mak sendiri la, cabul nenek la etc, sabah swk bumi kristian tu lbh baik moralnye ye
Quote fifie_olin 15-1-2014 07:39 AM
btl belash jek smpi koma...dasar jantan caprut
Quote gaara_X 15-1-2014 07:59 AM
pergh!!.....nasib baik tak kena tembak....
Quote nurul_akmar 15-1-2014 08:08 AM
org2 mcm nilah kita patut belasah ramai2.
Quote md.jie 15-1-2014 08:11 AM
kepelikang tangpa batasang
Quote blackred99 15-1-2014 08:12 AM
hisap dadah ni, konfem.
Quote wak_karman 15-1-2014 08:14 AM
jap..jap...
dlm kamus bahasa ada ke perkataan pengerai???
mcm x pernah nmpk
seumur idup pun x pernah dengor ....
Quote jonlabu 15-1-2014 08:18 AM
tengganu darul kepelikang.
Quote fatehana 15-1-2014 08:23 AM
Mak aihhhh dh mkn xmoh byr pastu dok pukul plk
Patut org camnie bg berdas2, nyusahkn btol
Quote munchkin 15-1-2014 08:37 AM
tak guna punya manusia
Quote BotakChinPeng 15-1-2014 09:35 AM
Ini mesti restoran mamak 24 jam
Quote siti_kus 15-1-2014 09:37 AM
Kurang ajar gila. Sewel ke apa?
Quote tongkatwaran75 15-1-2014 09:38 AM
BotakChinPeng posted on 15-1-2014 09:35 AM
Ini mesti restoran mamak 24 jam


aku rasa restoren tomyam...



Quote magnus 15-1-2014 09:38 AM
Takde org lain nampak ke..ke buat tak nampak..
Quote pakwetizzaqyah 15-1-2014 12:43 PM
cabul2 ni yg tk leh terima ni..ingt ni jepun ke?
Quote tongkatwaran75 15-1-2014 12:43 PM
magnus posted on 15-1-2014 09:38 AM
Takde org lain nampak ke..ke buat tak nampak..

2.30 pagi...
bkn siang hari...



Quote shernazz 15-1-2014 01:11 PM
elok dicabul balik jantan tu
baru dia tau trauma dicabul mcmana
Quote tongkatwaran75 15-1-2014 07:03 PM
wak_karman posted on 15-1-2014 08:14 AM
jap..jap...
dlm kamus bahasa ada ke perkataan pengerai???
mcm x pernah nmpk

PEGERAI  ATAU  PENGGERAI...?


Biasanya kata dasar gerai jika diberi awalan 'peN-' membentuk kata terbitan penggerai.  Potongan akhbar di sebelah menggunakan kata "Wahai pegerai, bertanggungjawablah..."

Apakah perbezaan antara kata 'penggerai' dengan 'pegerai'?
Gerai yang menerima awalan 'peN-' (penggerai) bermaksud kerek (roda yang memakai tali atau rantai / alat untuk menaikkan dan menurunkan barang berat; kapi, takal) dan gerudi.  Jadi penggerai bermaksud penggerek atau penggerudi.  

Sementara gerai yang satu lagi bermaksud kedai kecil dan menerima awalan 'pe' (tidak tertakluk dalam hukum morfofonemik) bagi menerbitkan kata terbitan 'pegerai' yang bermaksud orang yang bergerai atau orang yang mengusahakan gerai (pengusaha gerai).

Banyak kata Melayu yang menerima awalan 'pe', seperti petenis, pesilat, pesakit, pegolf, dan lain-lain lagi.

Sumber :  Murninya Bahasaku, Kamus Dewan.

http://kenalibahasamelayu.blogspot.com/2011/07/pegerai-atau-penggerai.html

Quote Danisk 15-1-2014 07:15 PM
@dino bg sepatoh dua kate. kg mung ning

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.242101 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top