CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyu Indonesia Bertelur Di Terengganu

17-2-2014 10:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9796| Komen: 53

Description: Dungun - Buat Julung Kalinya, Jabatan Perikanan Terengganu Mengesan Seekor Penyu Agar Yang Ditandai Di Indonesia Telah Naik Bertelur Di Pantai Terengganu Tahun Lepas.

Gambar hiasan


DUNGUN - Buat julung kalinya, Jabatan Perikanan Terengganu mengesan seekor penyu agar yang ditandai di Indonesia telah naik bertelur di pantai Terengganu tahun lepas.

Pengarah jabatan itu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata penyu yang bertanda tag 271893 pada sayap kanan itu bertelur 82 biji di pantai Geliga Kemaman.

“Telur tersebut telah dieramkan dan berjaya menetaskan 72 ekor anak dan kesemua anak itu telah dilepaskan ke laut,” katanya.

Abdul Khalil berkata, penemuan penyu dari Indonesia itu menunjukkan bahawa penyu merantau begitu jauh untuk bertelur.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, 40 ekor penyu agar dan dua ekor penyu karah dijumpai mati di perairan Terengganu sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata, antara punca kematian penyu itu termasuklah terperangkap di dalam pukat pari yang dilabuhkan di laut oleh nelayan.

Menurut Abdul Khalil pada tahun lepas jabatan itu berjaya mengeramkan 621,821 biji telur penyu agar dan daripada jumlah itu sebanyak 464,918 biji telah menetas.

Beliau berkata, di negeri ini terdapat tujuh pusat penetasan penyu iaitu di Pulau Redang, Pulau Perhentian, Setiu, Rantau Abang, Paka, Kerteh dan Geliga Kemaman.

Pada tahun lepas, kata Abdul Khalil, pihaknya mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM670,000 dan kerajaan pusat RM122,000 untuk program pengurusan penyu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Jabatan Perikanan telah merampas dan menyita enam peralatan rawai tanpa umpan di perairan santuari penyu Rantau Abang.

14

Bagus
5

Marah
10

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa 15-2-2014 02:10 PM
Memula baca tajuk mcm Peyno Indon le pulak........
Quote nebulagazer 15-2-2014 02:15 PM
jazaa posted on 15-2-2014 02:10 PM
Memula baca tajuk mcm Peyno Indon le pulak........

Hahhahahhaha peyno indon
Quote wana89 15-2-2014 02:16 PM
mana forumer indon..ni kena klaim ni..p mintak pengiktirafan..malaysia cilok ni..

sambil teriak..

Maling!!!!Maling!!!

@OgreLapan
Quote nebulagazer 15-2-2014 02:16 PM
Abihla..penyu tu kene tax nnti...
Quote protonpersona 15-2-2014 02:49 PM
SEKALI TENGOK TITLE CAM PEYNO INDON
Quote awangbok 15-2-2014 02:56 PM
habis la lepas ni me layu 'tulen' meroyan lepas ni.

Quote AbukRokok 15-2-2014 02:59 PM
jazaa posted on 15-2-2014 02:10 PM
Memula baca tajuk mcm Peyno Indon le pulak........

ye x ye jugak ye....
@peYno

Quote noell 15-2-2014 03:04 PM
abih la penyu indon pun dah mai sini...esok semua binatang liar harimau ka hapa pun dok hijrah mai sini...nampak sgt depa  pun tau sini baguih
Quote Firenzza 15-2-2014 03:07 PM
Apsal I terbaca @peYno indon hihihi.... :lol
Quote roblucci 15-2-2014 03:11 PM
Peyno Indon?
Quote ultra78 15-2-2014 03:15 PM
Sama saja dengan orang dari sana. Merantau ke Malaysia dan beranak-pinak di sini

Quote AbukRokok 15-2-2014 03:21 PM
ultra78 posted on 15-2-2014 03:15 PM
Sama saja dengan orang dari sana. Merantau ke Malaysia dan beranak-pinak di sini

bapak borek anak rintik
manusia indon borek
penyo indon rintik




Quote matseman06 15-2-2014 06:17 PM
@peYno indon??
Quote peYno 15-2-2014 06:20 PM
penyu ni mendarat n terdampar dipersisir pantai pontian ka?
Quote sekngucing 15-2-2014 06:31 PM
mana pegi forumer penyo? lama tak nampak
Quote matamata 15-2-2014 06:34 PM
Kepada yg belum tau....penyu belimbing yg bertag bendera malaysia pernah ditemui mendarat di kepulauan Hawaii....
Quote airfilterkotor 15-2-2014 06:36 PM
Now i know. Pesisiran pantai Pontian tu kat Terengganu.

Bengong.
Quote lasagnaklcc 15-2-2014 06:37 PM
Soalan kurg bijak sbb tak tau - mmg semua penyu ni bertanda eh?
Quote matamata 15-2-2014 06:37 PM
lasagnaklcc posted on 15-2-2014 06:37 PM
Soalan kurg bijak sbb tak tau - mmg semua penyu ni bertanda eh?

Tak........

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.063537 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top