CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mekanik Bergerak Dan Jerat Paku Di Lebuhraya

18-2-2014 11:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6477| Komen: 25

Description: Lokasi Diibaratkan Sebagai ‘Jerat Paku’ Itu Bukan Saja Boleh Mengakibatkan Berlaku Kemalangan Dan Membahayakan Nyawa, Malah Pengguna Laluan Berkenaan Menanggung Kerugian Kerana Perlu Menukar Tayar P ...
Kuala Lumpur: Sekumpulan lelaki yang menawarkan khidmat membaiki tayar motosikal pancit atau bocor dan lebih dikenali sebagai mekanik bergerak dikesan menabur paku di laluan kenderaan itu di Lebuh raya Utara Selatan berdekatan Plaza Tol Sungai Besi di sini, sehingga menimbulkan kebimbangan serta rungutan pengguna.

Lokasi diibaratkan sebagai ‘jerat paku’ itu bukan saja boleh mengakibatkan berlaku kemalangan dan membahayakan nyawa, malah pengguna laluan berkenaan menanggung kerugian kerana perlu menukar tayar pancit dengan harga serta upah mahal ditawarkan mekanik terbabit.

Lebih rumit sekiranya kejadian berlaku pada waktu malam terutama kepada wanita yang terdedah risiko disamun atau pelbagai jenayah lain selain dilanggar penunggang motosikal lain.

Dalam kejadian terbaru minggu lalu, sekumpulan pemilik motosikal melalui kawasan berkenaan berhenti mengutip paku ditabur sebelum meneruskan perjalanan.

PENGGUNA mengutip paku yang ditabur di laluan motosikal.



Presiden Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Reaper Mohd Umzarulfaiz Omar berkata, dia yang menuju ke Bangi terkejut dihalang memasuki laluan motosikal berkenaan oleh seorang pengguna jalan raya.

“Apabila ditanya, pengguna itu memaklumkan ada banyak paku ditabur di laluan berkenaan dan tidak boleh digunakan buat sementara waktu.

2

Bagus
1

Marah
6

Terkejut
14

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 17-2-2014 04:17 PM
Ko harapkan kerajaan beri amaran je kepada pengguna?? Patutnya ko mintak kerajaan amek tindakan tegas ke atas mekanik bergerak yang buat onar tu.... Kasi tusuk anu dia dgn paku tu... baru dia tahu....
Quote AdamBillionaire 17-2-2014 04:20 PM
urm.. tak susah.. beli Magnet besar gedabak.. lepas tu lantik PLUS untuk kerja kutip paku. paku yang dpt tu boleh jual semula..

Quote gaara_X 17-2-2014 04:21 PM
kena taruk kamera laa lepas nie.........
Quote marine_admiral 17-2-2014 04:22 PM
namirulmukminin posted on 17-2-2014 04:17 PM
Ko harapkan kerajaan beri amaran je kepada pengguna?? Patutnya ko mintak kerajaan amek tindakan tega ...

itulah yang I maksudkan,, kenapa pihak lebuhraya ngan pihak berkuasa x ambil tindakan walhal isu ini dah agak lama,,
Quote mamat2009 17-2-2014 04:26 PM
ko ingat geng2 tabur paku ni bodo. lagila paku tu kecik2 jer.mmg jenuh.
Quote namirulmukminin 17-2-2014 04:27 PM
AdamBillionaire posted on 17-2-2014 04:20 PM
urm.. tak susah.. beli Magnet besar gedabak.. lepas tu lantik PLUS untuk kerja kutip paku. paku yang ...

Hmmmm... ye la tu adam... pastu nanti bertambah alasan PLUS utk naikkan tol kononnya kos penyelenggaraan meningkat.... Tak pon motorist akan dikenakan tol....
Quote pakwetizzaqyah 17-2-2014 04:44 PM
namirulmukminin posted on 17-2-2014 04:17 PM
Ko harapkan kerajaan beri amaran je kepada pengguna?? Patutnya ko mintak kerajaan amek tindakan tega ...

kerajaan hanya akan bertindak jika ada laporan...mcm SPRM...lapor dulu baru bukak file..sbb prinsip lapor melapor ni la geng2 kastam banyak yg hidup bahagia...penah ko tengok geng kastam masuk tv mintak kenaikan gaji mahupun merungut gaji tk naik??? lol
Quote mjla 17-2-2014 04:47 PM
Sanggup puak2 ni makan duit haram pedajal org utk bagi makan anak bini.

Spesis apa manusia cam ni ????
Quote namirulmukminin 17-2-2014 04:48 PM
pakwetizzaqyah posted on 17-2-2014 04:44 PM
kerajaan hanya akan bertindak jika ada laporan...mcm SPRM...lapor dulu baru bukak file..sbb prinsi ...

Kastam punya boss kena tembak kat trapik light ada la...
Quote din_atos 17-2-2014 04:52 PM
minta tolong pontianak kutip paku. Memang feveret dia ni..
Quote darwisharwen 18-2-2014 12:55 AM
din_atos posted on 17-2-2014 04:52 PM
minta tolong pontianak kutip paku. Memang feveret dia ni..

jimat kos transport, tak payah la Propel nak sewa van ngangkut kak ponti ni pegi balik keje, diorang tumpang je abam2 motor tu
Quote slavehunter 18-2-2014 12:57 AM
Camni punya cara pun ada nak buat duit...
Quote mommymonster82 18-2-2014 12:59 AM
Hbslah pasni sapa yg jd mekanik jlnn tu mungkin kena belasah.
Kesian sapa yg ikhlas cr rezeki tu..
Quote shysari 18-2-2014 11:14 AM
Selalu dah terkena pastu dtg makenik tukar tiub harga potong leher...
Quote mohdcrow 18-2-2014 11:34 AM
bukan ker dorang tinggal no phone...angkut jerla semua yang ada nombor kat situ....
Quote FMKiller 18-2-2014 11:43 AM
marine_admiral posted on 17-2-2014 04:22 PM
itulah yang I maksudkan,, kenapa pihak lebuhraya ngan pihak berkuasa x ambil tindakan walhal isu i ...

sebab VIP ngan VVIP mane nak lalu lorong motor tu..
Quote ocho 18-2-2014 11:59 AM
pakwetizzaqyah posted on 17-2-2014 04:44 PM
kerajaan hanya akan bertindak jika ada laporan...mcm SPRM...lapor dulu baru bukak file..sbb prinsi ...

agreed .. bahagia je theyols dgn 5series and mini cooper utk binik ..
anak xbrp nak menjadi la pulok
Quote pakwetizzaqyah 18-2-2014 12:04 PM
ocho posted on 18-2-2014 11:59 AM
agreed .. bahagia je theyols dgn 5series and mini cooper utk binik ..
anak xbrp nak menjadi la p ...

jangan la ckp tk berapa menjadik tu...ada je anak kastam yg hebat2 pandai2...dont be so judgmental plz...tp satu je la..kastam dia tkkan kasi peluang kat orng yg tak de background family kastam jadi kastam..polis pun dah start buat cam tu..alasan diorang..takut korang tk faham cara kerja diorang..well aku respek je diorang ni..cuma kastam la aku kecewa..untung belek sorang2...ish!
Quote ocho 18-2-2014 01:30 PM
pakwetizzaqyah posted on 18-2-2014 12:04 PM
jangan la ckp tk berapa menjadik tu...ada je anak kastam yg hebat2 pandai2...dont be so judgmental ...

ntah ler bro,susah untuk tak generalize and judgemental on this, semua pun nampak sepesyen jerr, anak2 depa.
kerja biasa jew .. but lifestyle gadget2/rumah/keter semua mainstream .. bukan jeles; ngadu jew ....

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.073399 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top