juliesha Publish time 8-10-2023 02:51 PM

Mertua dah start minta duit

Guys.... aku tak tau nak luah kat sapa.

Aku dah kahwin 5 tahun. All this while aku lah breadwinner. Laki aku baru start kerja elok sikit Mac lepas. Tapi kerja dia ikut hari lah aku so far ok sikit asalkan lepas diri dia & sewa rumah dia bayar. Lain2 aku tanggung.

Mak mertua aku ni, baru kahwin lain masa CNY hari tu. Bapak mertua ada dah meninggal last year.

Lately ni, mil mintak duit.

Bulan 8 dia nak buat kenduri arwah dekat kg dia. Dia mintak dekat anak-anak sorang RM100. Tapi dia tak mintak dekat laki aku (anak dia lah kan) dia mintak dekat aku. Aku bgtau lah laki aku tapi aku tetap bagi mil aku rm100 dgn niat sedekah nak buat kenduri. Bila dah bagi, mil aku cakap tq nanti claim balik dekat laki aku.

Last week, mil aku mesej, mintak duit gaji laki aku rm100 sebulan. Dan masih sama dia tak mintak dekat anak dia tapi mintak dekat aku. Bila aku cakap aku tak jaga duit gaji anak dia dan suruh in law aku tu mintak sendiri, in law aku cakap susah (which means susah nak mintak duit atau laki aku susah nak bagi dia duit). Aku bagitau laki aku tapi laki aku pun tak ada protect aku. Dia just cakap nanti dia bincang dgn mak dia.

Aku selama ni memang ada je lah hulur2 duit dekat in law aku, duit raya ke, bila datang rumah aku bawakkan makanan sedap sikit ke. Dan to be honest aku menantu yg kerja elok lah. Ada kereta elok, ada rumah sendiri nama sendiri.

Tapi bila jadi macam ni aku rasa dah tak ikhlas lah. Aku rasa serabut. Ayah aku sendiri tak pernah mintak duit aku.

Aku rasa macam nak bagitau je ayah aku as a wali dia kena tau. Tapi tu lah kang jadi hal lain pulak.

minahgempal Publish time 9-10-2023 01:41 AM

Tak payah bg la..apa yg susah yer..kental kan hati buat bodoh jek..klau mil mintak lgi suruh dia bincang sendiri dengan anak dia..and u plk jgn masuk cmput urusan kluarga mil u..u plk jgn hulur apa2 lgi dkt mil..u ckp jek u pun duit tak ada sgt..ckup2 mkan jek..phm la nti dia..dia kan dah ada laki..laki dia mna??

midori888 Publish time 9-10-2023 10:13 AM

mak mentua cuols kan ada laki...urusan nafkah dia adalah tanggungjawab laki dia...cuols tak perlu kasi duit kat dia...

adila39 Publish time 9-10-2023 10:45 AM

x payah komen apa apa just buat dek, and layan mcm biasa.

juliesha Publish time 9-10-2023 02:39 PM

minahgempal replied at 9-10-2023 01:41 AM
Tak payah bg la..apa yg susah yer..kental kan hati buat bodoh jek..klau mil mintak lgi suruh dia bin ...

tu lah aku jenis kesian.... kena keras sikit lah and tak bagi... tqqq

juliesha Publish time 9-10-2023 02:39 PM

midori888 replied at 9-10-2023 10:13 AM
mak mentua cuols kan ada laki...urusan nafkah dia adalah tanggungjawab laki dia...cuols tak perlu ka ...

ok chuols... iols kena keras hati ni and buat tak layan next time...

juliesha Publish time 9-10-2023 02:40 PM

adila39 replied at 9-10-2023 10:45 AM
x payah komen apa apa just buat dek, and layan mcm biasa.

so diam and buat macam biasa je lah kan... aku try lah keraskan hati tak layan bila dia mintak duit

midori888 Publish time 9-10-2023 03:55 PM

juliesha replied at 9-10-2023 02:39 PM
ok chuols... iols kena keras hati ni and buat tak layan next time...

semoga dipermudahkan urusan cuols....

airmineral Publish time 10-10-2023 02:36 PM

xyah bagi la
kalau dia asik minta2
ko talakan permintaan dia tu kt anak dia sendiri

laki baru dia xbekerja ke?
xpasal2 kawen baru pastu nak kena meminta2 pula

SPACENUT Publish time 10-10-2023 05:15 PM

Tah tah laki dah memang berpakat dengan mak mertua?:o

kucingitam Publish time 10-10-2023 05:19 PM

tak payah bagi.. bukan tanggungjawab kau pun. dia ada anak2 lain kan, biar dia minta kat drg.

kepompong Publish time 10-10-2023 07:05 PM

SPACENUT replied at 10-10-2023 05:15 PM
Tah tah laki dah memang berpakat dengan mak mertua?

i pun rasa macam ni jugakk

penmerah Publish time 10-10-2023 08:36 PM

Kalau Aku mmg bolayan lah
Duit Raya or duit hape pun Aku takmo Kasi kalau Gini punya perangai (tak malu meminta2 dgn menantu perempuan)

Dan kalau next time dia Minta duit lagi Dan wakilkan menantu utk Minta kat anak dia pun Aku takmo layan Dan Aku takkan beritahu laki langsung

Urat malu dah putus ke Minta duit menantu perempuan??

soulnazri Publish time 11-10-2023 11:12 AM

pengalaman sendiri.. setiap kali balik kampung tak pernah miss bagi mil duit belanja. kurang-kurang rm50/rm100 atau lebih (ikut kemampuan kewangan semasa) yang penting bincang dengan husband. janji dia tau kita bagi pada mil.

kemudian kita claim la dr husband. ambik cash/transfer dr akaun terpulang. tu cara saya. kalau nak bagi bulan-bulan takde la. tu hal husband dia yang patut tau tanggungjawab dia.

janji kita (wife n anak-anak) dah setel bil-bil dan makan minum dulu. kalau dah mil sebut tu memang stress. paham perasaan TT.

juliesha Publish time 11-10-2023 02:22 PM

soulnazri replied at 11-10-2023 11:12 AM
pengalaman sendiri.. setiap kali balik kampung tak pernah miss bagi mil duit belanja. kurang-kurang...

iols mmg macam u, kadang ada duit hulur, atau bawak makanan. cuma if i bagi duit i tak claim dgn husband lah sebab husband pun tak cukup untuk dia sendiri...

cuma skrg rasa tertekan sikit sbb i ni jenis cepat fikir lelebih dan now rasa tak suka dah

sarahmirza Publish time 14-10-2023 06:24 PM

Tak payah bagi dan buat tak tau je..
Sebelum kahwin lain tak meminta, sepatutnya dah kahwin lain pun tak meminta jugak.
Ni kalau meminta rasanya dia yang nak memberi duit kat suami baru kot?
Dah, buat apa nak susahkan hati sendiri, buat rasa tak bersalah je atas lesen bukan tanggungjawab menantu perempuan nak kena jaga kebajikan mertua.

Suami ko pulak.. tak nak la komen since ko pun takde mention marah meluat kat dia kan.... silence..

aechae Publish time 15-10-2023 03:38 PM

Adik bradik laki uols ada brapa org? Lps dia mintak sorang 100 brapa jd jumlah terkumpul? Laki baru MIL pnya idea kot ni mintak anak2 chip in sket2 … org tua tu ada anak sndri ke tidak?
Apa2 pn uols buat pekak jelah klu ada diminta2 lg..

rospinki Publish time 16-10-2023 09:36 AM

buat tak tahu je. org skrg ni mmng cepat nk amik kesempatan ya kalau dia nmpk kita cam baik rajin tolong org pemurah. ehehe..tapi bukan membuta tuli baik org yg suka amik kesempatan ni dia akan sakau mana2 ada peluang asalkan untung kt dia. sorryla..kalu iols makin org tu beriya nk mintak itu makin iols buat tak tau. mula2 je kita baik tgk perangai gitu belah la cepat2.

green~tea Publish time 16-10-2023 10:13 AM

Bukan senang le nak buat bodoh bila family members kerap minta duit.. bukan senang je nak keraskan hati

I pun ada sorg mak sedara yang selang seminggu minta duit ngn i... anak 5 kauuu... dia keje senior nurse tatau apa nama, gomen lah... laki biawak (i syak penagih dadah.. sakit hati bila baca msg dia kerap minta duit.. tp kalo tak bagi kang mmg daif.. ko bayangkan ye.. anak dia umur 2 tahun minum air teh o dalam botol susu tu instead of susu formula

Kadang i buat keras sbb ye la dia ada adik beradik (mak pak sedara i yang lain 11 orang).. tp kadang i terbabas kasi juga sbb kesian

jijilaaa Publish time 16-10-2023 02:32 PM

limitkan hubungan u dgn dia as in law sahaja. jgn rapat sngat. kalau dia ws mintak bebukan..reply straight je ckp sorry mak suami x izinkan sy masuk campur.mak bincang dgn dia.
Pages: [1] 2
View full version: Mertua dah start minta duit


ADVERTISEMENT