kruzaman Publish time 20-4-2024 08:34 PM

5 SEBAB KENAPA SEO PENTING DALAM PERNIAGAAN ONLINE...

Edited by kruzaman at 14-5-2024 01:05 AM



SEO adalah singkatan perkataan untuk ‘Search Engine Optimization’ yang bermaksud mengoptimunkan carian enjin internet terutamanya di Google.

Ianya lebih kepada penggunaan keyword atau perkataan yang ada kaitan dengan sesuatu organisasi atau perniagaan yang anda lakukan.

Tujuannya supaya pengguna Google yang mencari menggunakan ‘search text’ menjumpai organisasi/perniagaan anda pada muka hadapan.

Antara kelebihannya ialah:
1. Inbound focus - Sasaran tepat/niche market
2. Buatkan pelanggan kenali jenama anda
3. Bermotifkan pemasaran dan penyelesaian masalah
4. Lebih fokus kepada proses belian kerana proses jualan singkat
5. Kos rendah

Baca selanjutnya

rohayatimat Publish time 20-4-2024 11:47 PM

Memang betul dan yang menariknya hanya sekali buat saja, sampai bila-bila orang nampak. Tak perlu lagi pecah kepala fikir nak buat contents setiap hari...

kruzaman Publish time 21-4-2024 09:44 AM

Evergreen!!! Sampai bila-bila pun orang akan nampak bila ada yang mencari...macam lagu-lagu Scorpions juga laaaa evergreen, sentiasa orang cari walaupun lagu lama. Apa yang paling menarik 60% leads yang masuk adalah yang berkualiti...

bellaa Publish time 12-5-2024 08:32 AM

hurmm. masalahnya director of small biz tak kesah la sme or sdn bhd mereka prefer traditional method. ni iols berhadapan dgn director yg aged 50-70 thn.
dan tak percaya pada seo / digital marketing.

seo kena konsistent posting, sehari kena up at least 5 material, so seo google dapat capture the # hastag

kruzaman Publish time 13-5-2024 10:24 PM

bellaa replied at 12-5-2024 08:32 AM
hurmm. masalahnya director of small biz tak kesah la sme or sdn bhd mereka prefer traditional method ...

Pasal kepercayaan suatu perkara yang subjektif tuan, pandangan saya seseorang yang menawarkan servis SEO, perlulah bertindak secara profesional. Kena educate prospek terlebih dahulu supaya dia betul-betul faham apa yang hendak dilakukan ketika mengemukakan kertas cadangan, maklumlah kat Malaysia ni ianya merupakan satu perkara baru dan amat jarang dipraktikkan. Mungkin mereka pernah berhadapan dengan service provider yang menjanjikan bulan bintang dan sebagainya sebelum mengambil servis. Akhirnya apa yang dijanjikan ke laut...banyak kes yang terjadi seperti ini. Malah di platform-platform sosial media pun ada kes seperti ini, saya tak mahu ulas panjanglah.

kruzaman Publish time 13-5-2024 10:44 PM

bellaa replied at 12-5-2024 08:32 AM
hurmm. masalahnya director of small biz tak kesah la sme or sdn bhd mereka prefer traditional method ...

Berkenaan SEO kena konsisten 5 posting sehari barulah hastag google dapat capture tu saya tak berapa jelas kerana saya tidak praktik macam tu. Mungkin cara dia orang begitu dan pula posting tu pula kat mana tuan?

Sebenarnya apabila carian keyword dibuat di Google, kebiasaanya robot akan crawl perkataan yang dicari itu pada data base berdasarkan:
1. Url
2. Title
3. Content
4. Hastag

Apabila 1, 2 dan 3 tak dijumpai barulah hastag #, macam mana pula yang dikatakan 5 posting sehari dlm bentuk hastag baru Google dapat capture keyword tersebut. Sejujurnya saya tidak praktikan cara sebegini, apa yang saya lakukan 1 keyword 1 content. Contoh keyword 'masakan ayam' ada 6,600 carian sebulan. Ini yang saya buat berada pada no. 6 pada muka depan Google, artikel tersebut ditulis pada bulan Ogos, 2023.




adila39 Publish time 18-5-2024 09:47 AM

Good one, tq SM bagikan kredit

adila39 Publish time 18-5-2024 09:50 AM

Wish your team and groups able to help more small sme's with a very affordable price to offer.

bellaa Publish time 20-5-2024 08:09 AM

kruzaman replied at 13-5-2024 10:44 PM
Berkenaan SEO kena konsisten 5 posting sehari barulah hastag google dapat capture tu saya tak bera ...
Mungkin cara dia orang begitu dan pula posting tu pula kat mana tuan?
posting ni kat social media platform. Facebook, Instagram, TikTok, Youtube, Twitter


website pula jarang nak guna, sebab bukan hari2 consumer nak search google enjine tentang service kita (this is my humble opinion)
contoh : contoh pengusaha service Body Adjustment Repair, mungkin mereka menjumpai anda apabila mencari ‘physiotherapy near me‘. 'body adjustment near me'. 'chiropractic near me‘ lingkungan untuk attarct audience maybe dalam 2-5km sahaja.

despite posting material dan pengunaan hastag # yg betul di social media platform.


sekurangnya akan build seo reputation dalam 2 weeks - 3 months
kalau ada content yg viral, lebih mudah untuk create awareness dan dapat target audience 5km to 30km radius
or maybe seluruh malaysia yg tinggal di melaka or willing datang utk cuba our service due to branding image looks promising.





Pages: [1]
View full version: 5 SEBAB KENAPA SEO PENTING DALAM PERNIAGAAN ONLINE...


ADVERTISEMENT