sfhzuraz Publish time 6-5-2024 11:53 PM

Penyelia maut terjatuh dari kren setinggi 20 meter

Penyelia maut terjatuh dari kren setinggi 20 meter



Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kecemasan_hiasan_1715003073.jpg
GAMBAR hiasan



Butterworth: Seorang penyelia kilang pembuatan maut selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter (m) ketika menjalankan penyelenggaraan di atas sebuah kren di tempatnya bekerja semalam.
Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mereka ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima laporan insiden kemalangan terbabit.
"Siasatan awal dijalankan mendapati mangsa berusia 51 tahun bekerja sebagai penyelia bagi penyelenggaraan ladle crane (kren senduk) di kilang terbabit.
"Ketika kejadian, mangsa dikatakan menyelia penyelenggaraan yang dilakukan oleh pekerja di kilang itu, namun berlaku insiden tidak diingini apabila mangsa terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Menurut kenyataan itu, susulan kematian mangsa, satu notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja di kawasan kejadian kilang terbabit dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan.
"Pihak jabatan juga mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan melakukan langkah penambahbaikan termasuk membuat pembentangan kes kepada JKKP.
"Dalam pada itu, JKKP turut akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan, dan merakam percakapan dalam pemeriksaan bagi saksi yang dikenal pasti dan lawatan susulan ke premis majikan selepas tindakan penambahbaikan dan pencegahan diambil," katanya.
JKKP mengingatkan majikan bahawa mereka tertakluk di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memastikan keselamatan serta kesihatan di tempat kerja.


Disiarkan pada: Mei 6, 2024 @ 9:44pm
Penyelia maut terjatuh dari kren setinggi 20 meter (hmetro.com.my)




Supersirap Publish time 7-5-2024 10:14 AM

Salam takziah kepada keluarga
Pages: [1]
View full version: Penyelia maut terjatuh dari kren setinggi 20 meter


ADVERTISEMENT