sfhzuraz Publish time 7-5-2024 05:05 PM

KPDN Kedah serbu stor haram, rampas 3,500 liter diesel

KPDN Kedah serbu stor haram, rampas 3,500 liter diesel

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

07 Mei 2024 03:31pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/05/07/2641278.jpg
Pasukan serbuan telah menyita sejumlah 3,500 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM7,525, sembilan unit tangki IBC dan peralatan yang digunakan memindah barang kawalan tersebut. Foto KPDN Kedah



ALOR SETAR - Sebanyak 3,500 liter minyak diesel yang cuba diseleweng di sebuah stor haram di sekitar Tandop, di sini dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah dalam satu serbuan pada Isnin.
KPDN Kedah dalam satu kenyataan berkata, tiada pemilik atau pekerja berada di dalam stor tersebut semasa serbuan dilakukan pada jam 3 petang.


Menurutnya, serbuan dilakukan oleh pegawai dan anggota Penguat Kuasa KPDN Alor Setar hasil risikan yang dilakukan sejak beberapa minggu lalu.
"Pemeriksaan lanjut telah menemui sejumlah minyak diesel yang disimpan di premis tersebut tanpa lesen atau permit sah.


"Pasukan serbuan telah menyita sejumlah 3,500 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM7,525, sembilan unit tangki IBC dan peralatan yang digunakan memindah barang kawalan tersebut. Jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM9,525," katanya pada Selasa.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.
"KPDN akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen mana-mana stesen minyak yang disyaki terlibat dengan penyelewengan minyak petrol dan diesel bersubsidi sehingga siasatan selesai dijalankan dan keputusan kes dimuktamadkan bawah AKB 1961," ujar kenyataan itu.
Tambahnya, orang awam boleh melaporkan sebarang aduan yang berkaitan penyelewengan barang kawalan bersubsidi kepada pihak KPDN untuk tindakan lanjut.
KPDN Kedah serbu stor haram, rampas 3,500 liter diesel - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: KPDN Kedah serbu stor haram, rampas 3,500 liter diesel


ADVERTISEMENT