sfhzuraz Publish time 8-5-2024 12:56 PM

ADUN Sungai Bakap semakin sihat, masih di bawah pemantauan doktor

ADUN Sungai Bakap semakin sihat, masih di bawah pemantauan doktor

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

08 Mei 2024 12:22pm



https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/05/08/2642333.jpg
Laporan Sinar Harian mengenai keadaan ADUN Sungai Bakap.



SEBERANG JAYA - Keadaan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff yang dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang pada minggu lalu, dilaporkan semakin baik.
Menurut sumber, Nor Zamri berada dalam keadaan stabil namun masih di bawah pemantauan doktor.


"Alhamdulillah keadaan YB semakin baik, semakin ok.
"Bagaimanapun dia masih di bawah pemantauan doktor, walaupun dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi pada Rabu.


Kata sumber, Nor Zamri akan mengambil masa untuk benar-benar sihat bagi membolehkannya dipindahkan ke wad biasa.
"Setakat semalam (Selasa), dia masih dirawat di wad ICU. Akan ambil masa sikit untuk dipindahkan ke wad biasa."Jangkaan untuk dipindahkan ke wad biasa, belum dapat dipastikan lagi kerana dia masih di bawah pemantauan doktor. Yang penting, keadaannya bertambah baik, syukur Alhamdulillah," tambahnya.
Sebelum ini, Nor Zamri dilaporkan ditempatkan di Wad ICU Hospital Seberang Jaya kerana komplikasi di bahagian perut.



Nor Zamri dimasukkan ke hospital susulan sakit perut dan diberikan ubat tidur untuk membolehkannya berehat.
Bagaimanapun, selepas beberapa hari diberi rawatan, beliau dilaporkan stabil dan semakin menunjukkan perkembangan positif.
Susulan itu, isterinya, Musalmah Yusop, 50-an memohon agar diberi ruang kepada keluarga Nor Zamri untuk waktu ini.
Kata Musalmah, suaminya bukan ditidurkan sebaliknya diberi ubat tidur untuk beberapa hari bagi membolehkannya berehat.
Nor Zamri dari Pas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.
ADUN Sungai Bakap semakin sihat, masih di bawah pemantauan doktor - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: ADUN Sungai Bakap semakin sihat, masih di bawah pemantauan doktor


ADVERTISEMENT