mattzzx Publish time 8-5-2024 04:53 PM

15 tahun menunggu, hasrat tunai haji akhirnya tercapai

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/esha_1715156984.jpg
ESHAH bersama suaminya ketika ditemui di Hotel Raia & Convention Centre. FOTO Wan Nabil Nasir.

Alor Setar: "Sudah 15 tahun kami menunggu saat ini dan akhirnya impian saya dan suami ke tanah suci tercapai hari ini.

"Kami sangat teruja untuk ke sana hinggakan tak dapat tidur lena malam tadi," kata Eshah Ahmad, 47.

Menurut Eshah, dia dan suaminya, Khairuddin Babjan, 50, dari Guar Chempedak, mendaftar Tabung Haji pada tahun 2009 dan sabar menunggu giliran panggilan.

Pasangan itu yang mempunyai tiga anak berusia 17 hingga 22 tahun itu berkata, mereka berharap supaya diberi kesihatan dan dapat menunaikan haji dengan sempurna.


"Saya mahu berdoa depan Kaabah supaya anak-anak dan saya serta suami diberi kesihatan yang baik.

"Selain itu, kami akan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara kita di Palestin yang sedang bergolak akibat peperangan," katanya ketika ditemui di perkarangan Hotel Raia, di sini hari ini.

Pasangan itu adalah antara 142 jemaah kumpulan penerbangan pertama dari utara untuk musim haji 1445 Hijrah / 2024.

Eshah berkata, walaupun teruja kerana dapat menunaikan haji tahun ini namun mereka tetap dihantui rasa bimbang dan takut.

Katanya, mereka juga sudah bersedia untuk menghadapi cuaca panas sepanjang menunaikan haji di sana sudah biasa dengan cuaca panas yang melanda utara ketika ini.

"Kami sudah bersiap sedia membawa segala ubat-ubatan memandangkan suami mempunyai masalah darah tinggi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1088191/15-tahun-menunggu-hasrat-tunai-haji-akhirnya-tercapai
Pages: [1]
View full version: 15 tahun menunggu, hasrat tunai haji akhirnya tercapai


ADVERTISEMENT