sfhzuraz Publish time 9-5-2024 09:44 PM

Keluarga mangsa akur laporan awal tragedi helikopter di Lumut

Keluarga mangsa akur laporan awal tragedi helikopter di Lumut

09 Mei 2024 06:52pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/05/09/2644966.jpg
Laporan Sinar Harian pada Khamis.



SIK - Keluarga kepada salah seorang mangsa yang terkorban dalam tragedi membabitkan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak akur dengan laporan awal siasatan yang dikeluarkan lembaga siasatan berkenaan kejadian itu pada Khamis.
Kakak sulung kepada Allayarham Pegawai Waran II, Muhammad Faisol Tamadun, Noryani, 50, berkata, dia menerima dengan terbuka laporan awal berkenaan dan tetap bersabar menunggu laporan akhir yang dijangka selesai 28 Mei ini.


"Saya doakan proses siasatan punca nahas berjalan lancar...saya dan adik beradik lain sudah terima adik bongsu kami sudah tiada...kami boleh terima kenyataan.
"Pagi semalam selepas balik berniaga, saya pergi ke kuburnya...tanah sudah mendap dan ikutkan perancangan, esok batu nisan akan dipasang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Allahyarham Muhammad Faisol, 36, merupakan anak bongsu daripada empat beradik berasal dari Kampung Tanah Hitam, dekat sini, meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan.
Kejadian yang berlaku pada 23 April, membabitkan dua helikopter dan mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di Pangkalan TLDM Lumut.
TLDM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa laporan awal lembaga siasatan menyatakan, kesemua kru yang terbabit dalam insiden itu berada tahap kesihatan yang baik untuk mengendalikan pesawat, malah tahap kelayakan penerbangan kru udara yang terlibat juga masih sah dan tidak tamat tempoh.
Kedua-dua helikopter itu juga disahkan berada dalam keadaan airworthy (selamat untuk terbang) semasa hari kejadian, bahkan kerja-kerja selenggaraan kedua-dua pesawat disahkan dilaksanakan mengikut prosedur dan rutin yang ditetapkan oleh pihak Pengeluar Peralatan Asal (OEM). - Bernama
Keluarga mangsa akur laporan awal tragedi helikopter di Lumut - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Keluarga mangsa akur laporan awal tragedi helikopter di Lumut


ADVERTISEMENT