sfhzuraz Publish time 9-5-2024 10:09 PM

Kejadian sesat di Felda Teloi Kanan kerap berlaku - Penduduk

Kejadian sesat di Felda Teloi Kanan kerap berlaku - Penduduk

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

09 Mei 2024 02:27pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/05/09/2644321.jpg
Keadaan Felda Teloi Kanan yang dikelilingi kebun getah berisiko sesat terutama membabitkan orang luar. Gambar kecil: Mansor, Yuznan dan Mohd Rosli.



SIK - Kejadian sesat sehingga ke Felda Teloi Kanan di sini bukanlah kali pertama berlaku membabitkan orang luar malah kerap kali didengari penduduk kampung.
Penoreh getah, Mohd Rosli, 54, berkata, sebelum ini terdapat juga kejadian sesat yang berlaku di kawasan berkenaan terutama pada waktu malam.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/05/09/2644323.jpg
Kawasan Felda Teloi Kanan yang dikelilingi kebun getah.





"Ada banyak juga kes sesat, kalau siang hari boleh juga cari jalan keluar tetapi kalau sudah tengah malam memang susah bagi orang luar sebab kawasan ini dikelilingi kebun getah.
"Sebelum ini, ramai orang sesat di situ tetapi bagi penduduk tempatan, sudah biasa.


"Di kawasan itu ada kampung dan penempatan penduduk, tetapi laluannya memang kena lalu kebun getah terlebih dahulu," katanya.
Dalam pada itu, Yuznan Saad, 54, pula berkata, situasi yang dihadapi seorang lelaki yang sesat di kawasan ini sukar digambarkan memandangkan ia berlaku sekitar jam 1 pagi dengan keadaan jalan raya sunyi tanpa pengguna dan kenderaan lalu lalang.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/05/09/2644322.jpg
Laporan Sinar Harian.







Menurutnya, mangsa ketika itu dalam perjalanan dari Sungai Lalang sepatutnya menggunakan laluan biasa Jalan Persekutuan Alor Setar-Butterworth untuk ke Sungai Petani, bukannya jalan pintas atau lalu kebun dan ladang sawit sehingga menyebabkannya terperangkap dalam hutan sehingga enam jam.
"Jarak perjalanan dari Sungai Lalang ke Sungai Petani ikut Jalan Persekutuan hanya lebih kurang 10 minit sahaja atau lebih cepat jika tiada kesesakan dan jika guna jalan pintas akan melalui Ambangan Heights dan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
"Kita tak tahu apa yang dilalui ketika itu, mungkin hanya ikut Waze semata-mata atau pandangan matanya ditutup sehingga tak nampak simpang untuk membelok, lebih senang kita kata ada 'orang tumpang'," katanya.
Tambahnya, jika dari simpang Sungai Lalang menghala ke Taman Bandar Baru, Sungai Lalang sepatutnya, lelaki terbabit membelok ke Ambangan Heights namun meneruskan perjalanan menyebabkannya menghala terus ke Bukit Selambau dan menuju ke Felda Teloi Kanan yang berada di sempadan daerah Kuala Muda dan Sik yang melebihi perjalanan lebih 30 kilometer.
Sementara itu, Mansor Awang, 78, juga tidak menolak kemungkinan 'orang tumpang' sehingga menyebabkan mangsa tersesat jauh ke dalam hutan.
"Kami ada dengar cerita orang sesat itu semalam, depa sembang di kedai kopi, kalau ikutkan jauh juga dari Sungai Lalang tersesat sampai ke sini, sini bukan jalan yang betul.
"Lagi satu nasihat saya, kalau anak cucu saya sendiri, sudah lewat malam panggil baliklah, tak elok duk di luar, nak elak benda-benda tak elok berlaku," katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan gara-gara menggunakan aplikasi pandu arah, Waze untuk pulang ke rumah abang di Sungai Petani, seorang penunggang motosikal sesat kira-kira enam jam dalam hutan di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah.
Lelaki berusia 32 tahun itu dikatakan bekerja di Pulau Pinang, namun baharu selesai beraya di rumah rakannya di Sungai Lalang.
Dia bagaimanapun bercadang mahu menumpang tidur di rumah abangnya di Sungai Petani dengan berpandukan Waze, namun tersesat sehingga masuk ke kawasan hutan di Felda Teloi Kanan pada jam kira-kira 1 pagi.
Kejadian sesat di Felda Teloi Kanan kerap berlaku - Penduduk - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Kejadian sesat di Felda Teloi Kanan kerap berlaku - Penduduk


ADVERTISEMENT