CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3351|Reply: 0

[Pulau Pinang] Reformasi pendidikan negara selari titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina

[Copy link]
Post time 10-5-2024 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Reformasi pendidikan negara selari titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

10 Mei 2024 05:54pm








Fadhlina (depan, tengah) bergambar selepas melancarkan Karnival HIP di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah di Nibong Tebal pada Jumaat.




NIBONG TEBAL - Reformasi pendidikan negara yang sedang giat dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada waktu ini selari dengan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang mahukan sistem pendidikan negara berubah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ketika ini KPM giat melaksanakan pelbagai inisiatif di setiap peringkat bagi memperkasakan sistem pendidikan negara.



Menurutnya, ia termasuk dengan penubuhan enam pasukan petugas khas bagi menambah baik sistem prasekolah, intervensi kurikulum, memperkukuhkan Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), pendidikan digital, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pengukuhan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

"Saya merafak sembah dan menjunjung kasih atas titah Tunku Mahkota Ismail, pada pembukaan rasmi Sidang Dewan Undangan Negeri Johor Yang Ke-15 yang turut menyentuh beberapa perkara yang melibatkan reformasi pendidikan negara.


"Titah Tuanku adalah sejajar yang kita laksanakan di KPM dalam reformasi pendidikan negara ketika ini, jadi saya merafak sembah dan ucapkan terima kasih atas pandangan Tuanku," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Karnival HIP di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah di sini, pada Jumaat.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Tunku Mahkota Ismail bertitah sistem pendidikan negara perlu berubah dengan silibus mata pelajaran sekolah tidak relevan diperbaharui.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, langkah itu adalah satu keperluan kerana pendidikan berkualiti adalah asas kemajuan dan penting bagi penyelesaian pelbagai isu.

Baginda seterusnya menggesa Kerajaan Persekutuan mengambil langkah lebih proaktif bagi meningkatkan kualiti sistem dan fasiliti pendidikan negara.




Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, inisiatif intervensi kurikulum juga sedang giat berjalan bagi memastikan keciciran pembelajaran dapat ditangani.

Jelasnya, untuk jangka panjang, KPM telah melancarkan kerangka Kurikulum Persekolahan 2027 yang holistik dan relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan.

"KPM akan terus menggiatkan prakarsa serta terus berusaha untuk memastikan saranan Tengku Mahkota Ismail dilaksanakan demi penambahbaikan kualiti pendidikan negara,"tambahnya lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 1.591687 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list