CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7788|Reply: 0

[Selangor] Paksa orang melutut minta maaf dilarang Islam – Mufti

[Copy link]
Post time 11-5-2024 04:59 PM | Show all posts |Read mode

Luqman

PETALING JAYA – Perbuatan memaksa orang lain melutut untuk membuat permohonan maaf adalah dilarang dalam Islam kerana ia merupakan hak mutlak Allah S.W.T ke atas hamba-Nya apabila semua manusia dibangkitkan pada hari akhirat.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, secara asasnya, perbuatan saling bermaafan antara satu sama lain merupakan amalan yang amat dituntut dalam Islam.

“Namun, ia mestilah dilakukan dalam kerangka harmoni dan mendamaikan tanpa perlu menyakiti hati dan menghina mana-mana pihak. Sebarang nasihat dan teguran juga boleh dilakukan secara tegas dan berhemah tanpa perlu memalukan pihak-pihak tertentu.

“Dalam masa sama, perbuatan merendahkan sedikit tubuh mengikut sesetengah adat masyarakat setempat sebagai tanda memuliakan golongan yang dihormati adalah dibenarkan, selagi mana ia tidak dilakukan secara berlebih-lebihan hingga menyerupai perbuatan menyembah sesuatu selain daripada Allah SWT,” katanya.

Penjelasan tersebut susulan pertanyaan daripada pengirim berhubung hukum memaksa orang lain melutut untuk membuat permohonan maaf dan sama ada ia dibenarkan dalam Islam.

Luqman berkata, dalam konteks keagamaan, setiap agama memiliki tafsiran tersendiri terhadap perbuatan melutut.

Menurutnya, sebagai contoh, postur melutut yang membawa maksud penyerahan kepada Allah SWT dalam agama Islam adalah berbeza dengan agama-agama yang lain.

“Dalam syariat Islam, perbuatan melutut yang membawa maksud pengabdian dan penyembahan kepada Allah SWT terhasil menerusi pergerakan dalam solat seperti rukuk, sujud, iftirasy (duduk antara dua sujud) dan ketika berdoa.

“Dengan perkataan yang lain, perbuatan ini hanya dikhususkan apabila bertujuan menunaikan ibadah kepada Allah SWT sahaja. Bahkan setiap manusia akan melutut apabila dihimpunkan di hadapan-Nya pada hari akhirat,” katanya.

Ujarnya, sehubungan itu, perbuatan memaksa orang untuk meminta maaf dalam keadaan melutut dan menundukkan badan atau kepala adalah dilarang kerana ia bertentangan dengan konsep bermaaf-maafan sesama manusia.

“Tambahan lagi, perbuatan sedemikian juga mencerminkan satu penghinaan terhadap si pemohon maaf dalam masa yang sama boleh menjatuhkan maruahnya.

“Bagaimanapun, perbuatan merendahkan sedikit tubuh mengikut sesetengah adat masyarakat setempat sebagai tanda memuliakan golongan yang dihormati dalam kalangan masyarakat seperti ulama, orang soleh, ibu bapa, guru dan seumpamanya adalah dibenarkan dalam Islam,” katanya.

Katanya, namun ia mestilah dilakukan dalam keadaan yang terhormat sehingga tidak menyerupai perbuatan seolah-olah ingin menyembah atau mengagungkan sesuatu melebihi Allah SWT. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... larang-islam-mufti/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.510279 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list