CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1447|Reply: 0

[Kedah] Operasi SAR pemancing hilang di Tasik Pedu masuk hari ketiga

[Copy link]
Post time 18-5-2024 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Operasi SAR pemancing hilang di Tasik Pedu masuk hari ketiga


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mei 18, 2024 @ 10:55am bhnews@bh.com.my




Operasi SAR pemancing hilang di Tasik Pedu diteruskan hari ketiga hari ini - Foto ihsan Bomba




KUALA NERANG: Pencarian pemancing lelaki yang dikhuatiri lemas di Empangan Tasik Pedu di sini diteruskan pada hari ketiga sejak mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Zon I, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata, operasi yang bermula jam 8 pagi hari ini bertumpu di sekitar kawasan mangsa dilaporkan terjatuh Khamis lalu.

Beliau berkata, pencarian mangsa membabitkan pergerakan dari Unit Anjing Pengesan (K-9), Unit PPDA dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) JItra dan Sungai Petani serta anggota dari BBP Kuala Nerang.

"Selain itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Padang Terap turut terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

"Anggota dari Jabatan Perhutanan membuat pemantauan dari udara dengan menggunakan dron pada pagi ini untuk tujuan pemantauan udara dan membuat plot kawasan pencarian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Aminudin berkata, setakat ini hanya barangan milik mangsa ditemui di lokasi pencarian semalam.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki berusia 41 tahun yang masih hilang selepas bot yang dinaiki bersama rakannya terbalik ketika memancing di Empangan Tasik Pedu, di sini kelmarin.

Bagaimanapun, rakannya yang berusia 55 tahun berjaya diselamatkan orang awam yang menyedari kejadian itu sebelum pihak bomba sampai.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051418 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list