CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6519|Reply: 0

Sanggup derma RM1.1j jika Verstappen gagal pertahan kejuaraan

[Copy link]
Post time 22-2-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN (kiri) dalam misi mempertahankan kejuaraan dunia kali keempat. FOTO REUTERS

London: Bos Formula E, Jeff Dodds berjanji akan membayar AS$250,000 (RM1.1 juta) kepada badan amal sekiranya pemandu Red Bull, Max Verstappen gagal memenangi kejuaraan Formula Satu (F1) keempat berturut-turut musim ini.

Red Bull memenangi 21 daripada 22 perlumbaan tahun lalu dalam kempen yang paling dominan manakala Verstappen mencatat rekod 19 kemenangan.

Red Bull juga sudah memenangi 38 daripada 44 perlumbaan terakhir.

"Melainkan dia (Verstappen) cedera atau sesuatu yang gila berlaku, 99 peratus dia pasti memenangi trofi itu," kata Dodds dalam temu bual dengan TNT Sports.



"Jika ada mana-mana daripada 19 pemandu lain memenanginya (kejohanan F1), kami akan memberi suku juta dolar kepada badan amal pilihan pemandu yang menang itu," katanya lagi.

Formula E terbukti sukar untuk diramalkan berbanding F1, dengan tiga pemenang berbeza dalam tiga perlumbaan setakat ini pada musim ke-10 yang bermula Januari lalu.

Juara berganda dari Perancis, Jean-Eric Vergne adalah satu-satunya pemandu yang memenangi lebih daripada satu kejuaraan Formula E sejak siri itu bermula pada 2014-15.

"Jika (McLaren) Lando (Norris) menang, kami akan pergi melawatnya dan memberinya satu perempat juta dolar untuk kerja-kerja amalnya," kata Dodds lagi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -pertahan-kejuaraan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.057144 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list