CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6473|Reply: 1

[Pulau Pinang] Penjaja tumbuk penguat kuasa direman dua hari

[Copy link]
Post time 10-5-2024 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Penjaja tumbuk penguat kuasa direman dua hari


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



TANGKAP layar video tular kekecohan yang berlaku ketika operasi penguat kuasa MBPP di Pasar Pagi Jelutong.




Georgetown: Dua penjaja ketam nipah direman dua hari, susulan kekecohan membabitkan penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Pasar Pagi Jelutong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, perintah reman bermula hari ini terhadap lelaki berusia 23 dan 35 tahun.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, kejadian berkenaan tular di media sosial menunjukkan sepasukan sembilan penguat kuasa MBPP menjalankan pemeriksaan di Pasar Awam Jelutong pada 9.20 pagi.

Operasi terhadap penjaja tanpa lesen yang membabitkan rampasan barangan dan difahamkan dua penjaja telah diarah menutup perniagaan dan beredar dari kawasan itu.

Tiba-tiba seorang daripada penjaja terbabit membuat provokasi dan menumbuk penguat kuasa, sebelum penguat kuasa itu membalas pukulan bagi mempertahankan diri.

"Tiada kecederaan serius (antara peniaga atau penguatkuasa), hanya lebam," kata Razlam.



Disiarkan pada: Mei 10, 2024 @ 11:47am






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2024 12:30 PM | Show all posts

Tangkap layar tular memaparkan kekecohan membabitkan penjaja ketam nipah dengan penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), di Pasar Awam Jelutong, semalam. - Foto tular
kredit - BH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.047898 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list