CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19526|Reply: 16

[Jenayah] Pusat hiburan dibaling bom petrol: 2 lelaki ditahan

  [Copy link]
Post time 11-5-2024 12:30 AM | Show all posts |Read mode
Pusat hiburan dibaling bom petrol: 2 lelaki ditahan

May 10, 2024 @ 10:25pm

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my




(kiri) TANGKAP layar CCTV menunjukkan empat lelaki menaiki motosikal dipercayai membaling bom petrol terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, awal pagi tadi. (kanan) Tangkap layar video menunjukkan orang awam membantu memadamkan kebakaran pusat hiburan berkenaan. Tangkap layar video viral


Kuala Lumpur: Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, dibaling bom petrol, awal pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, dua lelaki masing-masing berusia 25 tahun itu ditahan di rumah mereka di Batu Caves, Selangor kira-kira jam 3 petang tadi.


"Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek terbabit akan dibuat esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435/506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api serta ugutan jenayah.

"Setakat ini, kami sudah mengambil keterangan dua individu membabitkan pemilik premis serta pengurus pusat hiburan berkenaan.

"Motif kejadian ini masih dalam siasatan. Berdasarkan siasatan awal, kami menolak kemungkinan kejadian ini mempunyai kaitan dengan aktiviti ekstremis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di Balai Polis Jinjang, di sini, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol, awal pagi semalam.

Sebelum ini, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 45 saat berhampiran premis terbabit tular di media sosial, semalam.

Rakaman itu menunjukkan empat lelaki menaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis terbabit dan membaling dua bom petrol sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Satu lagi rakaman video berdurasi 42 saat yang turut tular di media sosial pula menunjukkan premis berkenaan terbakar dengan terdapat orang awam membantu memadamkan kebakaran.

Berdasarkan tarikh dan masa yang terdapat pada rakaman video CCTV terbabit, kejadian itu berlaku jam 2.18 pagi, 9 Mei lalu.


https://www.hmetro.com.my/amp/mu ... ol-2-lelaki-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2024 12:32 AM | Show all posts


KHIANAT | Pusat Hiburan Terbakar Dibaling Bom Petrol

Sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, ibu negara terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol, awal pagi semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 12:33 AM | Show all posts
lupa bayar ufti kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2024 12:35 AM | Show all posts
KES

Pusat hiburan terbakar dibaling bom petrol

Nurul Hidayah Bahaudin
bhnews@bh.com.my

May 10, 2024 @ 8:25am




(Gambar kiri) Tangkap layar CCTV menunjukkan empat lelaki menaiki motosikal dipercayai membaling bom petrol terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, awal pagi tadi. (Gambar kanan) Tangkap layar video menunjukkan orang awam membantu memadamkan kebakaran pusat hiburan berkenaan. - Foto ihsan pembaca


KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol, awal pagi semalam.

Terdahulu, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 45 saat berhampiran premis terbabit tular di media sosial, hari ini.

Rakaman itu menunjukkan empat lelaki menaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis terbabit dan membaling dua bom petrol sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Satu lagi rakaman video berdurasi 42 saat yang turut tular di media sosial pula menunjukkan premis berkenaan terbakar dengan terdapat orang awam membantu memadamkan kebakaran.

Berdasarkan tarikh dan masa yang terdapat pada rakaman video CCTV terbabit, kejadian itu berlaku jam 2.18 pagi, 9 Mei (semalam).

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Nazron Abd Yusof ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

"Kita ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

"Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. Berdasarkan rakaman CCTV itu, kejadian berlaku jam 2.18 pagi tadi tetapi masa sebenar kejadian masih disiasat," katanya.


https://www.bharian.com.my/berit ... dibaling-bom-petrol
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ada pemain bola dlm tu ke tak. Cuba check daftar pengunjung
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm mcm hal skrg..masa pkp dlu tinggi x kadar jenayah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Soalan wajib ummah malaya, apa bangsa pelaku ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 11-5-2024 12:33 AM
lupa bayar ufti kah?

Selalu yg tuan punya kelab yg pengutip ufti. Pengunjung tersakiti kut sbb kena removed from kelab kacau amoi kerja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kerja amatur je ni. Kena bnyk bljr lg cara nak sabotaj tanpa dpt dikesan. Kalo btl2 punya sabotaj akan study in and out kelab tu selama sebulan Dan identified loop hole yg blh dimanipulasi.

Mls nak ajar nant aku plk yg ke dalam. Tp kdg2 cerita Hollywood tu make sense jgk Dan ada yg blh dipraktikkan.

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang ek dapat captured by cctv. Kes Faisal Halim, 1 footage pun tarak. Kebal betul
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 11-5-2024 10:27 AM
Ni kerja amatur je ni. Kena bnyk bljr lg cara nak sabotaj tanpa dpt dikesan. Kalo btl2 punya sabotaj ...

tu..la pasai..ni mesti samseng level sarip dol...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini Bercita cita nak menjadi teroris ataupun ada masalah Dalaman dengan management
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 12:56 PM | Show all posts
edayildiz replied at 11-5-2024 09:11 AM
mcm mcm hal skrg..masa pkp dlu tinggi x kadar jenayah

since iols memang buat tesis pasal crime rates, masa awal tahun pkp rendah je rate nya, lepas mco lifted terus jadi tinggi balik nak2 bulan 12
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
laju depa tangkap
so apa motifnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 10-5-2024 12:33 PM
lupa bayar ufti kah?

Sekarang kontraktor nak masuk kawasan buat kerja pon dah kena bayar ufti.

  
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 11-5-2024 12:56 PM
since iols memang buat tesis pasal crime rates, masa awal tahun pkp rendah je rate nya, lepas mco  ...

masa tu mcmana la penjenayah cari mkn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2024 11:44 PM | Show all posts
Pusat hiburan dibaling bom petrol: Dua lagi individu diberkas



Rakaman CCTV memaparkan beberapa individu membaling objek dipercayai bom petrol ke arah sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng pada Khamis.
Rakaman CCTV memaparkan beberapa individu membaling objek dipercayai bom petrol ke arah sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng pada Khamis.


MUHAMMAD AMINNURALIFF
11 MAY 2024 2:19 PM

KUALA LUMPUR - Dua lagi individu ditahan berkaitan kes sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua suspek diberkas pada Sabtu.

"Tangkapan dua lelaki warga tempatan ini menjadi empat tangkapan keseluruhan yang dijalankan setakat ini.

"Kesemua tangkapan yang merupakan lelaki warga tempatan berumur lingkungan 25 hingga 28 tahun telah direman selama empat hari untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.



Rusdi


Katanya, pihaknya masih menyiasat motif berhubung kejadian.

Sebelum ini, dua suspek berumur 25 tahun ditahan di sebuah rumah di Batu Caves kira-kira jam jam 3 petang, Jumaat.

Pada Khamis, tular video melalui media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan terbabit.


https://www.sinarharian.com.my/a ... i-individu-diberkas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.073598 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list