CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5852|Reply: 2

[Tempatan] Volkswagen rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport

[Copy link]
Post time 11-5-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-5-2024 07:16 PM

[size=0.8]




Volkswagen rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport[size=0.82]Oleh WARTAWAN BH
Mei 9, 2024 @ 6:57am
bhbiz@nstp.com.my




KUALA LUMPUR: Volkswagen Group Malaysia (VGM) merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Menerusi hantaran di laman X hari ini, beliau memaklumkan bahawa dalam pertemuan bersama pihak VGM, mereka telah berkongsi perancangan itu.
"Selain model konvensional, VMG turut merancang untuk mengeluarkan EV (kenderaan elektrik) di Malaysia," katanya.

Beliau yakin kerjasama itu akan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena automotif serantau.

"Kalau dulu kita import Volkswagen, sekarang ni sesetengah model dah dipasang di Malaysia. Antara model yang dipasang di Malaysia ialah Touareg.

Ini adalah kali pertama model Touareg dipasang di luar Eropah," katanya.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) pada Mac lalu secara rasmi memperkenalkan model Touareg R-Line pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.
Memasuki generasi ketiga, model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu adalah yang pertama dipasang di luar kilangnya yang terletak di Slovakia.

"Touareg membawa kepentingan terbesar untuk Volkswagen dan merupakan perintis dalam banyak cara.

Ini adalah SUV pertama kami, DNA SUV Volkswagen benar-benar bermula dengan Touareg. Menjadi negara pertama yang memasang Touareg secara tempatan di luar kilangnya di Slovakia adalah satu pengiktirafan besar daripada Volkswagen Group.

"Sebagai tawaran terbaik kami, saya percaya Touareg akan menarik sekumpulan pelanggan dalam segmen SUV premium yang mencari sesuatu yang istimewa.
Dengan reka bentuk yang hebat dan senarai teknologi perintis, Touareg akan membezakannya dengan pemandu SUV lain," kata Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2024 11:13 AM | Show all posts
Touareg baharu hadir dengan visual malam Night Vision

  • Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR
  • 11 Mei 2024, 8:20 am

Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedi

Objek yang menghampiri kenderaan pada waktu malam akan didapati dalam warna merah pada paparan di depan pemandu.


PADA Mac lalu, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Touareg generasi ketiga untuk pasaran negara ini.
Penulis difahamkan sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2002 di peringkat global, lebih 1.14 juta unit telah terjual dan menjadikannya kekal sebagai model popular dalam rangkaian SUV Volkswagen.

Model dengan pemasangan tempatan (CKD) ini juga sebenarnya merupakan SUV pertama keluaran jenama Jerman itu dan Malaysia juga menjadi negara pertama yang membuat pemasangan Touareg selain kilangnya di Slovakia.



Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 11:31 AM | Show all posts
dulu2 acik forum suka kutuk indon guna perkataan in future tense.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.051690 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list