CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7005|Reply: 1

[Jenayah] Pekerja terpedaya arahan palsu, ahli perniagaan rugi lebih RM124,000

[Copy link]
Post time 11-5-2024 11:39 AM | Show all posts |Read mode
KES

Pekerja terpedaya arahan palsu, ahli perniagaan rugi lebih RM124,000

BERNAMA

Mei 11, 2024 @ 11:27am



Foto hiasan


IPOH: Seorang ahli perniagaan di Hutan Melintang kerugian RM124,450 selepas pekerjanya diperdaya sindiket phone scam membabitkan wang syarikat, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pengadu lelaki tempatan berusia 55 tahun itu memaklumkan kerani syarikat miliknya ditipu oleh sindiket phone scam yang menyamar sebagai diri pengadu dan memberi arahan untuk mengeluarkan duit syarikat.

Beliau berkata, kerani syarikat terbabit ketika bekerja di Hutan Melintang kira-kira jam 1.50 tengah hari pada 8 Mei lalu, menerima pesanan WhatsApp daripada nombor telefon pengadu memberi arahan membuat pindahan wang daripada akaun syarikat pengadu sendiri ke dalam akaun penama tidak dikenali berjumlah RM30,000.

Berikutan itu, anak pengadu meluluskan transaksi pindahan wang berkenaan kerana beranggapan pengadu yang memberikan arahan.

"Pada 9 Mei itu kira-kira jam 1.45 tengah hari, kerani syarikat pengadu sekali lagi telah melakukan transaksi pindahan wang berjumlah RM8,000 ke akaun berbeza," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata, pada hari yang sama, tiga transaksi pindahan wang telah dilakukan oleh kerani di syarikat milik pengadu yang berada di Gopeng berjumlah RM86,450 ke dalam dua akaun berbeza.

Beliau berkata, pengadu hanya menyedari nombor telefonnya digodam ketika berada di Hat Yai, Thailand semalam, apabila dihubungi rakan yang bertanyakan sama ada beliau mempunyai masalah kewangan dan ada meminta untuk meminjam wang.

Katanya, pengadu tidak pernah memberikan sebarang arahan pindahan wang atau meminjam wang daripada rakan-rakannya.

"Setelah disemak, pengadu mendapati lima transaksi pindahan wang daripada akaun syarikatnya ke tiga akaun yang berbeza berjumlah RM124,450," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu) dan siasatan masih dijalankan.

Mohd Yusri menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sindiket terbabit dan tidak sesekali memasukkan wang ke dalam akaun tidak dikenali, selain tidak membuka pautan atau memuat turun dokumen tidak diketahui di laman media sosial.

Orang ramai boleh menyemak akaun bank diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.semakmule/ sebelum membuat sebarang transaksi pindahan atau kemasukan wang, selain menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 sebelum memindahkan wang ke akaun pihak ketiga untuk pengesahan. – BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berit ... rugi-lebih-rm124000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 11:01 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.260210 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list