CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5662|Reply: 0

[Selangor] Lumba haram, remaja antara 5 'superman' ditahan

[Copy link]
Post time 11-5-2024 12:19 PM | Show all posts |Read mode

LIMA lelaki termasuk remaja yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Guthrie. FOTO Ihsan Polis.

Sungai Buloh: Remaja 17 tahun antara lima 'superman' yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Guthrie, di sini awal pagi tadi.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, operasi 2 pagi itu dijalankan oleh Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman.

"Tangkapan pertama membabitkan dua penunggang, manakala tiga lagi ditahan di lokasi berasingan selepas kesemua mereka dikesan melakukan aksi menunggang secara melulu dan berbahaya.

"Polis menyita motosikal mereka jenis Yamaha Y15ZR, Yamaha 135LC, Yamaha Lagenda serta SYM VF3I," katanya pada Sabtu.

Menurutnya, kesemua lelaki berusia lingkungan 17 ke 23 tahun yang menetap di sekitar Lembah Klang dipercayai tidak terbabit mana-mana kumpulan motosikal, sebaliknya hanya berlumba sesama mereka.

Katanya, mereka dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Operasi itu memeriksa 25 individu dan mengeluarkan 44 saman atas pelbagai kesalahan seperti nombor pendaftaran tidak ikut peraturan, tiada cermin sisi, ekzos bising, tiada lesen memandu serta ubah suai struktur.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -5-superman-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.074187 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list